Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:46 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Muhyiddin (PPBM) & PKR Dah Kena Main Dengan PAS....

Posted: 04 Oct 2016 12:50 AM PDT

Akar umbi PAS tak setuju serah kerusi kepada PPBM oleh Zulkifli Sulong

Cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya PAS beri laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding di kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu tidak diterima baik pimpinan bawahan PAS.

Bagi mereka, masuk pilihan raya adalah sesuatu yang serius, dan tidak boleh diambil mudah kerana ia memerlukan jentera dan petugas.

Malah, seorang bekas calon PAS di Terengganu mempersoalkan Muhyiddin kerana membuat cadangan demikian walaupun PPBM pimpinannya masih baharu.


"Jangan ingat parti lain yang tak ada cawangan, tak ada ahli, tak ada jentera serta tak pernah nampak muka pun berkhidmat kepada rakyat, boleh mudah-mudah buat teori, (dengan berkata) 'PAS tak menang bagilah parti lain pula cuba'," kata Dr Azman Ibrahim, memetik ucapan Muhyiddin di Kemaman Sabtu lalu.

Dr Azman yang pernah bertanding di kerusi negeri Jabi, berkata PAS sudah luas pengalamannya dalam berdepan dengan Umno dan BN.

"Ada cawangan, ada markas, ada jentera dan ada program yang berterusan sepanjang masa. Tapi tak menang lagi di sesetengah kawasan termasuklah (di kawasan) saya)!" doktor pergigian itu menulis dalam Facebook baru-baru ini.

Berucap julung kali di atas pentas PAS, Muhyiddin dalam ucapannya di Kemaman berkata PPBM sedia bekerjasama dan berunding dengan parti Islam itu termasuk pembahagian kerusi pilihan raya.

"Bukan kita nak ambil kerusi yang sudah dimenangi PAS tetapi kerusi yang Umno menang itu, bagilah kepada kami untuk kami kalahkan Umno.

"Kita akan pastikan Umno tewas dan kini menang dan membentuk kerajaan bersama," kata Muhyiddin.

Muhyiddin baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam usaha meyakinkan parti itu mengadakan perjanjian dengan parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu menentang BN pada PRU akan datang.

Amanah Terengganu bersedia

Berbeza dengan PAS, Amanah Terengganu sedia berunding dengan PPBM di negeri yang menjadi kubu kepimpinan PAS itu.

"Kami sedia berunding dengan PPBM dan PAS dalam mencari formula satu lawan satu dengan BN tetapi ia satu jalan yang sukar," kata Mohd Zubir Mohamad, Pengerusi Biro Pilihan Raya Amanah Terengganu kepada FMT.

Menurut beliau, sikap PAS yang sedia bekerjasama dengan PPBM dan PKR tetapi tidak dengan Amanah dan DAP satu perkara yang sukar untuk dicerakinkan.

Pemerhati berpendapat kerajaan BN Terengganu boleh dijatuhkan sekiranya PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lain kerana beza antara kerusi BN dan pembangkang di Terengganu hanya 2, iaitu 17 BN dan 15 pembangkang.

PAS kini mempunyai 14 kerusi DUN di Terengganu manakala PKR mempunyai satu dan selebihnya (17) adalah milik Umno.

PAS juga mempunyai 3 daripada 8 ahli Parlimen di Terengganu iaitu Marang, Dungun dan Kuala Nerus. Bekas menteri besar Terengganu, yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, yang pernah membuat usul tidak percaya kepada MB Terengganu, dikatakan pernah membuat tawaran itu kepada PAS namun ditolak oleh pucuk pimpinannya.

PAS memberikan alasan lebih bersedia untuk menyertai pilihan raya negeri daripada bekerjasama dengan pihak lain membentuk kerajaan baru di Terengganu. -FMT

ULASAN GB

GB sudah menyatakan berkali-kali bahawa samada PKR atau PPBM (Bersatu) tidak seharusnya mempercayai PAS. PAS sudah ada rekod menikam rakan dari belakang sehingga Pakatan Rakyat berkubur.

PAS hanya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak boleh bekerja di dalam satu pasukan. Mereka mendakwa mereka tak pentingkan kuasa, tetapi sebenarnya merekalah kumpulan yang tamak dengan kerusi... mereka tidak akan mahu untuk menyerahkan mana-mana kerusi yang pernah ditandinginya sebelum ini.

Era kepimpinan ulama di bawah presidennya yang ada kini amat jauh berbeza dari zaman Ustaz Fadzil Noor, dimana Ustaz Fadzil Noor telah sanggup berkompromi dengan parti-parti komponen Barisan Alternatif waktu itu dengan menyerahkan sebahagian besar kerusi PAS yang tidak mampu dimenanginya kepada PKR yang baharu ditubuhkan. Natijah daripada toleransi itu, Barisan Alternatif mendapat kemenangan yang besar di dalam pilihanraya Umum 1999. PAS paling beruntung di mana selain daripada mengekalkan negeri Kelantan, PAS juga telah mengambil alih kerajaan Trengganu daripada BN. Kekuatan PAS di Parlimen bertambah dari hanya 7 kerusi pada tahun 1995 sehingga 27 kerusi, iaitu satu lompatan hampir empat kali ganda.

