Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:23 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Premis judi sebelah Pejabat Majlis Agama Islam Daerah Jempol

Posted: 12 Oct 2016 01:32 PM PDT

NGO Pemantau Jenayah, MyWatch mendedahkan secara terperinci lokasi sebuah premis judi yang didakwa terletak sebelah Pejabat milik Majlis Agama Islam Daerah Jempol, Negeri Sembilan.

MyWatch mendakwa premis judi tersebut yang terletak di Stesen Bas Bahau iaitu di belakang Petronas Bahau, beroperasi dari jam 8 malam hingga 8 pagi setiap hari.

"Jika anda perhatikan betul-betul, premis judi ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Baitulmal Jempol milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bayangkan sebuah premis judi terletak bersebelahan dengan premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sungguh ironi bukan?" Tulis NGO itu melalui laman facebook.



Pengerusi MyWatch, Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan dalam kenyataannya melalui laman facebook mendakwa, pusat judi tersebut dimiliki oleh individu bernama Sunny iaitu Raja Mesin Judi Negeri Sembilan.

Sanjeevan turut mempersoalkan adakah Sunny begitu berani membuka premis judi di lokasi terbabit kerana ada 'tangan ghaib' melindunginya daripada tindakan undang-undang.

Anda boleh baca kenyataan penuh Sanjeevan di laman facebook.

BACA — MyWatch

Kalau premis judi sebelah Pejabat Majlis Agama Islam pun boleh dibiarkan beroperasi, aku tak tahu nak kata apa lagi, ini sudah sampai tahap melampau.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini bukan main sembang macam nak runtuh langit, kononnya dia nak halau keluar dari Negeri Sembilan, mana-mana Ketua Polis Daerah, dan YDP Pihak Berkuasa Tempatan, PBT dalam masa 24 jam jika terdapat premis judi di kawasan mereka.



Tapi nampaknya MB Negeri Sembilan ni jenis sembang tin kosong, sembang cari populariti, sejak dia keluar kenyataan berapi-api tu, sudah berpuluh lokasi premis judi didedahkan di Negeri Sembilan tapi tiada pula Ketua Polis atau YDP PBT kena halau.

"Lu punya sembang, pokok pun boleh tumbang"

Cybertrooper Umno diarah kaitkan Bersih dengan LGBT, murtad, kebebasan agama

Posted: 12 Oct 2016 02:04 AM PDT

CYBERTROOPER Umno yang sebelum ini memohon maaf serta meluahkan rasa kesal kerana membantu pemimpin zalim terus berkuasa dengan jalan fitnah membuat pendedahan seterusnya tentang kerja-kerja kotor semasa bersama Umno.


Ratu Naga mendakwa dia dan rakan-rakannya diarahkan untuk sebarkan kononnya tuntutan Bersih adalah perkara-perkara yang songsang dari agama Islam. Kononnya Bersih mewakili LGBT, Murtad dan kebebasan agama.

"Dulu saya yang paling hebat menyerang dan burukkan Bersih dengan sebelah semua perkara yang salah. Tapi kini saya berubah ikut kepentingan masa depan anak saya, saya akan perbaiki semua persepsi salah terhadap BERSIH selagi saya masih hidup," tulis beliau di laman facebook.


Dulu Himpunan BERSIH dikaitkan dengan seks songsang, LGBT dan kebebasan beragama serta murtad, kini BERSIH 5.0 dikai Tkan pula dengan pengganas ISIS dan DAESH oleh Jamal Jamban dan kumpulan Samseng Baju Merah yang menjadi machai-machainya.

Agaknya jika ada Himpunan BERSIH 6.0 apa pula fitnah akan digunakan nanti?

Sumber — Ratu Naga

Comments (0)