Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:35 PTG | Posted in

sumber :-
DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


RM5juta tumpu perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan Selangor 2017

Posted: 28 Oct 2016 07:35 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Seri Mohamed Azmin AliDatuk Seri Mohamed Azmin Ali
Belanjawan Selangor 2017 yang akan dibentangkan pada Isnin depan akan memberi tumpuan kepada perbelanjaan pembangunan berbanding perbelanjaan mengurus, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata belanjawan tahun ini perbelanjaan pembangunan dan mengurus diseimbangkan kepada 50 peratus manakala kerajaan negeri menyasarkan untuk memberi peningkatan lebih besar kepada pembangunan dalam Belanjawan 2017.

"Peruntukan lebih besar ini bertujuan memastikan pembangunan kampung dan desa juga seiring atau tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan kemodenan negeri," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan kunci rumah Taman Jenderam Murni kepada 83 penerima hari ini lapor Bernama.

Dalam perkembangan sama Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram, dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah,berkata, kerajaan negeri juga memperuntukan RM5juta bagi tujuan pembangunan kampung baru di seluruh negeri dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2017.

Katanya, jumlah tersebut berbeza dengan Umno dan Barisan Nasional apabila hanya memperuntukan RM200,000 untuk tujuan pembangunan ketika memegang tampuk pemerintahan negeri, sebelum 2008.

Hian Wah berkata, peruntukan tersebut sekali gus membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri membantu masyarakat luar bandar menikmati hasil kekayaan negeri secara telus dan adil.

"Ini merupakan berita yang cukup baik buat rakyat Selangor khususnya penduduk di kawasan kampung baru seluruh negeri.

"Untuk tempoh 2017, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan RM5 juta kepada seluruh kampung baru Selangor bagi tujuan naik taraf infrastruktur dan fasiliti," katanya dipetik SelangorKini.

'Dibelasah' wakil rakyat Pas, Husam ajak berdebat di luar DUN

Posted: 28 Oct 2016 07:27 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE


ADUN Salor, Datuk Husam Musa bersalaman dengan para penyokongnya di luar DUN Kelantan di Kota Bharu semalam.
ADUN Salor, Datuk Husam Musa bersalaman dengan para penyokongnya di luar DUN Kelantan di Kota Bharu semalam.
 
 
Nampaknya Datuk Husam Musa 'dibelasah teruk' oleh wakil-wakil rakyat Pas pada sidang Dewan Undangan Negeri Pas Kelantan semalam.

Malah Ahli Dewan Undangan Negeri Salor yang kini ahli Parti Amanah Negara (PAN) itu lebih banyak berdiri daripada duduk kerana mempertahankan dirinya daripada dikritik bertalu-talu.

Malah hampir kesemua ahli Exco kerajaan negeri yang berucap, Husam meminta laluan banyak kali untuk mempertahankan diri.

Beliau kelihatan tidak cukup tangan 'berlawan' di DUN Kelantan dan bagi ahli-ahli wakil rakyat UMNO berdiam diri melihat senario memandangkan PAN juga bukan rakan baik Barisan Nasional.

Semasa ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud 'pertikama lidah' dengan Husam semakin sengit.

Nassuruddin secara terang-terang mempertikaikan bai'ah yang dikhianati Husam seolah-olah tidak menghormati agama Islam dan mendakwa Husam mengkritik kerajaan tidak melalui saluran yang betul.

Menurutnya, Husam selalu tidak hadir ketika diminta penjelasan oleh pucuk pimpinan parti tetapi terus mengkritik pemimpin Pas di luar.

Mohd. Nassurudin juga menafikan dakwaan yang beliau pernah mengkritik Husam dengan menyebut nama 'kepalo bapok mu, kepalo tok mu'.

"Saya rasa dia (Husam) tujukan kepada saya.. saya dalam ceramah itu sebut 'buke tanoh pok mu, bukan tanoh tok mu' bukan 'kepalo pok mu, kepalo tok mu'..saya dah check balik," ujarnya.

Selepas tidak lagi diberi laluan, Husam juga mencabar Mohd. Nassurudddin berdebat dengannya mengenai isu yang sama.

Insiden yang sama juga berlaku semasa Exco kerajaan negeri, Datuk Annuar Tan Abdullah berucap telah 'diganggu' oleh Husam.

Bagaimanapun, sebagai ahli politik berpengalaman dan strategis, di luar DUN Husam dilihat bersama-sama sekumpulan penyokongnya yang membuat bantahan kepada kerajaan negeri mengenai dakwaan salah laku kerajaan negeri berkaitan isu balak, perumahan dan sebagainya.

Menurut sumber, Husam akan mempertahankan dirinya diluar menerusi ceramah dan forum peringkat nasional atau atas pentas PAN bagi menjawab kritikan yang diterima semasa sidang DUN.

Walaupun sukar namun Husam dikatakan akan berusaha keras mengekalkan momentum bagi meletakkan dirinya terus sebagai pemimpin pembangkang dan meluaskan pengaruh PAN di Kelantan sehingga pilihanraya umum kelak.-- MalaysiaGazette


Mahathir soal apa Najib mahu transformasi dengan TN50

Posted: 28 Oct 2016 07:21 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tun Dr Mahathir Mohamad mahu tahu apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercadang untuk ubah dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).


