Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:22 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Bekas atlet harap bajet sukan 2017 tak tiris

Posted: 22 Oct 2016 07:09 AM PDT

N Faizal Ghazali


Peruntukan yang disalurkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha kerajaan membangunkan bidang sukan negara diharap dapat dimanfaatkan dengan sewajarnya, kata bekas atlet negeara, Zaki Sadri.

Bekas jaguh lompat kijang itu berkata, peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi pembangunan sukan seperti dibentangkan perdana menteri adalah satu berita gembira.

"Sebagai orang yang berada dalam bidang sukan saya memang gembira dan amat berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak.

"Cuma diharapkan peruntukan tersebut dapat disalurkan dengan baik dan tidak berlaku ketirisan sepertimana yang berlaku dalam KBS sebelum ini.

"Perkara seumpama itu mencerminkan kepimpinan dalam kementerian atau kakitangan yang tidak amanah," katanya dengan merujuk isu penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta melibatkan KBS, awal tahun ini.

Semalam, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan RM1.2 bilion peruntukan untuk pembangunan sukan melalui Bajet 2017.

Jumlah itu sebahagian besarnya melibatkan peruntukan sebanyak RM450 juta untuk penganjuran Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 pada tahun depan.

Bajet sukan tahun depan itu meningkat berbanding jumlah yang diperuntukkan untuk tahun ini yang berjumlah RM930 juta.

Zaki berkata, kes penyelewengan yang melibatkan KBS itu perlu diselesaikan dan mereka yang terlibat perlu dibersihkan segera.

"Jika tidak berapa banyak pun yang perdana menteri luluskan, tidak 100 peratus akan dinikmati oleh atlet dan pembangunan sukan itu sendiri.

"Ia hanya akan mengembungkan kocek (saku) mereka ini yang bertopengkan sebagai pencinta sukan, tapi pada dasarnya bukan membantu untuk membangunkan malah menjadi perosak tegar.

"Golongan seperti itu adalah parasit yang menumpang atas nama sukan," katanya kepada Malaysiakini.

BAJET OLEH MENTERI KEWANGAN TERBURUK 2016, MEMANG PATUT PUN KELUAR DEWAN!!

Posted: 22 Oct 2016 06:58 AM PDT

shahbudindotcom
 

Walaupun cuba diberi gambaran buruk dengan pelbagai label dan gelaran, tindakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan ketika Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017, sebenarnya adalah sesuatu yang wajar dan penuh intergriti.

Insiden bermula dengan Najib sendiri yang tidak menyedari dan bagaikan lupa diri bahawa berdirinya beliau membentangkan bajet tersebut adalah atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan dan bukannya sebagai Presiden UMNO atau Pengerusi BN.

Beliau seharusnya menumpukan ucapannya hanya untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya seperti berucap dalam kempen pilihanraya atau di atas pentas Perhimpunan Agung UMNO.

Mengambil banyak masa untuk mencela dan menghentam wakil pembangkang ketika membentangkan bajet untuk faedah 30 juta rakyat, lebih-lebih lagi dengan dakwaan sandiwara dan pengkhianat, adalah sesuatu yang di luar kebiasaan dan terbabas daripada landasan yang sewajarnya.

Menyindir sikit-sikit atau melemparkan kata-kata sinis kepada pihak pembangkang dengan nada bergurau dan sambil tersenyum sepertimana yang biasa dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim ketika mereka membentangkan bajet masing-masing suatu ketika dahulu, memang merupakan lumrah yang dapat diterima umum.

Malah, jika kita imbas kembali, sindiran dan kata-kata sinis Tun Mahathir dan Anwar kepada pembangkang ketika itu semuanya dapat diterima dengan senyum ketawa oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.

Ini kerana mereka sedar ia sekadar guaraun untuk menceriakan suasana semata-mata.

Tetapi Najib bukan saja mengambil banyak masa untuk menyerang pembangkang, malah serangan dan hentamannya tidak ubah seperti pengkhutbah yang pincang.

Najib menasihatkan rakyat berjimat cermat dan tidak makan di restoran mahal, sebaliknya hanya membeli "nasi lemak anak dara", tetapi adakah beliau pernah menasihati isteri dan keluarganya daripada tidak bermewah dalam berbelanja?

Dalam hal ini, memang wajar Ahli-Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan. Najib yang lebih dulu melanggar etika dengan berperangai tidak sewajarnya. Jika perkara yang sama berlaku di Jepun, Taiwan dan negara-negara Eropah, sudah pasti mereka juga akan meninggalkan dewan sebagai tanda bantahan.

Hanya dengan meninggalkan dewan, Najib dapat diberitahu bahawa tindakannya membuat dakwaan semberono, adalah sesuatu yang salah. Sebelum mahu mengusik atau menyindir pembangkang, Najib sepatutnya banyak belajar daripada Tun Mahathir dan Anwar atau mengambil sedikit masa menonton kembali video pembentangan bajet oleh kedua-dua tokoh tersebut yang pernah menjadi menteri kewangan cemerlang sebelum ini.

