Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:32 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


PH & PPBM Jangan Terlalu Obses Dengan Satu-Lawan-Satu

Posted: 10 Oct 2016 10:50 PM PDT

Gabungan pembangkang harus bersedia hadapi PRU 14 tanpa Pas

Pakatan Harapan khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) harus bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 dengan anggapan Pas tidak akan bersama mereka.

Namun bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa yang kini menyertai Amanah berkata, usaha pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang terus mengadakan pertemuan dan berunding dengan Pas harus disokong.


"Parti Bersatu boleh akan mengukuhkan lompang-lompang ke arah menumbangkan Umno BN.

"Kalau dulu kita mempunyai teman dalam Pakatan tapi hari ini Pas telah mempunyai sikap yang berbeza dan berlainan dari dulu.

"Saya tidak menghalang dan tidak berasa keberatan jika ada rakan-rakan yang boleh berunding dengan Pas bawa Pas masuk dalam Pakatan kita.

"Tetapi secara realistik juga kita kena menerima kemungkinan Pas tak akan bersama dengan kita walaupun kita nak Pas bersama kita.

"Oleh yang demikian persiapan kita adalah dalam dua seneario Pas tidak bersama kita, dan jika Pas bersama kita bagaimana kita boleh malaksanakan hasrat perubahan," kata beliau sewaktu berucap di majlis makan malam Amanah Gopeng di Ipoh malam kelmarin.

Semalam, penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau berharap dapat memberikan penjelasan kepada Pas mengenai kepentingan parti itu bersama dalam Pakatan Harapan.

"Saya berharap kita akan dapat mengadakan pertemuan dengan PAS untuk menjelaskan jika mereka tidak bersama kita dalam pilihan raya mereka sebenarnya akan membantu kerajaan untuk menang sebab mereka akan kehilangan banyak kerusi," kata Mahathir ketika menghadiri sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia di Petaling Jaya, seperti dipetik Malaysiakini.

Pas sebelum ini menegaskan mereka menolak kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang yang menjalinkan kerjasama dengan DAP.

Parti itu bagaimanapun membentuk Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Ikatan Malaysia (Ikatan) dan masih bekerjasama dengan PKR yang menjadi rakan dalam Pakatan Harapan. -MD

VIDEO BERKAITAN




Amanah tidak yakin PAS setuju 1-lawan-1 menentang BN

Hasrat pembangkang meletakkan calon menentang Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya akan datang tidak akan menjadi kenyataan selagi PAS tidak melihat BN sebagai musuh utama, kata Amanah.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata PAS tidak mementingkan lagi soal satu lawan satu lagi kerana ia tidak ada masalah sekiranya BN terus membentuk kerajaan.

"Walaupun Amanah tiada halangan untuk terus berbincang dengan PAS tetapi kita lihat PAS tiada hal jika BN terus memerintah," katanya kepada FMT.

Khalid mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyifatkan cadangan satu lawan satu pembangkang hanya omong kosong.

Liow berkata pembangkang tidak akan mencapai kata sepakat kerana mereka bercanggah pendapat dan kepentingan sesama sendiri.

Khalid turut meminta MCA mendedahkan kepada umum sekiranya mereka mendapat jaminan daripada PAS akan wujudnya 3 penjuru dalam PRU akan datang.

"Kalau MCA sudah dapat jaminan daripada PAS, harap dedahkan. Iaitu jaminan bahawa PAS akan bertanding 3 penjuru," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata sikap PAS yang dilihat sombong dan angkuh dalam menjalinkan perbincangan satu lawan satu antara faktor yang menyukarkan persefahaman dalam pembangkang.

"Walaupun berkali-kali menafikan tidak akan bekerjasama dengan Umno tetapi kecenderungan mereka masa ini sudah gambarkan mereka pro-Umno.

"Amat mengejutkan, mereka ambil pendekatan sedemikian. Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut mengajak (berbincang), namun mereka masih tolak. Ini seperti memberi pertolongan cemas kepada Umno yang sedang nazak," katanya.

"Mereka akan pergi kepada Umno," katanya.

Baru-baru ini Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau sudah menemui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mendapatkan sokongan parti itu dalam memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada pilihan raya ke-14 yang perlu diadakan pada 2018.
-FMT




ULASAN GB

GB sudah mengulas berkali-kali isu ini.

Yang penting sekarang ini ialah Pakatan Harapan kena perkukuhkan hubungan diantara komponen dengan tidak terlalu mengaharapkan pihak luar.

Kita perlu menggali dan menjana kekuatan yang ada dalam diri sendiri. Itu asasnya. Mengharapkan kekuatan dari sumber luar dari PH bukan sahaja membuang masa malah amat membahayakan. Kita tidak pasti dengan pendirian sebenar PAS. Ia boleh menikam kita pada bila-bila masa. Sejarah telah membuktikannya yang menyaksikan kehancuran Pakatan Rakyat.

Jika kita dapagt meyakinkan PAS sekalipun untuk bertanding satu-lawan-satu dan jika kita menang sekalipun apabila bersama dengan PAS, kemenangan kita adalah kemenangan yang rapuh. Kemenangan itu boleh dirobek jika PAS melakukan u-turn.

Kenyataan terbaru Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa PAS tidak akan berperang dengan UMNO membuktikan bahawa UMNO BN bukan lagi musuh mereka.






FEATURED ADS


Comments (0)