"Saya tidak tahu apa-apa mengenainya. Apa transformasi itu?" soalnya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir diminta mengulas mengenai TN50 yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2017 minggu lalu.

Bekas perdana menteri itu berkata Najib sebelum ini telah menggariskan banyak perkara yang perlu dilakukan tetapi "tiada apa yang berlaku".

Disoal mengenai kenyataan Najib bahawa sudah tiba masanya untuk membiarkan "legasi lama berlalu", Mahathir memberi reaksinya dengan senyuman sinis dan meninggikan bahunya.

Najib pada ucapannya Jumaat lalu tidak membuat sebarang rujukan kepada Wawasan 2020 cetusan Dr Mahathir untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, tetapi berkata sudah tiba masa untuk mengketepikan legasi masa lalu.

Najib berkata kerajaan akan melancarkan satu siri wacana nasional untuk menentukan hala tuju masa depan negara di bawah TN50.

Katanya TN50 akan dipacu oleh generasi muda yang terdiri daripada kalangan semua kaum melalui wacana-wacana nasional.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu menahu yang penyokong tegarnya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, telah meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Saya tidak tahu, saya tidak dengar lagi."

Ditanya sama ada dirinya terkejut dengan keputusan Khairuddin, Mahathir berkata bahawa beliau tidak tahu sama ada berita itu benar atau sebaliknya.

"(Saya) kena cakap dengan Datuk Seri (Khairuddin)," katanya, apabila dimaklumkan berita berkenaan telah dilaporkan.

Pengumuman Khairuddin, yang dibuat melalui satu kenyataan, datang sebagai satu kejutan kerana beliau sebelum ini berulang kali berkata dirinya tidak akan menyertai parti itu dan adalah tidak jelas bila beliau sebenarnya menyertai BERSATU.



'Jika ke mahkamah, Najib akan didapati bersalah'

Posted: 28 Oct 2016 07:17 AM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melabelkan wakil rakyat BN sebagai hipokrit kerana terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan bahawa beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang jenayah.

Mahathir berkata parti-parti komponen BN, termasuk Umno, MCA dan lain-lain tahu bahawa Najib tidak boleh disabitkan dengan sebarang jenayah kerana usaha telah dibuat untuk memastikan dakwaan salah lakunya tidak akan dibawa ke mahkamah.

"Sebenarnya mereka tahu tuduhan terhadap Najib memang berasas dan benar.

"Mereka tahu bahawa sebabnya Najib tidak didapati bersalah ialah kerana dia sendiri menyalahguna kuasanya dengan menyekat proses undang-undang dengan menukar pendakwa raya supaya penjawat yang baru menolak segala tuduhan terhadapnya.

"Jika proses perundangan berjalan pendakwa raya akan membawa kesnya ke mahkamah dan perbicaraan boleh diadakan. Menurut tuduhan dan bukti yang diketahui umum Najib tetap akan didapati bersalah oleh mahkamah," tulisnya di blog hari ini.

Bagaiamanpun, menurut Mahathir, pendakwa raya menyembunyi laporan-laporan supaya mahkamah tidak dapat mendengar kes Najib.

Sebaliknya, dakwa beliau, pendakwa raya berlagak sebagai hakim dan memutuskan bahawa tidak ada kesalahan dibuat oleh Najib dalam laporan-laporan yang diserah kepadanya.

"Yang jelas ialah Najib bukan didapati oleh mahkamah tidak bersalah, tetapi perbicaraan tidak dapat diadakan kerana disekat oleh pendakwa raya.

"Alasan mereka yang kononnya menerima Najib sebagai perdana menteri kerana dia tidak didapati bersalah, hanyalah alasan yang tidak berasas.

"Amatlah malang Malaysia mempunyai wakil rakyat dan pemimpin masyarakat hipokrit yang turut bersama dengan Najib menjayakan penipuan olehnya," tulisnya lagi

Ada dua alternatif bantu rakyat beli rumah - Pakar Ekonomi

Posted: 28 Oct 2016 05:33 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Terdapat dua alternatif yang boleh digunapakai untuk membantu rakyat kebanyakan memiliki aset hartanah, menurut pakar ekonomi, Prof Madya Dr Barjoyai Bardai. 
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam berhubung dasar Selangor mengenakan premium tanah dan caj pembangunan yang tinggi hingga menyebabkan rakyat sukar untuk memiliki rumah sendiri.
 
"(Pertama) Kita ubah perspektif pemilikan tanah. Daripada memilikinya selama-lamanya (freehold) atau 99 tahun kepada tempoh yang lebih singkat, misalnya 60 tahun, 30 tahun. Dengan cara itu nilai premium tanah menjadi lebih murah, seperti sewa jangka panjang. Maka membolehkan lebih ramai orang membeli rumah," ujarnya kepada Antarapos, hari ini. 
 
"(Kedua) Satu lagi cara menerusi koperasi perumahan. Yang mana contohnya, kita kumpulkan seribu orang yang hendak membeli rumah, kita tubuh koperasi dan beri satu kawasan tanah yang murah, dan mendapat bantuan kerajaan negeri. Kemudian koperasi ini membina rumah dengan pembiayaan yang juga boleh dibantu pengurusan kerajaan. 
 