Lagi pula, wakil-wakil pembangkang juga hanya keluar dewan setelah "dihalau" oleh Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia yang meminta mereka berbuat demikian jika tidak sedia mendengar pembentangan oleh Najib itu.

Jadi, siapa yang salah?

Nombor satu paling salah ialah Najib dan kedua, Pandikar yang gatal mulut menghalau mereka, sama seperti  gatalnya  mulut beliau suatu ketika dahulu mengadu kepada Tun Mahathir mahu meletakkan jawatannya, tapi kemudian tidak cukup kekuatan dengan sendiri punya pendirian.

Dalam aspek yang lain, sebelum mahu mencela dan menghentam orang lain, Najib juga seharusnya sedar siapa dirinya yang sebenar. Beliau mesti selalu melihat-lihat cermin menonton wajahnya  sendiri.

Hakikatnya, Najib bukan saja sedang terperosok dengan pelbagai isu melibatkan diri, isteri dan keluarganya, malah skandal kewangan yang terkait dirinya adalah yang terbesar dalam dunia ketika ini.

Beliau masih kekal berkuasa hanya kerana menguasai semua instrumen penting dalam negara, tetapi di luar negara, seluruh dunia sedang menyaksikan satu demi satu tindakan penguatkuasaan sedang diambil berkaitan 1MDB yang mana beliau sendiri berkuasa dan berperanan penting di dalamnya.

Jadi, tindakan keluar dewan sambil menuntut pengakuan tentang MO1 daripada Najib memang sesuatu yang wajar untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kes melibatkan beliau dan keluarganya belum lagi berakhir dan jauh sekali untuk terus dilupakan.

Tambahan lagi, semua hal berkaitan 1MDB langsung tidak dibenar  untuk dibincangkan di Parlimen.

Selain itu, Najib juga sebelum ini telah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terburuk Asia 2016 oleh sebuah portal kewangan antarabangsa, AsiaFinance. Bermakna, Bajet 2017 semalam dibentangkan oleh seseorang yang terburuk, bukan terbaik.

Maka, bersama semua itu, jauh lebih mengaibkan jika Ahli-Ahli Parlimen pembangkang,  masih sanggup mendengar sampai habis ucapan belanjawan yang disampaikan oleh Najib yang bukan saja sudah disahkan sebagai terburuk, tetapi juga sebenarnya telah sifar wibawa dan intergriti dalam dirinya.
 
 
 

Insiden doktor dikasari, MMA gesa polis mohon maaf

Posted: 22 Oct 2016 06:51 AM PDT

Bernama 


Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa polis memohon maaf berhubung insiden seorang doktor lelaki dikasari sepasukan polis di Hospital Serdang pada 7 Oktober lepas, lapor Bernama.

Presidennya, Dr John Chew dilaporkan Bernama sebagai berkata Dr R Thanendran menjadi mangsa kesilapan polis selepas beliau melarikan diri daripada anggota pasukan keselamatan itu ketika diarahkan berhenti.

"Kami mahukan permohonan maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan, walaupun selama ini kami berdiam diri kerana semua doktor berhati mulia.

"Bagaimanapun, tiada permohonan maaf yang dikemukakan. Kami faham dengan kekesalan yang diluahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Namun MMA tetap membantah kenyataan itu dan kekal dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan pegawai kesihatannya dalam premis mereka," kata Dr Chew.

Kelmarin, Khalid menyatakan kekesalannya dalam insiden di mana Pasukan Khas Unit Jenayah Terancang mengasari seorang pegawai perubatan di Hospital Serdang.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan polis tidak akan memohon maaf atas insiden itu dan mempertahankan pasukan tersebut yang telah melakukan tugas dengan betul.

"Pasukan Khas itu sedang memburu suspek bersenjata dan mereka perlu menjalankan tugas dan mempunyai cara tersendiri mengendalikan penjenayah. Doktor itu berlari ketika diminta berhenti.

"Apabila anda diminta berhenti, anda perlu berhenti," kata Khalid.- Bernama

RUU 355: Raja ada pengetahuankah?

Posted: 22 Oct 2016 06:47 AM PDT


 
Oleh SUBKY LATIF

APA yang orang awam difahamkan RUU 355 sebagai usul persendirian Ahli Parlimen Marang bagi memperkasakan mahkamah syariah bukanlah persoalan undang-undang baru pindaan kepada undang-undang yang sudah ada yang darjatnya rendah dari mahkamah majistret.

Rang mula-mulanya dibentangkan oleh Tun Abdul Rahman Yaakub semasa dia menteri, sebelum jadi Ketua Menteri Sarawak dulu. Masa Tunku dan Tun Razak berkuasa dulu.

Apakah ia dibawa ke Parlimen dulu atas pengetahuan dan kebenaran Majlis Raja-Raja atau tidak, hanya kerajaan yang arif tentangnya. Jika adabnya kena perkenan Raja-Raja, kenalah ikut adab itu. Kalau ia tidak diikut, koman benarlah Tunku dan Tun Razak sedang kedua-duanya lulus undang-undang di England zaman dulu pula.
   
