Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:59 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Musibat Ini Sudah Ditangkap Polis - UPDATED

Posted: 29 Oct 2016 12:28 AM PDT

Polis Johor buru anggota SPRM pukul, ugut isteri

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima dua laporan dan sedang memburu seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dengan keganasan rumah tangga. Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya ada menerima dua laporan daripada wanita mendakwa isteri suspek yang dipukul dan diugut dengan parang.

Katanya, susulan laporan itu polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.



"Suspek dalam kes ini adalah anggota SPRM, namun tidak hadir bertugas di pejabatnya di Segamat selain mempunyai rekod lampau berhubung kes narkotik di Muar pada tahun lalu.

"Polis Johor memandang serius kejadian ini dan sedang berusaha mengesan serta menangkap suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, baru-baru ini viral di laman Facebook berkaitan satu petikan seorang wanita yang menjadi mangsa rumah tangga bersama suaminya yang juga anggota SPRM.

"Kandungan petikan di laman Facebook itu menceritakan mangsa dipukul oleh suaminya serta pernah diugut dengan parang dan dipaksa menghisap kemaluan anaknya oleh suspek," katanya. -SH


Ini petik dari facebook Shahilda Fadhil..

Mangsa keganasan rumahtangga. Suami dia seorang anggota SPRM. Dia juga didera secara sexual termasuk dipaksa menghisap kemaluan anak sendiri.

Bismillahirrahmanirrahim. Selama ni aku diam membisu seribu bahasa kau hina, fitnah, herdik, cerca keluarga aku. Hina aku. Pukul aku separuh nyawa. Kau ambil parang ketak kat leher aku. Nak sembelih aku. Tapi hari ini Allah swt beri aku kekuatan untuk bongkarkan kebenaran. Setahun perkahwinan kita. Dalam tempoh itu aku di pukul bagaikan binatang berkali2 tanpa belas kasihan langsung sehingga anak sekecil adam yg baru 2 tahun merayu melutut kat kaki kau untuk berhenti pukul aku. Sampai pecah gusi anak aku kau tendang wahai suami dayus. Kau pukul aku guna besi buai. Kau campak aku dari ruang tamu ke dapur. Kau hempas kepala aku dgn laptop. Kau pijak perut aku masa aku dalam pantang anak kedua. Kau paksa aku layan nafsu binatang kau. Sampai aku terpaksa buat opret sebab luka pd faraj aku. Masa mengandunh kau duduk atas perut aku yg dh 7 bulan lepas tu cekik aku. Yang lebih kejam kau main dgn betina kat luar siap rakam fan balik tunjuk pada aku. Betapa kejamnya kau wahai suami tak guna. Nafkah kau bagi rm200 lepas tu kau minta balik. Kau paksa aku hisap KON*K anak aku Adam depan kau. Paksa aku jilat tapak kaki kau lepas aku dibelasah seperti anjing. Kau main aku macam pelacur. Allahuakbar. Terlalu banyak penderitaan yang kau beri pada aku selama setahun aku jadi isteri kau yg bodoh. Kau kunci aku dan anak dlm rumah bila kau pergi kerja tanpa sebarang makanan. Terlalu byk peluang aku bagi pada jantan macam kau! Sampaikan skrg ni kau tuduh bapak aku culik aku & anak2. Kau cakap aku sekeluarga berajaran sesat. Kau sedar x baru 3 tahun kau masuk islam? Mengucap pun x pandai. Ngaji pun kau x tahu. Kononnya belajar agama tapi wayang di fb semata2. Main betina. Hisap batu. Pukul bini & anak. Islam mana kau ikut? Suka2 kau kafirkan bapak aku. Bapak aku pun kau panggil padil pukimak. Mak aku pun kau panggil sampah? Apa jenis menantu kau ni? 3x kau lafaz cerai tp bila di mahkamah kau siap angkat sumpah xnak ngaku. Aku silap & benar2 silap pilih kau sebagai pelindung aku. Rupanya kau manusia paling zalim & kejam di muka bumi ni. Kau pegawai #SPRM tp tatatertib kau mana? Hisap batu. Mabuk. Allah menjadi saksi segala yang engkai lafaz & lakukan. Demi anak2 tak sesekali aku kembali pada kau & aku tak kan maafkan kau. Dh sebulan buat report tapi x ada apa2 tindakan diambil. Aku serah pada Allah shj.




TERKINI:

Anggota SPRM dipercayai dera isteri ditahan polis

JOHOR BAHRU: Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai mendera isterinya, ditahan polis di Batu Berendam, Melaka, malam ini. Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata lelaki berusia 37 tahun yang ditahan kira-kira 8 malam itu, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat esok, untuk permohonan reman.

Suspek yang berkhidmat di SPRM Segamat itu juga didapati tidak hadir bertugas dan mempunyai kes narkotik di Muar pada tahun lalu, kata beliau dalam kenyataan.

Terdahulu, beliau berkata, dua laporan polis dibuat dan dua kertas siasatan dibuka, dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Dua laporan polis itu berhubung kes itu yang diviralkan dalam laman sosial Facebook milik seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga. - BERNAMA




FEATURED ADS


Comments (0)