PAS telah khianat dengan rakyat. Rakyat mengundi calon-calon PAS kerana PAS ketika itu adalah komponen PR.

Di dalam PRN Sarawak yang baru lalu, PKR juga sudah cuba untuk memujuk PAS dengan isu satu lawan satu, tetapi tidak diindahkan oleh PAS.

Akhirnya PH berantakan apabila parti-parti komponen PH bertempur di antara satu sama lain di dalam PRN Sarawak.

Hal yang sama berulang lagi di dalam PRK Sungai besar dan Kuala Kangsar.

Justeru itu, parti-parti pembangkang sudah tidak perlu hiraukan PAS lagi - sepertimana kata Subky Latif (aktivis veteran PAS) - bahawa PH tidak perlu tunggu PAS.

PAS ingin membawa jalannya sendiri. Jadi biarkanlah mereka. Biarkanlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Komponen PH dengan PPBM (Beratu) sepatutnya perkukuhkan hubungan bagi membentuk satu pasukan mantap menentang BN.

Biar berapa banyak penjuru sekalipun tetapi jika perpaduan di kalangan komponen PH mantap, insya Allah, BN bakal ditumbangkan tanpa perlu sokongan PIGS.




FEATURED ADS


Seluar Dalam Jalur Gemilang, Mana Jamal Geng Baju Merah?

Posted: 03 Oct 2016 09:24 PM PDT

Mereka beli seluar dalam Jalur Gemilang di Australia

Warga Australia yang diberkas di Sepang semalam kerana menayangkan seluar dalam bercorak Jalur Gemilang berada di bawah pengaruh alkohol semasa ditahan.

Star Online melaporkan 9 lelaki itu membeli seluar dalam itu di Australia.

Menurut laporan itu, kumpulan terbabit, berusia antara 25 dan 29 tahun, direman 4 hari bagi membantu siasatan dan disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan provokasi.


Mereka ditahan pada 5 petang Ahad, selepas mereka menanggalkan pakaian dan menayangkan seluar dalam kepada penonton kejuaraan F1 Petronas Grand Prix Malaysia, dipercayai untuk meraikan kemenangan pemandu senegara Daniel Ricciardo.

Sementara itu, New Straits Times memetik Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali sebagai menghentam pemuda terbabit, dan mahu mereka "ditahan, disiasat dan dikenakan tindakan".

Menyifatkan perbuatan mereka sebagai "bodoh", Razlan berkata mereka tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

Beliau menambah pihak pengurusan akan bertindak pantas menghalang kejadian daripada berulang pada masa akan datang, namun Razlan akui ia bukan mudah memandangkan kehadiran ribuan penonton di litar.

"Lawak yang tersebar sekarang ini kata tahun depan kami akan periksa seluar dalam penonton," katanya.

Lebih 83,000 hadirin menonton acara lumba Formula One semalam, serta sesi latihan dan sesi kelayakan pada Jumaat dan Sabtu.

Imej lelaki Australia separuh bogel tersebar dalam lingkungan media sosial, mendorong netizens mengutuk perbuatan itu dan mendesak tindakan dikenakan terhadap mereka.

Mereka juga mahu pihak berkuasa mengenalpasti pembikin seluar dalam itu supaya tindakan boleh diambil. -FMT

ULASAN GB

Ada 2 perkara yang GB ingin ulas di dalam isu di atas.

Pertama, ia mempunyai satu mesej jelas bahawa Malaysia sudah tidak dihormati di luarnegara. Seluar dalam bercorak Jalur Gemilang dijual di luarnegara, di dalam kes di atas, di Australia. Kita tak tahu di negara-negara lain mana yang ada menjual seluar dalam sedemikian.

Ia semua angkara MO1 dengan 1MDBnya!

Kedua, GB nak tanya ke mana perginya samseng jalanan berbaju merah yang diketuai oleh Jamal yang sebelum ini begitu galak menyerang peserta konvoi BERSIH?

Mengapa berdiam diri dan tak lakukan apa-apa terhadap mat salleh-mat salleh yang menghina negara itu? Mengapa tak rampas seluar dalam yang dipakai oleh mat salleh itu?

Apakah hanya berani membelasah rakyat Malaysia yang tidak bersalah tetapi jadi tikus mondok terhadap mereka dari luarnegara yang ternyata telah menghina Malaysia angkara MO1 dan isterinya?



FEATURED ADS


Comments (0)