Kalau adab itu ada, tapi tak diikut, maka Umno dan BNlah yang perlu ditempelak kerana melanggar adab perundangan. Kalau Umno/BN langgar hal itu, mungkin banyak lagi kerajaan dan perdana menteri dulu-dulu langgar. Macam itukah rupanya negara kita ditadbir?
  
Jika ia tak ikut adab, adakah Raja-Raja tak terfikir keadaan itu? Takkanlah Raja tidak bising?   Tentulah tidak sedemikian karutnya kerajaan.
   
Rata-rata orang Islam yang beriman mengira rang persendirian MP Marang itu patut dibawa dan sudah patut diadakan dari dulu, ketika mahkamah syariah bertaraf rendah itu diadakan. Mengapa orang Islam yang berkuasa tidak terfikir termasuk Raja-Raja dan penasihat-penasihat baginda? Mengapa Raja-Raja tidak dinasihatkan? Padahal semuanya Islam.
   
Yang menentukan peraturan Islam itu wajib ialah Islam. Dengan Islam saja Islam tidak berjalan. Islam berjalan dengan orang Islam itu beriman. PM Najib adalah Islam. Imannya membenarkan RUU 355 itu dibawa. Setakat ini statusnya adalah Islam. Sokongan atasnya nanti menentukan imannya. Kalau usul itu PM yang bawa, tanda tebal imannya. Pahala orang bawa usul lebih dari yang menyokong seperti beza pahala antara imam dan makmum.
    
Tengku Razaleigh tanya adakah RUU 355 oleh MP Marang itu ikut adab? Orang yang tahu saja boleh menjelaskan. Setakat ini Raja-Raja tidak bising. Jika ada yang tidak kena, kerana ia masalah Islam, maka orang Islam boleh selesaikan bagi sesuai dengan adab.
   
Raja-Raja pun tidak mahu menyulitkan hal itu kerana semuanya Islam. Bila Raja-Raja diam, MP jangan bising terutama yang beriman. Jangan yang sudah wajar pada Islam, MP tidak menyokongnya kerana tak beradab!
   
Jadilah seperti tukang sihir Firaun! Apabila menyaksikan mukjizat tongkat Nabi Musa a.s. bukan sihir, mereka lantas beriman kepada Tuhan Musa dan Harun tanpa izin Firaun. Firaun izin atau tidak, mereka beriman dulu.
   
Justeru mereka beriman tanpa izin Firaun, mereka Firaun siksa hingga mati. Ia tak mengubah iman mereka.
   
Katakanlah ada Raja-Raja kecil hati kerana tak itu adab. Para MP tidak akan disiksa sepreti yang dialami oleh tukang  sihir tadi.
  
Sebagai orang awam Islam saya mahu adab dipatuhi. Dan Raja-Raja Melayu itu terkenal bersifat mengampunkan beribu-ribu ampun, mana-mana yang kurang kena dengan adab tidaklah tak boleh diampun. Mengampun itu adalah amalan ahli syurga.
   
Apabila Raja-Raja tidak didengar berdalih, masakan Empi sewel begitu dan begini. Jika ia senang ditangani di negeri-negeri, ayuhlah! Jika melalui Parlimen ia senang diseragamkan, tidaklah mahkamah syariah itu lain di Kedah dan lain di Pahang

Bajet Negara atau Bajet BN?

Posted: 22 Oct 2016 06:45 AM PDT





 
Oleh NASRUDIN HASSAN


Antara perkembangan tidak enak dan kurang menarik dalam sesi pembentangan bajet tahun ini ialah apabila YAB PM mengambil masa terlalu banyak dalam berlebihan mempromosikan BN.

Sedang ini adalah Bajet Kerajaan, Bajet Negara. Memaparkan lambang dacing BN di skrin besar dalam Parlimen juga satu langkah yang nyata memperlihatkan kepada umum seperti BN benar- benar terdesak sehingga saat pembentangan bajet dijadikan peluang untuk berkempen bagai di pentas pilihan raya.

Saya kesal perkembangan seperti ini dan harap ia tidak berulang di lain masa. Sebagaimana pihak BN mahu ahli parlimen bukan kerajaan menghormati mereka, sewajarnya mereka juga tahu menghormati ahli parlimen bukan kerajaan.

Logo dacing bukan logo kerajaan, Ia logo parti. Bajet 2017 bukan bajet BN tetapi ia adalah Bajet Kerajaan. Maka tiada sebab kenapa logo dacing dipertonton sebesar-besarnya di skrin besar Parlimen.

Seharusnya mana-mana bahan yang tidak berkaitan dengan pembentangan mesti mendapat kebenaran Sekretariat Parlimen. Kalau tidak ianya adalah salah guna kuasa eksekutif ke atas parlimen. Saya mohon Tan Sri Speaker bertegas dalam mengawal bahan yang boleh dipaparkan yang tidak berkaitan dengan bahan pembentangan demi menjaga kemuliaan dewan.