"Apabila ia sudah siap maka ahli-ahli koperasi memasuki rumah dengan membayar sewa bulanan yang berasaskan kos perumahan dan pembangunan, yang mana lebih murah berbanding harga pasaran," katanya lagi.
 
Menjelaskan alternatif kedua itu, Barjoyai berkata bayaran sewa bulanan itu perlu dilunaskan ahli-ahli koperasi dalam tempoh tertentu sebagai bayaran balik pinjaman koperasi tersebut.
 
"Jika koperasi sebegini boleh ditubuhkan di setiap kawasan yang memerlukan perumahan, maka kita akan dapat lihat tekanan untuk mendapatkan rumah semakin berkurang," jelas Barjoyai.
 
Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar turut mencadangkan agar Selangor menurunkan harga premium tanah kepada pemaju bagi membolehkan golongan itu menjual rumah kepada pembeli dengan harga yang lebih murah.
 
Namun cadangan Noh itu tidak begitu praktikal kerana kebiasaannya golongan pemaju gemar menyerap kelonggaran yang diberikan kepada mereka, kata Barjoyai yang juga Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR).
 
"Kita boleh anggap ia sebagai salah satu cara. Maknanya apabila harga premium tanah menjadi rendah, maka kos pembangunan akan direndahkan dan harga rumah boleh jadi murah. 
 
"Namun biasanya, pemaju mempunyai formula tersendiri dalam mengira harga rumah. Jika itu berlaku, banyak keuntungan akan diambil oleh pemaju," katanya lagi.
 
Buat masa ini kerajaan negeri Selangor dibawah pemerintahan Datuk Seri Azmin Ali menetapkan 30 peratus daripada kawasan dimajukan perlu dibina rumah mampu milik.
 
Bagaimanapun, kerajaan negeri itu tidak memberikan sebarang subsidi kepada pemaju bagi membantu mengurangkan kos pembinaan rumah, ujar Noh.
 
 
 

Pindaan Akta 355 tidak bercanggah dengan Perlembagaan - Sallehuddin Saidin

Posted: 28 Oct 2016 05:31 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 seperti yang ingin dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
Seorang pengamal undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin berkata, pindaan tersebut hanya untuk menaikkan kadar hukuman terhadap kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah seperti mana yang termaktub dalam senarai negeri.  
 
Pindaan tersebut tidak akan menyentuh mengenai kesalahan yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat iaitu jenayah awam seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya, jelas Sallehuddin. 
 
"Akta 355 telah digubal Parlimen, dan kuasa yang diberikan di bawah akta itu sendiri tidak ada yang tak konsisten dengan Perlembagaan sebab ia dah kata dengan jelas dalam Seksyen 2, bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya bagi mendengar kes-kes yang tersenarai di bawah Jadual 9 Perkara 1, Senarai Negeri.
 
"Ikut undang-undang syariah, kalau kita pinda, yang pindaan tak boleh kita katakan sebagai bercanggah dengan perlembagaan sebab ianya tidak langsung menyentuh kuasa kerajaan persekutuan. Tidak ada," katanya dalam satu temubual dengan Antarapos.
 
Justeru kata Salehuddin, dakwaan segelintir pihak yang mengatakan pindaan terhadap Akta 355 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, langsung tidak berasas. 
 
Beliau juga menjelaskan, tidak timbul soal dua set undang-undang bakal wujud ekoran langkah meminda Akta 355, seperti yang dimomokkan sesetengah pihak.
 
"Tapi ada pihak mengatakan mengapa ada dua set undang-undang, satu untuk orang Islam dan satu bukan Islam. 
 
"Kita tak kata ia dua set undang-undang kerana dah dinyatakan dalam Perlembagaan, bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan orang awam seperti merompak, mencuri, merogol, bunuh, dadah dan sebagainya, ini kesalahan yang dibawah kuasa erajaan Persekutuan, yang mana ia terpakai kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
 
"Tapi Mahkamah Syariah bidang kuasanya hanya khusus kepada orang Islam, yang mana ianya melibatkan undang-undang peribadi," kata beliau.
 
Tambah peguambela dan peguamcara itu lagi, proses untuk meminda Akta 355 masih 'panjang' dan sekiranya ia diluluskan di Parlimen, tidak semestinya ia automatik terpakai kepada seluruh negeri.
 
"Kita kena ingat, walaupun mendapat kelulusan di Dewan Rakyat atau Parlimen, ia masih tak bermakna negeri-negeri terpinda undang-undang mereka.
 
"Sebab, undang-undang berkaitan Islam, kuasanya terletak kepada negeri, setiap negeri ada enakmen kesalahan jenayah tersendiri. Sekarang, bidang kuasa Mahkamah Syariah setiap negeri tertakluk kepada apa yang ada sekarang iaitu 3,5,6.
 
"Ia terpulang kepada DUN sendiri, sama ada mereka nak pinda enakmen mereka untuk selaras atau menambah hukuman bagi kesalahan yang mereka ada bidang kuasa, pada kadar seperti mana yang diperuntukkan undang-undang syariah. Jadi kena bahas semula di dewan negeri untuk pinda enakmen negeri itu sendiri," katanya lagi. 
 
