Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:20 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Terbeliak Mata... Khairul Azwan Kalah Saman Fitnah, Diperintah Bayar Kos RM73K Kepada Rafizi

Posted: 22 Oct 2016 01:04 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak saman fitnah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun terhadap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

S Nantha Balan mengarahkan Khairul Azwan membayar kos sebanyak RM73,000 kepada Rafizi. Ia termasuk bayaran RM23,000 yang Rafizi terpaksa terpaksa tangungg untuk mendapatkan dokumen-dokumen dari Australia.

Khairul sebelum ini telah mengemukakan saman fitnah berkenaan dakwaan Rafizi melibatkan transaksi hartanah MARA bernilai RM63 juta.


Tindakan undang-undang tersebut dibuat selepas ahli Parlimen Pandan itu gagal memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.

Rafizi sebelum itu mendakwa lima pemimpin Pemuda Umno terbabit dalam tiga pembelian harta tanah di Australia yang belum didedahkan, iaitu 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.

Hakim berkata, Rafizi tidak menunjukkan sebarang niat jahat kerana dakwaan itu dibuat berdasarkan kajian sendiri.

"Perkara ini wajar jika disiasat dan diberi perhatian kerana ia melibatkan kepentingan awam," kata hakim.





FEATURED ADS


AMANAH: "Idris Tiada Authoriti Wakili Majlis Raja-raja"

Posted: 20 Oct 2016 04:31 PM PDT

Idris Haron bukan 'Sultan Melaka'

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron harus sedar dirinya bukanlah individu yang layak atau mempunyai autoriti untuk bercakap bagi pihak Majlis Raja-Raja.

Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari berkata demikian ketika mengulas dakwaan Idris kononnya Majlis Raja-Raja telah menolak Deklarasi Rakyat yang telah diusahakan parti pembangkang, wakil masyarakat dan beberapa NGO.


Beliau berkata, Idris seolah-olah telah melangkaui kuasa atau hak yang dimiliki oleh Majlis Raja-Raja ketika institusi itu masih belum lagi memberi sebarang kenyataan berhubung Deklarsi Rakyat yang mula digerakkan pada Mac lalu.

"Sejak bila Idris Haron jadi jurucakap Majlis Raja-Raja? Beliau perlu lebih sedar dan tahu kedudukan tertingginya sebagai Ketua Menteri Melaka dan bukannya 'Sultan Melaka'.

"Lebih baik beliau menumpukan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri Melaka," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut tentang Deklarasi Rakyat, Adly menyifatkan gerakan tersebut telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1.2 juta tandatangan warganegara Malaysia sebagai tanda sokongan.

"Deklarasi Rakyat merupakan sebuah inisiatif dalam mendukung aspirasi rakyat yang kian hari semakin jelek terhadap pendedahan korupsi yang jelas dan nyata dilakukan kerajaan memerintah hari ini.

"Deklarasi Rakyat tidak terikat dengan sebarang penerimaan mahu pun penolakan,"
tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan deklarasi berkenaan sepatutnya menjadi penggerak agar semua pihak bertindak bagi melawan rasuah di Malaysia.

Idris yang turut berada dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja di Istana Negara minggu lalu bagi mengiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob mendakwa mesyuarat tersebut menolak Deklarasi Rakyat yang dikemukakan Tun Mahathir itu.

Pengerusi Parti Bersatu tersebut mengadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 15 September lalu untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia' termasuk menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. -MD

ULASAN GB

Idris Haron sebagai Ketua Menteri Melaka hanyalah Pengiring Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob ke Mesyuarat Majlis Raja-raja di Istana Negara.

Tiba-tiba beliau bertindak melantik dirinya menjadi "jurucakap" Majlis Raja-raja apabila mendakwa mesyuarat tersebut menolak Deklarasi Rakyat.

Memang benar kata Sdra Adly Zahari, pengerusi AMANAH Melaka bahawa "Deklarasi Rakyat merupakan sebuah inisiatif dalam mendukung aspirasi rakyat yang kian hari semakin jelek terhadap pendedahan korupsi yang jelas dan nyata dilakukan kerajaan memerintah hari ini.

"Deklarasi Rakyat tidak terikat dengan sebarang penerimaan mahu pun penolakan,"


Sekalipun benar Majlis Raja-raja menolak Deklarasi Rakyat, namun bukan Idris Haron yang sepatutnya mengumum atau mengulas. Beliau tidak mempunyai kelayakan atau autoriti untuk berbuat demikian.

Tun Dr. Mahathir sendiri sudah maklum hal berkenaan dimana menurut Mahathir, Tuanku Abdul Halim bertitah sebagai bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh beliau itu adalah tidak melanggari Perlembangan Persekutuan.

Namun, di penghujungnya, Mahathir menyatakan beliau tidak dapat meyakinkan Yang Dipertuan Agong.

"Apa yang kita tuntut tidak dapat dilaksanakan ... mungkin baginda fikir dirinya tidak mempunyai kuasa," katanya.

Demikianlah, apa yang penting Deklarasi Rakyat itu akan tetap menjadi suara rakyat. Ia adalah inisiatif awal mengumpulkan suara rakyat yang menentang korupsi dan rasuah yang diamalkan oleh kerajaan UMNO BN di bawah Perdana Menteri Naib Tun Razak.

Kita yakin dan percaya hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Satu hari, lambat laun, suara rakyat akan tetap menang akhirnya.



FEATURED ADS


Comments (0)