Ia mungkin dilihat isu kecil oleh pihak BN, tapi saya melihat ianya sebagai isu sikap dan kematangan dalam berpolitik. Kalau sedikit tidak mengapa tetapi kalau berulang kali mempromosikan BN dalam pembentangan Bajet 2017, maka tidak hairanlah kalau ada yang senak telinga mendengarnya.

Amanah bukan cabaran Pas

Posted: 22 Oct 2016 06:40 AM PDT


 
Oleh MURNI AB RASHID & SITI FATIHAH AWANG


KOTA BHARU - Pas tidak melihat Amanah sebagai ancaman besar berdepan PRU14, sebaliknya parti itu lebih memilih fokus perjuangan dekatkan dan mengembalikan umat Islam kepada al-Quran.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, perjuangan itu dilihat lebih mencabar dan tiada parti lain mampu melaksanakan tanggungjawab besar itu. 
 
"Pas mesti ke depan, jangan harap orang lain. Saya tidak nampak orang lain (parti lain) yang boleh jadi penerokaan awal ke arah tersebut. Pas mampu kerana kita ada presiden yang jadi Ketua Ulamak Sedunia.
Kita sudah ada jalan boleh kita ikut," katanya kepada media, semalam.

Beliau hadir ceramah sulungnya di negeri ini sempena Ceramah Perdana 26 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam yang turut dihadiri kepimpinan tertinggi Pas negeri dan Pusat.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai Amanah yang dilihat musuh politik terbaharu Pas selepas Umno dan DAP, malah turut wujud bayangan Pas mungkin berdepan pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Menjawab pertanyaan itu, Hashim berkata, Pas parti matang dan mempunyai jawatankuasa khas untuk membantu melihat dengan lebih mendalam mengenai sesuatu isu.

"Kita ada Lajnah Politik. Dari situ mereka akan buat keputusan, Majlis Syura hanya lihat kalau keputusan itu bertepatan syarak dan berdepan masalah atau tidak, tetapi kalau bercanggah dengan syarak, Majlis Syura bagi pandangan.

"Majlis Syura berkuasa batalkan keputusan jawatankuasa Pas Pusat, tetapi jarang berlaku dalam Pas, lebih-lebih lagi  jawatankuasa sekarang.

"Pertemuan tiga penjuru, tunggu keputusan lajnah politik yang bawa keputusan kepada Pusat nanti. Kalau mereka kata sedia nak lawan tiga penjuru, kita tengok, kalau tidak bercanggah, Majlis Syura sokong," katanya.


Ratu Naga sertai PKR untuk 'tebus kesalahan'

Posted: 22 Oct 2016 06:26 AM PDT

Anne Muhammad  


Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah hari ini menyerah borang keahlian untuk menyertai PKR.

Katanya, penyertaannya itu bagi menebus segala kesalahan selain ingin membantu PKR dalam mengenal pasti 'parasit' yang kini berada di dalam parti itu.

"Bagi saya sama ada masuk parti PKR, DAP atau pembangkang tidak penting. Saya banyak kesalahan pada PKR, saya nak baiki ketelanjuran saya.

"Dalam masa yang sama saya juga ada kenal pasti beberapa parasit dalam tu yang pernah kerjasama dalam Umno," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Borang permohonan keahlian itu diserahkan kepada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin.

Dalam sidang media yang sama, Zuraida berkata pihaknya mahu menggunakan kepakaran Ratu Naga dalam memanfaatkan media sosiak bagi kepentingan parti itu.

"Dengan kemasukan Syarul Ema, kepakaran beliau dalam menggunakan media sosial, saya akan manfaatkan wanita KEADILAN untuk menggunakan media sosial.

"Saya ingin beliau berperanan dalam mengangkat martabat wanita dan tambah kesedaran polisi, pergerakan wanita dan apa yang diperjuangkan wanita KEADILAN untuk wanita di negara ini," katanya.

Nasihat jangan langgar peraturan

Selain itu Zuraida turut mengingatkan Ratu Naga supaya tidak melanggar peraturan parti serta menjatuhkan maruah orang lain.

"Saya nak nasihatkan beliau, dalam KEADILAN kita tak boleh mungkin melanggar peraturan parti, jatuhkan maruah orang, dan berintegriti.

"Saya harap dengan kedatangan beliau dapat memperkasakan sosial media ini selain angkat martabat wanita," katanya.

Ratu Naga sebelum ini pernah menimbulkan kekecohan apabila menyiarkan bahan di media sosial yang didakwa mengandungi fitnah terhadap Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rumahnya turut digeledah anggota polis dari Ibu Pejabat Bukit Aman dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan laporan polis terhadapnya.

Adenan: Sungai S'wak jadi 'kopi susu' kerana penguatkuasaan lemah

Posted: 22 Oct 2016 06:13 AM PDT

Bernama  


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata kelemahan penguatkuasaan menyebabkan sungai di Sarawak tercemar.