PAS menerusi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal membentangkan usul di Dewan Rakyat untuk mencadangkan pindaan terhadap Akta 355, bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
 
Ia bagi menaikkan kadar hukuman Mahkamah Syariah yang  ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan.
 
PAS menegaskan hukuman yang dikenali sebagai 3,5,6 itu dilihat tidak memberi kesan kepada pesalah, malah ia juga tidak menepati hukum syarak.

Tiga kali bahan kimia yang sama sebabkan pencemaran sungai bukti perbuatan sabotaj, kata Exco

Posted: 28 Oct 2016 05:27 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Tiga kali pencemaran sungai berpunca daripada bahan kimia yang sama menunjukkan ada 'muslihat politik' yang cuba ditekan ke atas kerajaan negeri Selangor, kata Exco negeri itu, Ean Yong Hian Wah.
 
ADUN Seri Kembangan itu berkata, pihak yang cuba mensabotaj bekalan air bersih kepada lebih sejuta pengguna itu, bermatlamat mahu memburukkan nama Selangor, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
 
Ean berkata pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum ini berbuat demikian berhampiran sebuah kilang haram di Selangor dan kemudiannya beralih ke negeri lain untuk melancarkan sekurang-kurangnya dua kali lagi serangan.
 
Sehubungan itu, pengerusi jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram Selangor itu berkata, kerajaan negeri tidak patut dipersalahkan atas masalah gangguan bekalan air yang dihadapi penduduk Selangor.
 
"Kalau tidak ada kilang-kilang haram di Selangor sekalipun, air tetap akan tercemar jika ada orang berniat mensabotaj," katanya yang menafikan sumber bekalan air kerap tercemar disebabkan kerajaan negeri tidak mengawal kewujudan kilang haram.
 
Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada kilang haram di sekitar sumber bekalan air, tetapi ada yang terletak di kawasan terpencil dan tidak mudah dikesan, menyebabkan pihak berkuasa terlepas pandang, walaupun penguatkuasaan sering dijalankan.
 
Masalah gangguan bekalan air berlaku di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, ekoran penutupan LRA Semenyih, Langat dan Cheras sejak bulan lalu, akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih dan Sungai Semantan di Pahang.
 
Akhir bulan lalu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggantung seorang pekerjanya pada 6 September lalu kerana disyaki terlibat dalam perbuatan khianat menyebabkan gangguan bekalan air hingga menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling, 1 September lalu.
 
 

Jabatan Hutan Sarawak keluar permit buru buaya ganas

Posted: 28 Oct 2016 05:23 AM PDT

BERNAMA
 
 


Jabatan Hutan Sarawak akan mengeluarkan permit untuk memburu dan memusnahkan buaya-buaya liar dan ganas di 13 batang sungai di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Pengarahnya Sapuan Ahmad berkata, penduduk setempat akan diberi keutamaan bagi memohon serta mendapatkan permit memburu dan memusnahkan buaya-buaya liar di sungai kawasan masing-masing.

Menurutnya, antara sungai yang mempunyai populasi buaya liar tertinggi di Sarawak iaitu sekitar 14 ekor untuk jarak setiap satu kilometer ialah di Batang Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar dan Batang Salak.--BERNAMA


Gangguan perkhidmatan tren laluan utara-selatan akibat tren tergelincir

Posted: 28 Oct 2016 05:18 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Perkhidmatan tren di laluan utara dan selatan mengalami gangguan ekoran insiden kegelinciran tren kargo di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di Stesen Batu Gajah dekat sini, awal hari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini berkata kejadian pukul 3.15 pagi itu berlaku ketika tren kargo itu dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di sini untuk mengambil muatan simen.

"Dua lokomotif dan 25 gerabak kosong telah tergelincir dan menghalang kedua-dua landasan.

"Ini menyebabkan semua tren yang melalui laluan ini telah terhalang dan penumpang yang menggunakan beberapa perkhidmatan tren dari Kampar-Ipoh-Kampar akan dipindahkan menggunakan bas," menurut kenyataan itu.

Maklumat mengenai insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan KTM Berhad memohon maaf di atas segala kesulitan.

Sementara itu, Ketua Zon Satu Balai Bomba dan Penyelamat Perak Mohd Khairul Jamil berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Dua orang pemandu tren itu tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun, mereka dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

"Terdapat kebakaran kecil pada bahagian enjin gerabak dan anggota bomba hanya dibenar masuk ke lokasi setelah bekalan elektrik di kawasan itu ditutup," katanya.-- BERNAMA


Piala Malaysia: Tiada bayangan cuti peristiwa - Azmin

Posted: 28 Oct 2016 05:16 AM PDT



Kerajaan negeri Selangor belum berhasrat mengumumkan cuti peristiwa sebagai menghargai kemenangan sekiranya Selangor berjaya mengekalkan kejuaraan Malaysia 2016, malam Ahad ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cuti peristiwa belum berada dalam bayangannya sebaliknya yang lebih penting memberikan keyakinan dan dorongan kepada seluruh pasukan untuk fokus kepada permainan di atas padang nanti.

Beliau yang juga Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) enggan mengulas tentang imbuhan pembakar semangat dan menyerahkan kepada masa untuk menentukannya kelak

"Malam ini saya akan bertemu pemain lagi dan biarlah kita umumkan imbuhan pada masa yang sesuai.

