Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:37 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Kisah PAS, PASTI Sri Gading: Gagal Dapatkan RM20k, Tuduh Orang Mencuri Pula...

Posted: 07 Oct 2016 02:04 AM PDT

KES TUNTUTAN DI MAHKAMAH, KAMI DAPAT PINGGAN MANGKUK, DUIT TUNTUTAN ALLAH TANGGUHKAN

Parti tok takde cara lain nak cari duit. Tabung milo pun semakin merudum kutipannya. Harakah pun dah tak laku. Maka, parti tok arahkan bos di Seri Gading saman orang Amanah kerana ambil alih Pasti. Parti tok minta pulangkan cawan, pinggan mangkuk, sudu, garpu, termasuk pencuci lubang jamban pun parti tok tuntut pulangkan segera.

Peliknya, dengan rela hati orang Amanah ni setuju nak pulangkan semua barang2 tu sebab pada mereka nilainya berapa sangat. Kalau beli kat pasaraya Sakan atau Maideen pun tak jejak dua puluh hingggit. Parti tok tak puas hati. Kami mahu pitih pulak dan kami tuntut RM20K. Kalau dapat, boleh juga tambah bini. Maka di bawa ke mahkamah juga walaupun orang Amanah ini awal2 lagi setuju nak pulangkan barang2 terpakai tu.


Sepanjang perbicaraan, tiga hari tiga malam puak2 tok solat hajat agar tuntutan duit kami RM20K itu dapat. Sudu, garpu tu kalau mereka nak ambik pun ambik lah. Janji kami nak pitih.

Malangnya, mahkamah putuskan orang Amanah ini kena pulangkan sudu, garpu, pinggan, mangkuk, penyapu lidi, pengesat kaki, sejadah, towel good morning pengelap pinggan dan pencuci jamban kepada parti tok. Duit langsung hakim tak sebut. Kami pakat menganga semua. Kalau setakat barang2 tu tak masuk mahkamah pun memang orang Amanah ni dah setuju nak pulangkan. Kami nak pitih...pitihh!!!

Untuk menghilangkan malu daripada walaun2 yg lain, kami pun katakan kepada mereka, kita berjaya dalam kes menuntut pinggan, mangkuk, susu, garpu dan alat2 yg lain tu. Seorang walaun bertanya, " Abih tu, duit tuntutan tu kita dapat tak?" Soalnya.

YDP parti tok pun jawab, " Errr....duit tu bukan kita tak dapat, tapi Allah tangguhkan kat Akhirat nanti. Kat Akhirat nanti baru kita dapat pitih tu...". Jawab YDP dengan selamba.

TAKBIRR !!! Semua walaun bersorak gembira atas kejayaan gemilang itu. Puak2 Amanah kelihatan tersenyum2 melihat puak2 kami bertakbir...

FB TOK USIN UG CEROI


MAHADZIR MAT ZILI DAN ISTERI BERI PENCERAHAN ISU TUNTUTAN RM20K PAS SERI GADING DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH

Kes tuntutan barang pasti dan RM20k oleh Pas Sri Gading (plaintif) terhadap saya (defendan1) & isteri saya Nazirah - (defendan2) dan rundingan penyelesaian. Setelah saya menyertai Parti Amanah Negara, PASTI Al-Ghazali yang saya uruskan telah ditutup oleh pihak PASTI Kawasan Sri Gading. Untuk meneruskan perkhidmatan saya kepada masyarakat terutama dalam sektor pendidikan, saya telah membuka Tadika Al-Fateh. Namun, Pas Kawasan menyaman saya dan isteri saya (seorang guru tadika) untuk dikembalikan barang pasti dan gantirugi RM20,000.00.

Setelah 2 hari bicara di mahkamah majestrit Batu Pahat, 2 saksi dan plaintif Ust Hashim memberi keterangan daripada 6 org saksi dan setelah disoal balas, tuntutan plaintif untuk gantirugi gagal dibuktikan, manakala tuntutan barang memang telah dari awal saya setuju kembalikan.

Justeru, Majistret memanggil kedua-dua peguam defandan dan plaintif untuk perbincangan. Pada hari ini, dalam kamar mahkamah bahawa satu persetujuan hasil rundingan bersama telah direkodkan sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.

Penyelesaiannya, saya perlu kembalikan semua barang seperti yang di tuntut seperti dulang, cawan, bola sepak, bola jaring,pembaris kaju dan yang lain. Barang yg rosak saya perlu ganti. Saya tidak perlu bayar gantirugi RM20,000.00 kepada PAS kawasan, dan tiada kos tindakan.

Walaupun rasa terkilan melibatkan isteri saya dalam pertikaian ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Pas kawasan yang sebenarnya boleh berunding dgn saya Ketua Pemuda Amanah Johor dan sudi menarik balik perkataan saya menyeleweng menguruskan harta parti dan PASTI semasa keterangan diberikan.

Teramat istimewa pengerak dan penyokong amanah di semua peringkat, i love you all. Saya amat terharu ahli amanah di semua peringkat dan pelbagai bangsa, mereka semua terus bersolidarita untuk saya, bersama mengharungi 3 hari bersama semasa perbicaraan.

Terima kasih penguam muda Amanah Sdr Faiz Fadzil yang membawa kes ini dengan baik dan berkesan.

Penyelesaian kes ini menandakan pelaksanaan sifat integriti yang Parti Amanah Negara mahu perjuangkan dengan kembalikan barang yang dituntut serta gantikan barang yang sudah lupus seperti yang dijanjikan.

Penghijrahan saya dan isteri ke Parti Amanah serentak dengan penubuhan Tadika Al-Fateh diharapkan akan terus diterima baik masyarakat dalam perjuangan saya memberikan pendidikan dan bimbingan kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Mahadzir Bin Mat Zili
Ketua Pemuda Amanah
Negeri Johor




ULASAN GB

Demikianlah kisah... lucu pun ya juga.

Di dalam hati GB berkata, alangkah baiknya jika wang yang digunakan untuk mengupah peguam untuk membawa kes itu ke mahkamah yang bernilai ribuan ringgit itu digunakan kebajikan anak-anak PASTI....

Dah diberitahu bahawa barang-barang itu hendak dipulangkan dengan wang tunai RM7,000 tetapi kedegilan PAS & PASTI mahukan wang tunai RM20,000....

Kemudian siap tuduh AMANAH sebagai pencuri sedangkan tawaran awal pihak defenden memulangkan barang-barang tersebut tidak diindahkan.

Sekarang sendiri sudah malu, hanya dapat barang-barang lusuh tahun 2007 yang jika di dalam urusan perakaunan mungkin nilai bukunya tingga RM1 setiap satu setelah susutnilai.

RM20,000 melepas. Kena tanggung dan bayar kos guaman lagi.

Nak buat rayuan? Bayar lagi kos peguam, pun belum tentu boleh menang.





FEATURED ADS


Comments (0)