"Saya ingin mempertahankan sungai-sungai kita. Banyak sungai-sungai kita sekarang jadi 'kopi susu' oleh kerana pembalakan, penggunaan tidak sesuai serta ditambak macam itu sahaja seterusnya menghalangkan aliran semula jadi sungai.

"Berlaku kekurangan penguatkuasaan, undang-undang ada tetapi tidak ada penguatkuasaan, kita mesti tanganinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2016 Peringkat Kebangsaan di Tebingan Sungai Kuching hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Adenan berkata perubahan iklim yang dialami dunia ketika ini menyebabkan ramalan cuaca kadang kala tidak tepat.

"Kalau kita jaga alam sekitar, alam sekitar akan jaga kita. Banyak sudah negeri-negeri yang menerima kesan negatif akibat perubahan iklim dunia.

"Di Sarawak kita telah laksanakan beberapa perkara untuk mengawal kesan perubahan alam sekitar seperti tiada lagi konsesi balak dan tiada lagi ladang komersial, cukup dengan yang sedia ada supaya kita dapat mempertahankan hutan yang menjaga kita," katanya.

Pada majlis itu, Adenan turut menyampaikan Anugerah Langkawi kepada Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin bagi kategori individu dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor bagi Kategori Pertubuhan/Organisasi.

Mereka menerima sijil pengiktirafan yang ditandatangani oleh Yang Dipertuan Agong, plak penghargaan dan wang tunai sebanyak RM10,000. -Bernama

Lim: 'Wawasan 2020 tambah 30' Najib tunjuk kegagalan

Posted: 22 Oct 2016 06:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melupakan Wawasan 2020 yang hanya tinggal empat tahun lagi dengan memperkenalkan visi baru 'Transformasi Nasional 2050', soal pemimpin DAP Lim Kit Siang.

"Ia paling mengejutkan bahawa Najib boleh begitu dengan angkuh dan biadab menolak Wawasan 2020 walaupun dalam bajet tahun lepas, beliau mengulangi komitmen mencapai Wawasan 2020 dan sasaran status negara maju.

"Apa telah berlaku kepada Rancangan Malaysia Ke-11 yang Najib diumumkan di Parlimen pada Mac tahun lepas sebagai 'pusingan terakhir' dalam mencapai taraf negara maju pada 2020?

"Adakah dia membiarkan Wawasan 2020 dan pusingan terakhirnya?" soal MP Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Lim berkata perdana menteri membayangkan penolakan kepada Wawasan 2020 dengan mengatakan legasi lama perlu berlalu dan ia merupakan pengakuan bahawa Malaysia gagal mencapai negara maju pada tahun berkenaan.

Beliau berkata kegagalan ini dan tiada kepercayaan terhadap bajet berikutan skandal 1MDB merupakan sebab utama pembangkang meninggalkan parlimen semalam.

Konvoi BERSIH disekat sementara Baju Merah di Johor

Posted: 22 Oct 2016 05:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


Konvoi BERSIH yang dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Muar, Johor telah disekat oleh sekumpulan Baju Merah, seperti yang digambarkan dalam beberapa video secara langsung yang disiarkan oleh laman Facebook 'Bersih 5 Johor' hari ini.

Video pertama, selama 56 saat, menunjukkan anggota Baju Merah bercakap kepada salah seorang peserta konvoi berkenaan dan meminta mereka berpatah balik.

"Tolong, patah balik. Di sini tak terima BERSIH," kata lelaki itu yang memakai baju sukan berwarna merah dan topi, dalam video yang dikatakan dirakam di Sarang Buaya, Muar.

Dalam video kedua yang berlangsung hampir sembilan minit, sekumpulan anggota Baju Merah dilihat meminta setiap kenderaan konvoi BERSIH berpatah balik.

Akhirnya, konvoi BERSIH berhenti di tepi jalan manakala beberapa peserta BERSIH dilihat berbincang dengan kumpulan Baju Merah.

Peserta BERSIH yang merakam video secara langsung boleh didengar memberitahu anggota Baju Merah serta beberapa penduduk tempatan yang memerhatikan kejadian bahawa kampungnya tidak jauh dari situ.

Selepas bercakap kepada beberapa penduduk tempatan, peserta BERSIH berkata sekatan jalan raya itu dibuat oleh kumpulan Baju Merah kerana terdapat majlis perkahwinan di situ.

Menjelang akhir rakaman itu, seorang peserta BERSIH dan baju merah, yang dilihat mengadakan perbincangan berpelukan antara satu sama lain.


TN50 cubaan pinggirkan legasi Wawasan 2020?

Posted: 22 Oct 2016 05:51 AM PDT

Hambali Abdul Latiff   


ULASAN Mungkin Transformasi Nasional 2050 (T50) menjadi 'senjata paling ampuh' untuk meminggirkan 'Wawasan 2020'.

Legasi lama itu harus diganti dengan gagasan baru yang diharapkan dicapai pada 2050.

