Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:38 PG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Putrajaya diseru ambil alih projek perumahan daripada Felda

Posted: 30 Sep 2016 05:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat perlu mengambil alih projek Perumahan Generasi Baharu Felda yang kini berdepan masalah daripada agensi itu, kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya yang mengendalikan projek ini, dan Felda hanya bertindak menjadi pemudahcara untuk warga Felda mendapatkan rumah.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam wawancara bersama New Straits Times semalam yang mendedahkan projek itu "tergendala sedikit" kerana belum mendapat pinjaman institusi kewangan.
"Dengan ratusan juta sudah dibelanjakan dan banyak terbengkalai, saya harap ia tidak diteruskan. Maka sempena pembentangan belanjawan akan datang, saya minta Datuk Seri Najib Razak umumkan mana-mana agensi kerajaan yang terbabit untuk ambil alih projek ini.
"Dan Felda boleh kembali menjalankan tanggungjawab asalnya seperti menjamin agar peneroka hidup selesa dan mendapat pendapatan munasabah," kata Mazlan kepada FMT.
Katanya lagi, Felda tidak mampu lagi menambah hutang baharu di saat pendapatannya semakin berkurang, terutama selepas tanah Felda Plantations dipajakkan oleh Felda Global Ventures (FGV).
"Sepatutnya Isa memberi perhatian kepada isu utama Felda – survival peneroka, daripada fikir hal yang bukan tanggungjawab Felda tetapi kerajaan pusat," katanya lagi.
Pada 2011, ANAK mendedahkan tindakan Felda membuat pinjaman RM6 bilion dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beliau turut mengulas pengumuman Isa yang Felda melalui Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) akan meneruskan projek hartanah Wembley Three di London yang bernilai RM534 juta (£100 juta).
"Dengan kantung Felda dan FGV yang diketahui bermasalah, apakah akan buat pinjaman baru?
"Adakah tindakan ini betul untuk Felda dan peneroka?" soalnya.
Ia susulan kepada dua projek Felda sebelum ini, iaitu Wembley One dan Wembley Two dengan kos RM895 juta (£167 juta).
"Lagi jauh Isa heret Felda, lagi gelap masa depan terutama peneroka. Najib sebelum ini berkata ingin membela nasib peneroka, maka langkah pertama adalah tidak sambung perkhidmatan Isa yang akan tamat Disember ini," katanya lagi.

katanya.

Pada 2011, ANAK mendedahkan Felda membuat pinjaman RM6 bilion dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad perlu ditukar sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Posted: 30 Sep 2016 05:21 PM PDT


PETALING JAYA: Kegagalan urus tadbir pengurusan tertinggi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyebabkan peneroka tertekan dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad perlu ditukar sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Felda mula menghadapi masalah selepas Isa dilantik.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Roslan Md Isa.
Mereka mengulas wawancara Isa dengan New Straits Times semalam yang melaporkan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) "tergendala sedikit" kerana belum mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.
"Malapetaka Felda bermula apabila (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dengan mudah menyerahkan Felda ke tangan Isa Samad. Tindakan menyenarai Felda Global Ventures (FGV) ke Bursa Malaysia yang kononnya dijamin keuntungan kini membawa padah.
"Kegilaan Isa Samad berbelanja untuk projek mega dan pembelian kondominium mewah menjerat Felda ke tanah gersang dan kontang dalam aspek pengurusan kewangan," kata mereka hari ini.
Semalam, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman menggesa supaya Kerajaan Pusat mengambil alih projek PBGF yang dilihat berdepan masalah.
Kata Mazlan, kerajaan yang sepatutnya mengendalikan projek ini manakala Felda pula selaku pemudahcara untuk peneroka mendapatkan rumah.
Tambah Ibrahim dan Roslan, kantung Felda sudah menyusut dan semua projek dalam keadaan tergantung. Bukan itu sahaja, mereka mendakwa Felda juga gagal membuat pembayaran hasil sawit kepada peneroka.
"Di atas kertas, Felda dikatakan kini memiliki 12 hotel dan resort, termasuk apartmen perkhidmatan Grand Plaza, Bayswater dan Grand Plaza Kensington, kedua-duanya di London.
"Sementara Felda berkembang 'pesat' di luar negara, nasib PGBF untuk membina 20,000 unit rumah generasi kedua Felda yang membabitkan peruntukan RM380 juta pula mengalami kelewatan," katanya.
Pada 2011, ANAK mendedahkan Felda membuat pinjaman RM6 bilion dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Comments (0)