Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:03 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Husam: Wajib Sertai BERSIH Seperti Saranan TGNA

Posted: 18 Oct 2016 12:25 AM PDT

Nik Aziz pesan wajib sertai BERSIH, kata Husam

Ahli PAS wajib menyertai perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan 19 November depan kerana ini adalah pesanan bekas mursyidul Am parti Islam itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata pemimpin, Datuk Husam Musa.

Sebelum ini, umum mengetahui Husam mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz dalam kepimpinan kerajaan Kelantan sehingga menteri besar itu seringkali mempertahankannya dalam beberapa isu berbangkit.

"Saya nak ulang sekali lagi bagi yang was-was sampai BERSIH pun dia tak boleh hadir, minta maaf saya tak nak apologatik.


"Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH masa dia hidup, ada orang kata dia lebih rapat dengan Tok Guru daripada Husam tapi dia lupa apa yang Tok Guru pesan," kata Husam.


Husam yang kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata demikian ketika ucapannya dalam majlis sambutan setahun AMANAH Selangor di Dewan Alamanda, Shah Alam, semalam.

PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak menyertai perhimpunan BERSIH 5, walaupun pada prinsipnya menyokong matlamat asal gabungan itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata, BERSIH 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti itu pada masa kini.

Namun Takiyuddin berkata ketetapan sama ada PAS akan membenarkan ahlinya menyertai himpunan itu secara peribadi belum diputuskan lagi.

Solat berjemaah

Mengulas lanjut, Husam yang juga adalah bekas naib presiden PAS berkata beliau masih ingat setiap pesanan Nik Aziz agar kepimpinan parti itu mendokong perjuangan bekas rakan sekutunya sebelum ini.

"Tok Guru (Nik Aziz) pesan dan saya masih ingat, tuan-tuan juga masih ingat. Tok Guru pesan hadir BERSIH bawa air untuk wuduk di mana azan bergema di situ terus solat berjemaah.

"Tunjukkan kepada rakan kita dari Cina dan India disiplin seorang muslim dan AMANAH alhamdulillah pada pendapat saya mewarisi semangat perjuangan Tok Guru Nik Aziz," katanya.

Malah, Husam berkata Islam itu bukan milik sesuatu kaum dan tidak membawa perseteruan dan persengketaan.

"Yang buruk itu buruk, yang baik itu baik, yang hitam itu hitam, yang putih itu putih dan yang paling penting Islam itu bukan milik kaum.

"Islam itu tidak boleh diikat dengan kelemahan satu-satu kaum, Islam itu adalah dalam framework multiracial all the time (rangka kerja berbilang kaum speanjang masa) membawa rahmat bukan membawa perseteruan dan persengketaan," katanya.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengumumkan pihaknya akan menganjurkan himpunan BERSIH 5 dengan bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!'.

Malah, BERSIH kini mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk membina momentum menjelang perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November. -mk







FEATURED ADS


[VIDEO] Azmin Puji AMANAH, Selar Pihak Yang Bersekongkol Dengan "Perompak Negara"

Posted: 17 Oct 2016 06:00 PM PDT

Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Mohd Azmin Ali secara terbuka memuji Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai sebuah parti yang akan memainkan peranan penting dalam politik negara.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya di Ceramah Mega AMANAH sempena Sambutan Setahun AMANAH Selangor malam tadi di Perkarangan Dewan Alamanda, Shah Alam.

Azmin berkata sekalipun usia AMANAH baharu setahun namun mereka cukup matang dalam politik dan lantaran itu beliau yakin AMANAH akan main peranan penting dalam politik negara


Beliau juga menyatakan senario politik semasa memerlukan kekuatan baru. Negara sedang dilanda kegawatan kepimpinan dan kecurangan pengurusan ekonomi negara dan rakyat tak sepatutnya mendokong Umno BN lagi.

Malah beliau berkata bukan sahaja menyokong Perdana Menteri Najib Razak malah mana-mana pihak yang dilihat bersama dengan Najib pun tidak boleh diterima, yang ramai percaya beliau merujuk kepada PAS.

"Tidak boleh bersekongkol dengan bapak perompak negara," ujarnya.

"Kita nyatakan ikrar, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN, rakyat akan menolak mereka pada pilihan raya akan datang," tambahnya lagi.

PAS yang memenangi 15 kerusi daripada 20 kerusi DUN Selangor di dalam pilihanraya lepas sebagai komponen Pakatan Rakyat ketika itu, tanpa rasa malu, tanpa maruah dan tanpa rasa bersalah masih lagi menganggotai kerajaan negeri Selangor sekalipun parti itu telah memutuskan hubungannya dengan DAP.

Dua daripada ADUN PAS telah mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) menyaksikan PAS kini mempunyai 13 kerusi DUN di Selangor.

Ucapan Azmin itu juga telah mendapat reaksi pantas dari Dewan Pemuda PAS Selangor yang mengugut Azmin untuk menyatakan pendirian samada bersama PAS atau AMANAH.


Namun beberapa jam kemudian setelah menyedari kenyataan itu telah menyebabkan backfire kepada PAS sendiri dengan menerima sernagan bertubi-tubi dari netizen, mereka telah menafikan membuat kenyataan tersebut dengan mendakwa akaun facebooknya telah diceroboh, satu alasan yang kerap digunakan oleh mereka yang telah terperangkap dengan kenyataan asal untuk memulihkan pandangan netizen.

Turut berucap di Ceramah Mega AMANAH malam tadi ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu, ADUN Salor, YB Husam Musa dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan Selangor.







FEATURED ADS


Comments (0)