Visi T50 itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam pada ucapan Bajet 2017 yang dilihat sebagai serangan berani dan terbesar terhadap legasi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejauh ini.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menghapuskan legasi Dr Mahathir untuk menjadikan Umno kuat.

Najib semalam membuktikan bahawa cara paling baik menghapuskan legasi perdana menteri Malaysia 22 tahun itu ialah memperkenalkan gagasan baru.

Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau dan kepimpinannya merangka hala tuju negara berdasarkan visi baharu yang dikenali sebagai Transformasi Nasional 2050 atau TN50.

Bagi Najib, T50 adalah 'azimat kerajaan dan rakyat' untuk masa depan bagi tempoh 30 tahun akan datang.
"TN50, inilah azimat kita mulai kini. Biarlah legasi lama berlalu pergi. Harapan masa depan Malaysia kita baharui," tegas Najib.

Sebelum ini, rancangan pembangunan negara berdasarkan Wawasan 2020 hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ada menyebut Wawasan 2020 diperkenalkan ketika pembentangan Rancangan Malaysia Keenam pada 1991 dan ada yang menyebutnya lahir hasil daripada kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang dibentangkan di Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.

Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 dengan acuan tersendiri. Ia adalah kesinambungan daripada usaha pemimpin negara terdahulu bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju dalam segenap aspek kehidupan meliputi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Untuk yang mahu mengetahui dengan jelas dan mudah, baca dokumen 'KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN JAYAKAN WAWASAN 2020' oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia (Februari 2013) melalui carian di internet.

Selepas diragui wawasan itu akan mencapai sasarannya dengan pengenalan berbagai dasar baru sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diteruskan Najib sejak 2008, ia menjadi hambar.

Malah Dr Mahathir sendiri meragui untukm dicapai kerana pentabiran selepasnya dilihat seolah-olah 'lepas tangan'.

Dalam pembentangan Bajet 2017 di Parlimen semalam, Najib berkata, sejak 2010, Malaysia berada di atas landasan visi Dasar Transformasi Negara (DTN).

Tanpa menyebut sepatah pun perkataan Wawasan 2020, Najib mengatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan Allahyarham Tun Abdul Razak untuk generasi baharu berjaya mencapai sasaran dalam tempoh 30 tahun.
Kerana itu, TN50 juga dijangka mengambil tempoh sama untuk proses dan gerak kerja.
Apakah dengan tidak menyebut Wawasan 2020 itu bermakna gagasan atau visi pembangunan sebelum ini, khususnya di era Dr Mahathir tidak membawa sebarang kemajuan kepada rakyat dan negara?

Apakah DEB yang dijadikan asas pembangunan sejak Dr Mahathir mengambil alih pentadbiran pada 1982 dengan berbagai dasar untuk bumiputera perlu dilupakan begitu sahaja?

Apakah Najib hanya melihat legasi bapanya tanpa menyebut legasi Tunku Abdul Rahman serta Tun Hussein Onn?

Kenapa melihat visi pembangunan DEB yang mempunyai dua matlamat – membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat yang diteruskan Dr Mahathir sehingga 1990-an sahaja, sedangkan negara mulai mengalami proses industrialisasi dan ekonomi berteraskan maklumat turut berkembang selepas Multimedia Super Corridor (MSC) diperkenalkan?

Memperkenalkan dasar atau visi baru oleh pemimpin adalah biasa dan mungkin perlu demi kekuatan dan survival politik dan negara di masa hadapan.

Tetapi tujuan menghapuskan legasi melalui pengenalan visi baru tanpa mengambil kira kebaikan dan sumbangan besar visi pemimpin sebelumnya tidak wajar sama sekali.

Apakah Dr Mahathir pernah cuba menghapuskan legasi pemimpin sebelumnya?

Najib dengan bangganya mengatakan: "Biarlah TN50 jadi saksi, kita adalah bapa atau nenek moyang yang bertanggungjawab mewariskan (masa depan) yang terbaik dan terhebat kepada generasi hari muka (akan datang)."

"Kalau Dasar Ekonomi Baru dulu, Allahyarham Tun Razak rencanakan untuk menyediakan Generasi Baharu yang berjaya dalam tempoh 30 tahun, begitulah TN50 ini akan menjangkau tiga dekad proses dan gerak kerjanya, bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda par excellence," katanya.

Najib berkata TN50 akan dimulakan oleh generasi muda yang terdiri daripada kalangan semua kaum melalui wacana-wacana nasional.

"Biarlah TN50 ini menjadi saksi dan berkalamlah tawarikh bahawa, Kita adalah bapa-bapa atau nenek moyang yang bertanggungjawab, mahu mewariskan yang terbaik dan terhebat, diperturunkan kepada generasi hari muka," katanya.

Sepatutnya dalam memperkenalkan visi baru, Najib atau Kerajaan BN bersikap 'yang baik kena katakan baik' dan jangan kerana marah dan dendam kita cuba pendam dan lupakan jasa dan visi sebelumnya.