"Selangor sentiasa menghargai penjawat awam dan pemain bola sepak serta yang penting kita harus jaga prestasi dalam perkhidmatan dan dalam bola sepak

"Kerajaan negeri sentiasa hargai sumbangan semua pihak. Cuti peristiwa kalau menang, saya belum boleh bayangkan. Saya akan beri dorong lagi kepada pemain malam ini.

"Saya doakan agar pasukan Selangor dapat mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia dan saya melihat sendiri latihan yang telah pemain lalui.

"Dan minggu lalu, ketua pasukan datang bertemu saya dan memberikan jaminan bahawa mereka akan fokus pada permainan di padang nanti pada malam Ahad ini," katanya.

Azmin berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Taman Jenderam Murni di Dengkil di sini hari ini.

Ditanya nasib pemangku jurulatih K. Gunalan yang berjaya membawa Selangor ke perlawanan akhir, Azmin berkata, dalam pasukan, apa yang penting adalah hubungan baik para pemain, ketua pasukan dan jurulatih

"Persefahaman itu amat penting dan saya perlu runding dengan pemain kerana akhirnya mereka yang akan tentukan untuk menguatkan pasukan.

"Bukan saya yang tentukan dan malahan dalam pertemuan dengan ketua pasukan minggu lalu, itu antara perkara yang bincang.

"Selepas Piala Malaysia ini, saya akan duduk lagi berbincang mengenai perancangan hala tuju dan masa depan pasukan.

"Sebagai presiden saya berpuas hati dengan pretasi kerana sudah sekian lama Selangor tidak menjulang Piala Malaysia dan kali terakhir 33 tahun lalu," katanya.

Selangor akan menentang Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam, Selangor pada malam Ahad ini.

Ia merupakan ulangan perlawanan akhir musim lalu yang memihak kepada Selangor apabila menang 2-0 sekaligus menamatkan misi menjulang piala keramat itu selepas kali terakhir pada 33 tahun lalu. -- MalaysiaGazette


'Jika ke mahkamah, Najib akan didapati bersalah'

Posted: 28 Oct 2016 05:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melabelkan wakil rakyat BN sebagai hipokrit kerana terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan bahawa beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang jenayah.

Mahathir berkata parti-parti komponen BN, termasuk Umno, MCA dan lain-lain tahu bahawa Najib tidak boleh disabitkan dengan sebarang jenayah kerana usaha telah dibuat untuk memastikan dakwaan salah lakunya tidak akan dibawa ke mahkamah.

"Sebenarnya mereka tahu tuduhan terhadap Najib memang berasas dan benar.

"Mereka tahu bahawa sebabnya Najib tidak didapati bersalah ialah kerana dia sendiri menyalahguna kuasanya dengan menyekat proses undang-undang dengan menukar pendakwa raya supaya penjawat yang baru menolak segala tuduhan terhadapnya.

"Jika proses perundangan berjalan pendakwa raya akan membawa kesnya ke mahkamah dan perbicaraan boleh diadakan. Menurut tuduhan dan bukti yang diketahui umum Najib tetap akan didapati bersalah oleh mahkamah," tulisnya di blog hari ini.

Bagaiamanpun, menurut Mahathir, pendakwa raya menyembunyi laporan-laporan supaya mahkamah tidak dapat mendengar kes Najib.

Sebaliknya, dakwa beliau, pendakwa raya berlagak sebagai hakim dan memutuskan bahawa tidak ada kesalahan dibuat oleh Najib dalam laporan-laporan yang diserah kepadanya.

"Yang jelas ialah Najib bukan didapati oleh mahkamah tidak bersalah, tetapi perbicaraan tidak dapat diadakan kerana disekat oleh pendakwa raya.

"Alasan mereka yang kononnya menerima Najib sebagai perdana menteri kerana dia tidak didapati bersalah, hanyalah alasan yang tidak berasas.

"Amatlah malang Malaysia mempunyai wakil rakyat dan pemimpin masyarakat hipokrit yang turut bersama dengan Najib menjayakan penipuan olehnya," tulisnya lagi

‘Sumpah kerahsiaan bukan untuk lindung salah laku’

Posted: 28 Oct 2016 05:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pakar perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari mengingatkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sumpah kerahsiaan bertujuan untuk melindungi perkara yang sah dan mengikut undang-undang.

"Ia (sumpah kerahsiaan) bukan untuk melindung salah laku," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Ini, katanya, adalah kerana skandal 1MDB banyak melanggar undang-undang di negara ini.

"Dalam mana-mana kes, jika Pandikar benar-benar serius, biarkan mahkamah yang membuat keputusan."

Aziz mengulas kenyataan Pandikar yang mendakwa bekas anggota kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mungkin melanggar sumpah kerahsiaan apabila mereka menyentuh mengenai 1MDB dalam ucapan di Parlimen.

Pandikar berkata, keputusan kabinet itu belum dilaksanakan dan bahawa ia adalah maklumat rahsia kabinet.

Bagaimanapun bagi Aziz, ini adalah satu lagi contoh Pandikar menggunakan kuasanya untuk "menekan dan menyelamatkan kerajaan semasa" dan bukannya untuk "memperkasakan demokrasi dan akauntabiliti".

