Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:16 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Kusaini Kassim pakai pakaian anggota keselamatan untuk suka-suka

Posted: 11 Oct 2016 01:30 AM PDT



BERDASARKAN temubual Malaysiakini dengan Kusaini Kassim, lelaki yang diterajang oleh samseng baju merah baru-baru ini, beliau bukanlah seorang anggota Polis. Gambarnya dengan pakaian seragam di atas sebuah motorsikal hanyalah sekadar suka-suka.

Mengulas perkara itu, Kusaini menafikan dia berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan sebaliknya mengenakan pakaian itu atas dasar "suka-suka" lapor Malaysiakini.

"Bukan, itu (gambar pakaian seragam seperti polis) ada kawan ajak bergambar pakai baju dia, dan dia pun ada cakap jangan buat macam-macam dengan gambar tersebut. Saya saja nak berlagak (action)" kata Kusaini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Nor Azmi Isa turut dipetik sebagai berkata,

"Beliau (Kusaini) merupakan seorang kakitangan di sebuah agensi kerajaan yang bertugas sebagai pembantu am rendah, bukannya seorang anggota PDRM seperti yang diviralkan,".

"Perbuatan tersebut sengaja dilakukan untuk memburuk-burukkan imej PDRM," katanya lagi dalam satu kenyataan media hari ini.

Lelaki kena terajang samseng baju merah anggota Polis rupanya

Posted: 10 Oct 2016 05:44 PM PDT


LELAKI memakai baju T Shirt Bersih 5, menunggang superbike yang diterajang oleh Samseng Baju Merah tempoh hari difahamkan adalah salah seorang anggota Polis.

Baca — Samseng Baju Merah terajang penyokong Bersih depan Polis

Gambar beliau yang lengkap dengan uniform anggota polis turut disebarkan di media sosial sejak semalam. Nampaknya samseng baju merah sudah silap orang, penyokong Bersih 5 yang nak dibelasah, malangnya anggota polis kena terajang.


Pendedahan ini secara tak langsung turut menafikan dakwaan anak buah Jamal Jamban semalam yang mendakwa Biker Bersih 5 kena terajang sebab langgar beberapa penyokong Baju merah.

Baca —  Biker langgar kumpulan Baju Merah

Aku ada beberapa kawan anggota polis yang pandangan politiknya cenderung kepada pembangkang. Namun mereka tak berani untuk sertai apa-apa program berkaitan pembangkang kerana bimbang dibuang kerja.

Pada pendapat aku, mamat yang kena terajang dengan samseng baju merah ini bukanlah datang menyokong Bersih 5 secara tulen, tetapi beliau sebenarnya sedang bertugas sebagai SB, atau mata-mata.

Tidak ada masaalah anggota Polis nak menyamar jadi penyokong Bersih untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 

Aku percaya dalam kalangan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Jamban pun tentu ada SB yang menyelinap untuk menjaga keselamatan. Ini tugas Polis kita faham.

Cuma nasib tak baik jika anda SB kena menyamar jadi penyokong Bersih, terpaksa merasa sakit kena terajang dengan samseng baju merah.

Kalau menyamar jadi samseng baju merah insya Allah tak ada siapa nak terajang sebab baju kuning memang dilarang melakukan keganasan. Jika ada penyokong Bersih lakukan keganasan, serta merta kita tahu itu bukan penyokong Bersih.

Seperti semasa Bersih 4, ramai penyokong Bersih sudah siap siaga untuk tangkap mana-mana individu berbaju kuning yang buat provokasi atau bertindak ganas, ramai yang bawa 'cable tie' sebab mereka tahu kalau ada yang buat provokasi atau bertindak ganas mereka itu bukanlah penyokong Bersih sebaliknya penyamar yang mahu sabotaj Bersih.

Berbeza dengan Samseng Baju Merah, anak buah terajang orang pun ketuanya si Jamal Jamban boleh pertahankan siap sokong dan galakkan anak buah dia bertindak ganas.

Update:


Pihak Polis telah memberi respon terhadap dakwaan mengatakan lelaki yang kena terajang oleh samseng Baju Merah ini adalah seorang Anggota Polis seperti yang diviralkan di media sosial sejak semalam.

BACA   Kusaini Kassim pakai baju anggota keselamatan untuk suka-suka

Comments (0)