Bukan mudah untuk menenggelamkan Wawasan 2020 kerana ia sudah terpahat sebagai sejarah.
Najib dan pemimpin Umno jangan bermain sentimen yang akan kelak menyebabkan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu mempertikaikan kewibawaannya.

Generasi yang menduduki bangku sekolah dan universiti pada 1990-an dan awal tahun 2000 sudah kenal dengan visi berkenaan sama ada di sekolah atau universiti.

Memang ada kelemahan dan kekurangan tetapi lihat juga kepada sumbangan Wawasan 2020. Baca semula jika sudah lupa atau cuba melupakannya.

Soalan – bilakah Menteri Komunikasi dan Multimedia akan menghapuskan PERSPEKTIF WAWASAN 2020 daripada terus berada di laman web Jabatan Penerangan atau NITC agar rakyat tidak terus mengingatinya atau terus membiarkan ia menjadi legasi?

Menerusi pengumuman itu juga, kata Najib yang juga menteri kewangan, kerajaan akan melancarkan siri dialog nasional bagi menjelaskan wacana nasional baru itu.

Cuma yang aneh, kenapa visi ini dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui naungan beliau sendiri.

Visi yang besar seperti ini walaupun ditujukan kepada generasi muda sepatutnya membabitkan semua pihak – semua kementerian – kerana ia dasar dan wawasan negara.

Apakah KBS akan menjadi pusat pembentukan dasar dan pelaksana T50?

Dengan menjadikan kementerian dan menteri KBS begitu penting bagi T50 dengan dibantu oleh beliau memberikan suatu persepsi atau tanggapan baru bahawa sesiapa juga yang menggendalikan kementerian ini adalah orang kanan Perdana Menteri.

Apakah ini juga bermakna menteri ini dipersiapkan untuk menjadi pemimpin penting negara di masa hadapan?


HAMBALI ABDUL LATIFF adalah bekas pengarang akhbar dan kini menjadi perunding media bebas.

Jamal: Kalau jumpa Mahathir saya ludah tangan dia

Posted: 22 Oct 2016 05:51 AM PDT

Zikri Kamarulzaman


Pemimpin gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau kesal kerana pernah bersalaman dan mencium tangan Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu.

Menurut Jamal, dia akan meludah tangan Mahathir sekiranya bertemu dengan bekas perdana menteri itu sekarang.

"Inilah seorang pemimpin yang kita hormati selama 22 tahun menjadi PM yang dahulu saya pernah jumpa dengan beliau, cium tangan beliau, tapi kali ni kalau saya jumpa beliau, saya ludah tangan dia.

"Saya menyesal cium tangan dia dahulu," kata Jamal kepada penyokongnya di perhimpunan anti-BERSIH di Kapar, Selangor hari ini.

Jamal berkata tingkah laku Mahathir adalah tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia.
Mahathir sebelum ini menyatakan perang terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa perdana menteri itu mengamalkan rasuah.

Bekas perdana menteri itu mengumumkan keluar Umno untuk membantah kepimpinan Najib dan membentuk parti baru yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Merujuk logo bunga raya BERSATU sebagai 'bunga tahi ayam', Jamal turut menafikan peranan mereka dalam pembangkang dan sokongan parti itu terhadap perhimpunan BERSIH yang akan datang.

Sambil menegaskan bahawa beliau bukan rasis, Jamal menyatakan himpunan BERSIH 5 sekali lagi akan disertai oleh 'Cina DAP' yang 'biadap dan sombong'.

Beliau merujuk kepada insiden ketika BERSIH 4, di mana peserta perhimpunan memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu ahli Majlis Syura Pertubuhan Jati Malaysia Norman Toha menggesa kaum Cina dan India menyertai Baju Merah dalam menentang BERSIH.

Perhimpunan BERSIH 5 dijadualkan akan diadakan pada 19 November dan bertujuan mendesak peletakan Najib dan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil.



Tindakan pembangkang keluar Dewan Rakyat dibimbangi jadi amalan

Posted: 22 Oct 2016 05:36 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan seorang ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar keluar Dewan Rakyat ketika sesi pembentangan Bajet 2017 dikhuatiri bakal menjadi amalan, yang jelas membayangkan betapa wakil rakyat ini tidak lagi menghormati sistem berparlimen, ujar penganalisis politik, Datuk Dr Firdaus Abdullah.
 
Ujarnya, ahli Parlimen pembangkang berbuat demikian dalam keadaan sedar bahawa mereka punya peluang ketika sesi perbahasan kelak, untuk menegur, mengkritik atau meluahkan kekecewaan terhadap Bajet 2017 yang didakwa tidak telus dan tidak realistik. 
 
"Benar mereka boleh meluahkan bantahan mereka dalam perdebatan. Namun perkara yang akan mereka bentangkan dalam perdebatan itu lebih banyak merujuk kepada kandungan Bajet 2017. Sedangkan apa yang hendak mereka capai dengan berbuat perkara yang tidak patut mereka lakukan itu, adalah untuk merakamkan rasa kecewa. 
 