"Itu adalah salah mengikut perlembagaan," kata Aziz.

Pandikar, katanya, melakukan kesilapan yang sama apabila beliau menghalang usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Aziz, speaker itu juga telah menjadikan perbahasan 1MDB di Parlimen sesuatu yang mustahil.

"Kedua-dua proses dibenarkan oleh perlembagaan," katanya.


Keluar PPBM: Dr Mahathir mahu tanya Khairuddin dahulu

Posted: 28 Oct 2016 05:03 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berjumpa dan mendengar penjelasan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terlebih dahulu, sebelum menjawab mengapa 'orang kuatnya' itu bertindak keluar parti.
 
"Saya tidak tahu, saya tidak dengar lagi kenyataan dari beliau (Khairuddin)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah majlis pelancaran buku di Yayasan Al Bukhary, hari ini.
 
"Tidak tahu, perkara itu betul atau tidak. Saya kena bercakap dengan beliau dahulu," katanya lagi.
 
Khairuddin pada semalam mengumumkan dirinya keluar daripada PPBM untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi beberapa kes di mahkamah. 
 
Khairuddin sebelum ini menyertai parti PPBM pimpinan Dr Mahathir dan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
"Dalam masa yang sama saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat yang berada bersama parti Bersatu (PPBM) dan berharap mereka menggalas tanggungjawab secara beramanah.
 
"Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin dan ahli parti Bersatu (PPBM) tidak boleh berpuak-puak dan jangan sama sekali meniru budaya serta amalan buruk Umno ke dalam Bersatu," kata Khairuddin sebagaimana memetik kenyataannya, pada Khamis.
 
 

Khairuddin enggan sah atau nafi perpecahan dalam PPBM

Posted: 28 Oct 2016 05:01 AM PDT

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan enggan menafikan atau mengesahkan wujud perpecahan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru ditubuhkan.
 
Bercakap kepada Antarapos, Khairuddin hari ini berkata setiap pertubuhan parti politik tidak terlepas daripada budaya berpuak-puak, termasuk PPBM.
 
"Dalam mana-mana pertubuhan politik, perkara ini (perpecahan) normal. Benda ini akan berlaku. Tidak siapa boleh nafi perkara ini boleh berlaku. Dan sebab itulah saya nasihat, dalam PPBM ini jangan ada berpuak-puak.
 
"Kalau mereka berpuak-puak, ada puak Mahathir, ada puak Muhyiddin, ada puak Mukhriz, parti akan lingkup. Akhirnya masing-masing akan jaga kepentingan (puak) masing-masing," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakannya melangkah kaki keluar daripada parti tersebut dipengaruhi oleh konflik dalaman PPBM.
 
Khairuddin yang juga bekas pemimpin Umno Pulau Pinang turut memberi amaran akan mendedahkan 'sesuatu' berkenaan parti itu sekiranya terdapat pemimpin PPBM yang menyerang beliau berhubung tindakannya keluar parti.
 
"Dan dalam isu ini, saya akan membuat kenyataan yang jelas, tetapi saya nak tengok tindak balas PPBM terhadap saya. Kalau mereka (PPBM) serang saya, saya akan buat satu kenyataan balik yang mendalam.
 
"Kalau mereka (PPBM) menyerang saya, saya nak bagi amaran, saya akan bercakap sesuatu secara panjang lebar," tambahnya.
 
Semalam, dalam satu kenyataan, Khairuddin mengumumkan keluar daripada PPBM untuk memberi fokus kepada kes-kes mahkamah yang dihadapinya termasuk kes dalam dan luar negara yang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 


PAS perkenalkan maksud pembangkang beradab

Posted: 28 Oct 2016 04:58 AM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
[ULASAN] PAS bukan berbuat bodoh. Ia tidak keluar Dewan Jumaat lalu kerana mahu membezakan tarbiyah politiknya dengan PKR, DAP dan Amanah. Membangkang tidak semestinya memboikot perbahasan.
 
PAS mahu meneliti cadangan Bajet 2017 Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, terlebih dahulu sebelum memberi komen. PAS percaya berlandaskan perbahasan yang sihat dan adil, barulah rakyat mendapat manfaat sepenuhnya.
 
PAS bukan tidak boleh membaca dan menganalisis apa yang berlaku di persada politik tanah air. PAS juga tidak setuju cara 1MDB diuruskan. PAS juga ada pendirian tetapi mahu menzahirkannya menurut cara yang budiman dan betul.
 
"Kita ada cara tersendiri melalui peraturan dewan... Saya tidak tahu rancangan (keluar Dewan) itu. Terpulang mereka berkenaan dengan MO1. Kita (PAS) pun persoal juga siapa MO1," kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
 
Watak politik PAS semakin berubah dan membentuk entiti baharu dan segar. Ia tidak mudah melatah dan setiap tindakannya nampaknya disuluh pendekatan lebih yakin dan beradab.
 
PAS pembangkang berhemah, matang dan sopan
 
PAS mengulit politiknya seberapa matang, sopan dan sejahtera termampu. Reaksinya terhadap isu dan serangan politik kawan dan lawan disambut dengan tenang dan berhemah.
 
