Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:02 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Cybertrooper Umno menyesal, mohon maaf sebarkan fitnah sebelum ini

Posted: 10 Oct 2016 01:03 AM PDT

BERMACAM fitnah pernah dilontarkan kepada Himpunan Bersih, gerakan menuntut Pilihanraya yang Bersih dan Adil. Bersih pernah difitnah sebagai mahu memperjuangkan seks bebas, mahu membuat huru hara di Kuala Lumpur, membekalkan bom petrol kepada peserta dan banyak lagi fitnah yang dilontarkan terhadap bersih sebelum ini, you name it.

Langit tak selalu cerah, individu yang terlibat melontarkan pelbagai fitnah terhadap Bersih tampil meluahkan rasa kesal sambil memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya melakukan fitnah sebelum ini.

Beliau mendakwa turut menerima kifarah akibat perbuatannya membantu pemimpin zalim untuk kekal memerintah sebelum ini.

Berikut pengakuan Ratu Naga, salah seorang cybertrooper penyokong kuat Barisan Nasional yang tidak asing lagi di dunia internet membuat pengakuan berani melalui akaun facebook miliknya:

"Teringat dulu masa sebelum PRU13. Kami semua di feed kan untuk sebarkan agenda BERSIH konon songsang. Saya sampai keluarkan duit sendiri taja belanja & tenet pada kawan-kawan yang tidak berkemampuan untuk berjuang naikkan BN dan fitnah serta burukkan BERSIH, pembangkang & Ambiga.

Macam-macam grafik kami sebarkan dan kami tulis, padahal ia tak benar, masa itu saya ingat BN yang terbaik nak jaga kebajikan rakyat dan negara. Tak sangka pula lepas Najib naik semua jadi sebaliknya.

Menyesal saya, sekarang ni kifarah saya terima kerana bantu pemimpin zalim kekal memerintah. Macam mana saya nak tebus semua kembali supaya tahu saya dah buat kesilapan dulu. Maafkan saya, saya sangat kesal apa yang dah kami lakukan,"



Dari pengakuan ini, jelas sekali cybertrooper Umno di 'feed' (dibekalkan) dengan bahan-bahan fitnah untuk disebarkan bagi menyerang pembangkang dan juga Bersih. Ini menggambarkan Umno dan Barisan Nasional memiliki organisasi fitnah yang tersusun dan Ratu Naga ini mungkin sekadar penyebar level pertengahan ke bawah.

Nampaknya ini satu permulaan sebelum lebih ramai tukang fitnah 'level atasan' bakal didedahkan satu persatu. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Ratu Naga

Comments (0)