"Pada saya, memang tidak wajar melakukan perkara seperti itu. Bagaimanapun, saya berharap ini akan menjadi satu isyarat kepada kerajaan memerintah, bahawa sudah ada gejala-gejala untuk tidak menghargai dan menghormati peraturan tatatertib," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Firdaus berkata, kerajaan perlu memikirkan pendekatan terbaik untuk menangani sikap wakil rakyat pembangkang pada masa akan datang agar tidak mengulangi tindakan sebegitu yang padanya amat tidak menghormati kemuliaan Dewan Rakyat.
 
"Saya takut keadaan itu akan menimbulkan suasana kacau-bilau yang lebih dasyat. Bak kata pepatah, lurus jarum, lurus kelindan. Maka usaha menghalang mereka berbuat begitu harus dilakukan pihak kerajaan," ujarnya. 
 
"Pernah berlaku di Korea dimana adanya tindakan keganasan dari kalangan ahli-ahli parlimen. Kita tidak mahu berlaku di Malaysia," gesanya lagi.
 
Firdaus berkata demikian mengulas tindakan protes pembangkang dengan meninggalkan Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017.
 
Ketegangan yang berlaku kira-kira jam 5.50 petang semalam itu bermula selepas Najib berkata pembangkang kerap kali melemparkan tuduhan kepada kerajaan Pesekutuan kononnya Malaysia sedang bergelut dengan ekonomi yang menekan.
 
Pembangkang juga mendakwa kerajaan Persekutuan bermain sandiwara dalam isu melibatkan ekonomi negara.
 
Najib kemudiannya bertanyakan kepada ahli Parlimen pembangkang 'siapa sebenarnya yang bersandiwara?'
 
Soalan Najib itu disambut dengan kekecohan di kalangan ahli Parlimen pembangkang sehingga mereka ditegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
Mereka kemudiannya bertindak bangun dan meninggalkan dewan.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui media di luar Dewan Rakyat berkata tindakan sedemikian diambil berikutan pembentangan belanjawan itu tidak telus.
 
Dalam pada itu, Firdaus berpandangan Bajet 2017 itu tidak merangkumi keperluan untuk golongan akademik sedangkan ia juga perlu diutamakan dalam memacu pembangunan dan kemajuan masyarakat dan negara.
 
"Keluh-kesah di kalangan masyarakat akademik bahawa seakan-akan kami diabaikan. Ramai profesor tidak disambung kontrak, profesor senior yang patut dikekalkan perkhidmatan sudah dihentikan. 
 
"Saya merasa kecewa kerana Bajet 2017 seperti kurang memerhatikan kepentingan pendidikan terutama pendidikan tinggi dan sosial sains," katanya lagi.
 
 

MB Terengganu haramkan sementara belon bergas

Posted: 22 Oct 2016 05:36 AM PDT

ANTARAPOS.COM



Post Pic



KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu mengharamkan seketika penggunaan belon bergas khususnya pada majlis rasmi kerajaan negeri serta-merta ekoran tragedi belon meletup yang mencederakan 30 orang di Dataran Batu Burok, semalam.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkata langkah pengharaman itu dilakukan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang menimpa orang ramai terutama kanak-kanak.

"Arahan serta-merta dikeluarkan agar tiada penggunaan belon pada majlis kerajaan buat sementara waktu…langkah ini diambil untuk mengelak kejadian sama berlaku.

"Maklumat awal kita mendapati belon itu menggunakan gas helium, tetapi saya hairan kerana sekiranya gas itu (helium), kesannya tidaklah seteruk apa yang berlaku," katanya kepada media selepas melawat mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, belon dipercayai berisi gas helium itu meletup selepas seorang kakitangan HSNZ cuba memutuskan benang yang mengikat belon dengan menggunakan pemetik api ketika sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Negeri.

Razif berkata pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kesihatan dan sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada pihak tertentu berhubung kejadian ini.

Katanya, pihaknya akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penguat kuasa memantau penjualan belon terutama di kawasan pantai di negeri ini bagi melihat penggunaan gas di dalam belon yang dijual supaya tidak mengakibatkan letupan atau kebakaran.

Beliau yang turut berdukacita dengan insiden itu sedang meneliti bentuk bantuan boleh diberikan kepada mangsa yang sebahagian besar adalah kanak-kanak.

"Kita akan pastikan apa yang berlaku ini tidak memberi kesan seperti trauma, kecacatan dan sebagainya kepada mangsa kerana mereka kanak-kanak yang berhak mempunyai masa depan lebih baik," katanya.
Sehingga kini, 7 mangsa masih dirawat di HSNZ yang mengalami kecederaan dari 2 hingga 19% melecur di bahagian muka, leher dan tangan.

Empat mangsa berusia 12 hingga 33 tahun di tempatkan di Wad Kebakaran, 2 lagi berumur 11 dan 12 tahun di Wad Plastik serta seorang kanak-kanak lelaki 9 tahun dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) manakala 24 mangsa dirawat sebagai pesakit luar.


Comments (0)