Namun PAS tetap melaungkan ia parti pembangkang – saingan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). Di segi syaksiahnya PAS lebih selesa mempamerkan jatidiri berbeza dengan cara pemikiran dan perangai pembangkang lain.
 
Langkah politiknya banyak disandarkan kepada semangat perlembagaan negara, undang-undang, protokol dan adab Islam. Paling diutamakan ialah kesejahteraan rakyat dan negara. 
 
Ketika parti-parti pembangkang lain cuba menyuntik rasa cemas dan curiga dalam jiwa dan benak rakyat, PAS memilih bertenang dan mendepani masalah rakyat dan kerajaan dengan cara benar dan bermaruah.
 
Dalam menentukan kesahihan dan kewibawaan pemimpin serta pemerintah, PAS memilih pentaksiran prestasi yang adil dan memelihara maruah pihak terbabit. Ini bagi menghayati doktrin bermasyarakat Islam. 
 
Paling utama, PAS sudah tidak teruja dengan jalan songsang menukar kerajaan. Ini kerana semangat perlembagaan negara sudah menetapkan pemerintah dan pemimpin ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya.
 
Justeru PAS menolak cara menjatuhkan dan menukar kerajaan melalui demonstrasi jalanan. PAS mengumumkan tidak bersetuju dengan pendekatan Deklarasi Rakyat Tun Mahathir Mohamad atau Gerakan Bersih 5.0.
 
***RUU 355: Kerjasama PAS terbuka 
 
Saban hari PAS semakin giat dan yakin dengan pegangan politiknya. Ia bersikap terbuka pada mana-mana pihak yang mahu berunding dengannya demi kemaslahatan umat.
 
Terbaharu PAS memberitahu Dewan Rakyat bahawa tidak salah berunding dengan mana-mana pihak termasuk Kerajaan Persekutuan dalam isu pindaan Akta 355 bagi memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara yang berkaitan hal ehwal Islam adalah tanggungjawab orang Islam tanpa mengira parti politik atau fahaman ideologi.
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, semua 
pihak perlu bersikap terbuka atas prinsip demokrasi dan Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
 
"Adalah menjadi tanggungjawab semua penganut Islam untuk melaksanakan ajaran berkaitan kepentingan bersama masyarakat Islam.
 
"Kalau sekiranya berkait dengan kehidupan seperti hal lebuh raya, jambatan Pulau Pinang atau macam-macam lagi, boleh pula berunding antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat.
 
"Jadi adakah salah kami berunding dengan Kerajaan Pusat di semua peringkat?," katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat Rabu lalu.
 
Beliau menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (DAP-Kuching) yang mempersoalkan kenapa PAS rela diperalatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pindaan akta itu sehingga memecahbelahkan perpaduan di antara parti pembangkang.
 
Abdul Hadi memperjelaskan bahawa tidak ada paksaan kepada mana-mana negeri atau ahli Parlimen yang tidak mahu menyokong rang undang-undang itu untuk diluluskan.
 
Katanya, ia tidak sepatutnya menimbulkan ketegangan
di antara agama kerana usul persendirian yang mahu dibawakan itu tidak ada kena-mengena dengan hudud dan hanya melibatkan undang-undang peringkat negeri.
 
"Sepatutnya kita boleh berdialog secara harmoni dengan tokoh-tokoh agama," katanya.
 
Mulanya pendekatan ini tidak begitu digemari beberapa kerat pemimpin PAS sendiri. Ada menganggap sikap ini apologetik dan tidak menguntungkan PAS. Beberapa kerat pemimpin meninggalkan PAS.
 
PAS 'insaf' jalin kerjasama dengan DAP
 
PAS mula mencermin diri apabila dibalun hebat oleh DAP. Bagi parti sekular itu PAS tidak menepati janji dan sukar dipercayai. Sasaran DAP ialah presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. DAP  memutuskan hubungan dengan beliau.
 
Adalah jelas DAP lebih senang berunding dengan golongan profesional PAS. Mereka faham pemikiran DAP. Namun Haji Hadi segera mengesan muslihat DAP. Ia cuma mahu memperkotak-katikkan PAS. 
 
Lantas apabila golongan pro-DAP dalam PAS kalah dalam muktamar lebih setahun lalu, kumpulan ini menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan segera diterima masuk menjadi kerabat Pakatan Harapan bersama PKR.
 
Haji Hadi dan kepimpinan PAS lain mulai muhasabah diri dan insaf bahawa sejak bergabung dengan PKR dan DAP pada 2008, PAS semakin hilang jatidirinya sendiri sebagai sebuah parti Islam.
 
Lantas apabila PAS mengorak langkah melaksanakan hukum syarak, hubungannya dengan DAP mulai berderai. PAS insaf dalam kelekaan mahu berkuasa, perjuangan pokoknya menyusun carahidup rakyat menurut Islam, sudah terabai. 
 
Yang mengecewakan PAS ialah persefahaman awal bahawa setiap kerabat Pakatan Rakyat bebas memperjuangkan pemikiran dan ideologi masing-masing, tidak mempunyai nilai. 
 
DAP bermati-matian mahu menyekat hasrat melaksanakan syariat Islam. Sementara PKR pula tidak menunjukkan komitmen yang tinggi pada usaha PAS.
 
DAP menyindir dan mengkritik PAS, terutama Haji Hadi secara terbuka. Namun reaksi PAS ialah, rapatkan saf dan fokus pada inti perjuangannya – laksana ajaran Islam. 
 
Ketika itu PAS sedar bahawa bukan parti sekular DAP sahaja yang ragu, ngeri dan kurang menyukai perjuangan PAS. Satu lagi kerabat pakatan rakyat, PKR, pun tidak senang dengan fokus baru PAS.
 
Keadaan ini agak menyedihkan kerana sebahagian besar pemimpin Melayu-Islam PKR sedikit sebanyak pernah terdedah dengan pemikiran gerakan Islam seperti Angkatan Belia Islam (Abim).
 
PAS tidak bercadang mencabar pemikiran sedemikian. Ia mahu menghidupkan nilai dan semangat Islam dalam perjuangan politiknya. Penghijrahan golongan demokrat keluar PAS memudahkan PAS membina semula jatidirinya. 
 
Potensi dan kemampuan politik PAS tinggi. Ia tidak perlu berebut pengaruh dengan DAP, PKR, Amanah dan juga Umno. PAS percaya 'tidak kan hilang bisa ular yang menyusur akar'.
 
 

BERSIH kemuka notis kepada polis untuk himpunan 19 Nov

Posted: 28 Oct 2016 04:54 AM PDT

MALAYSIAKINI


BERSIH hari ini mengemukakan notis kepada pihak polis untuk perhimpunan 19 November, kata pengerusinya, Maria Chin Abdullah.

Ini dilakukan selepas tiga hari, kumpulan penenentangnya yang diketuai oleh Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus mengemukakan notis sendiri untuk perhimpunan berasingan pada tarikh yang sama.

"Kami telah mengemukakan notis kepada Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Brickfields," katanya.

Dalam notis itu, menurut Maria, BERSIH memaklumkan kepada polis bahawa mereka akan berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, BERSIH masih belum memutuskan lokasi pesertanya akan berkumpul.

Jamal yang menerajui gerakan baju merah, sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa mereka telah mengemukakan notis untuk berhimpun pada 5 dan 19 November kepada pihak polis.

Mengulas pertembungan tarikh itu, dan kemungkinan polis hanya membenarkan satu perhimpunan pada 19 November memandangkan gerakan baju merah mengemukakan notis lebih awal, Maria berkata pihaknya tidak akan berganjak.

"Kita tidak akan tukar masa, tarikh dan tempat. Kita akan lihat apa polis kata (terlebih dahulu)," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, keputusan BERSIH berhubung masa dan tempat perhimpunan itu adalah muktamad.

Apandi sahkan terima permintaan MLA dari AG Switzerland

Posted: 28 Oct 2016 04:47 AM PDT

Hafiz Yatim


LIHAT VIDEO DI SINI

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengesahkan pejabatnya telah menerima permintaan daripada Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland di bawah Bantuan Perundangan Bersama (MLA) berhubung penyelewengan dan pengubahan wang haram yang dikatakan melibatkan 1MDB.

Ini adalah permintaan kedua untuk mendapatkan bantuan daripada rakan sejawatannya dari Malaysia di bawah Bantuan Perundangan Bersama, selepas pejabat peguam negara di sini mendakwa ia tidak menerima permohonan pertama.

Bercakap kepada pemberita selepas dilantik sebagai adjunct professor oleh Universiti Utara Malaysia di Kuala Lumpur, Apandi berkata beliau akan membalas permintaan itu dengan sewajarnya.

"Kami telah menerima dan ia sedang dalam proses untuk kita balas," katanya.

Dilaporkan pada 6 Oktober bahawa pejabat peguam negara Switzerland telah menghantar permintaan MLA kedua untuk Malaysia.

Apandi juga diminta mengulas mengenai posting blog terkini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh beliau menyembunyikan laporan dan bertindak sebagai hakim untuk tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun peguam negara berkata beliau tidak mempunyai komen.

"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengulas mengenai apa yang dia katakan kerana saya tidak dengar," katanya.

Apabila diberitahu ia adalah satu posting blog, Apandi berkata beliau tidak membacanya.

"Jadi perkara yang terbaik adalah no commentlah," katanya.

Laporan polis ke atas Muhyiddin atas dakwaan dedah rahsia kerajaan

Posted: 28 Oct 2016 04:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


Satu laporan polis dibuat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan mendedahkan "rahsia kerajaan" yang berkaitan dengan 1MDB.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah dalam laporannya menyebut Muhyiddin berbuat demikian dalam dua kejadian - minggu ini di Parlimen, dan awal bulan ini dalam sebuah ceramah.

"Beliau melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana semua dokumen yang telah diklasifikasikan mesti kekal rahsia," kata Azwanddin dalam laporannya. Satu salinan laporan diperolehi oleh Malaysiakini.

Azwanddin berkata, tindakan Muhyiddin itu perlu dipandang serius kerana ia ibarat "menghasut rakyat".

Dalam klip video yang dimuat naik oleh KiniTV, Azwanddin bagaimanapun mengakui bahawa tindakan mungkin tidak dapat diambil terhadap Muhyiddin kerana beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan di Parlimen.

Laporan polis hari ini dibuat selepas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Muhyiddin dan juga bekas rakan anggota kabinetnya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mungkin melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen.


Comments (0)