Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SATU LAWAN SATU: DAP TIDAK PERCAYA PAS

Posted: 05 Oct 2016 09:00 PM PDT



Walaupun PPBM dan PKR sedang berusaha keras untuk merealisasikan formula satu lawan satu pembangkang melawan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), namun DAP tidak percaya formula itu dapat direalisasikan.
Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim berkata setakat ini tiada jaminan daripada PAS untuk benar-benar mematuhi formula itu dan DAP khususnya di Johor bersedia menghadapi semua kemungkinan, termasuk pertandingan tiga penjuru.
"Hingga saat ini, belum ada jaminan pertandingan 3 penjuru dapat dielakkan. Rakyat terus menunggu, apakah hasil rundingan pemimpin mereka.
"Kita mendengar pihak PPBM dan PKR sedang memujuk dan berunding dengan PAS untuk tujuan itu, ianya usaha yang baik, kita okay, tetapi berapakah harga yang perlu dibayar untuk memastikan PAS tidak bertembung dengan kerusi PPBM, PKR, Amanah malah DAP?
"Kita memang mengharap formula itu berhasil. Tetapi Bangsa Johor dilihat bersedia dengan kemungkinan lain, mereka akan 'langgar' mana-mana parti yang curang, sampai menang," katanya dalam satu kenyataan kepada Roketkini hari ini.
Kenyataan penuh Mahdzir Ibrahim :
Siapa boleh jamin tiada tiga penjuru?
DAP tidak akan meminta apatah lagi memaksa PAS untuk mengubah pendirian mereka berkaitan agenda Hudud, kerana itu adalah hak mutlak PAS. Suka atau tidak, DAP harus menghormati pilihan PAS.
Atas agenda Hudud itu juga, PAS sudah tidak berminat bekerja untuk menumbangkan UMNO, sebaliknya sedang bekerjasama dengan UMNO untuk mencapai agenda parti mereka, saya ulangi – agenda parti mereka, bukan rakyat.
Atas senario inilah, matlamat melawan UMNO BN telah terbiar, maka DAP tidak dapat menerima sikap PAS ini. DAP berpisah dengan PAS kerana sikap PAS kepada UMNO, bukan menafikan hak PAS dan Hududnya.
Perjuangan dan agenda DAP dalam pilihan raya ini hal duniawi yang cukup jelas, iaitu mahu kalahkan UMNO dan bersama dengan rakan pembangkang melakukan perubahan politik. Bukan bekerjasama dengan UMNO untuk mengekalkan kuasanya.
Kewujudan Amanah dan Pakatan Harapan
Amanah wujud atas sebab untuk meneruskan agenda melawan UMNO yang ditinggal terbengkalai oleh PAS. Amanah mahu menang dan mengisi kemenangan itu dengan hasrat melakukan perubahan (reformasi) bersama-sama dengan dengan PKR dan DAP.
Dengan kata lain, Amanah, PKR dan DAP berkongsi agenda yang sama, bukan agenda parti masing-masing seperti PAS dengan Hududnya. Ini perbezaan yang sangat nyata mengapa Pakatan Rakyat terpecah.
Maka itulah wujudnya Pakatan Harapan – untuk meneruskan agenda reformasi.
Dikatakan Amanah menjadi proksi DAP, manakala PAS di Selangor dikatakan menjadi proksi PKR. Ini semua labun politik, ini bukan agenda reformasi.
Wujudnya pertandingan 3 penjuru
Di Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Sabak Bernam dan Kuala Kangsar yang lepas, berlaku pertandingan 3 penjuru antara PH, PAS dan UMNO.
Boleh saja kita menyalahkan Amanah atau PKR dan PAS hatta DAP sekalipun (walaupun DAP tak bertanding di 2 PRK). Tetapi menyalahkan mana-mana parti, bukan jalan penyelesaian untuk menang.
Yang ideal sememangnya pertandingan 1 lawan 1. Cara ini akan menyukarkan UMNO, dan cara ini juga dikatakan kerja untuk mencari kemenangan lebih cerah.
Tetapi adakah formula 'ideal' ini boleh dilaksanakan dalam keadaan ada parti yang tidak setia dengan prinsip gabungan?
Jika kita yakin hanya dengan pertandingan 1 lawan 1 itu boleh membawa kejayaan, maka usaha tersebut tidak seharusnya sukar seperti sekarang.
PAS telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana adanya DAP dan Amanah. Secara tidak langsung PAS memberi mesej kepada umum bahawa Amanah dan DAP adalah musuh PAS, bukan UMNO. Ini tragedi yang pelik.
Mesej kedua yang dihantar PAS kepada khalayak ialah, mereka tidak peduli lagi kehendak rakyat yang mahukan pembangkang yang bersatu. Sebaliknya, PAS mementingkan kesucian parti mereka daripada bekerjasama dengan parti pengkhianat Amanah dan parti kafir DAP.
Realiti Pengundi
Hari ini, mereka yang anti UMNO-Najib semakin bertambah bilangannya. Bukan sahaja dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan, malah ramai lagi yang anti UMNO-Najib ini didalam parti PAS dan UMNO.
Kita (pembangkang) meminta rakyat yang anti Najib untuk membuat pilihan yang bijak, tetapi kita sendiri tidak berani membuat pilihan dan keputusan dalam soal gabungan pembangkang. Ini realiti yang memalukan. Yang dilihat buruk bukan PAS tetapi DAP, PKR dan lain-lain.
Jika mahu menghormati sikap PAS ke atas DAP dan Amanah, pakatan pembangkang perlu menghormati kehendak rakyat lebih lagi. Yang akan memberi undi kelak bukan hanya juak-juak PAS tetapi rakyat keseluruhannya.
Suka atau tidak, satu garis politik harus dilukis untuk membeza dan menjelaskan kedudukan sebenar pihak mana yang melawan UMNO BN dengan pihak mana yang mesra dan bekerjasama dengan UMNO.
Peranan Parti Bersatu
Cabaran parti Bersatu, Amanah dan parti tempatan Sabah Sarawak (yang sedang dibentuk) seakan sama. Rakyat sukar mengenal logo mereka di hari pilihan raya.
Yang ideal, semua parti pembangkang menggunakan satu logo. Soalannya, mampukah usaha ini dilaksanakan?
Parti PPBM (Bersatu) di Johor mungkin akan menjadi parti yang kuat atas faktor-faktor realiti akar umbi, tetapi keadaan akan menjadi rumit apabila PPBM yang galak mahu mengalahkan UMNO, disabotaj oleh parti yang mesra UMNO.
Formula '1 lawan 1' di Johor tidak ada beza dengan formula pelbagai penjuru berdasarkan kecelikan politik Bangsa Johor, jika tidak masakan Tan Sri Shahrir boleh menewaskan UMNO di Johor Bahru dengan hanya bertanding memakai logo parti Bebas.
Formula 1 lawan 1
Tanpa ada garis politik yang jelas, usaha meyakinkan rakyat untuk memberi undi kepada pembangkang sangat sukar. Tidak kira sama ada formula 1 lawan 1 atau pelbagai penjuru. Pro dan kontra formula 1 lawan 1 atau pelbagai penjuru itu memang wujud, risiko tidak dapat dielak.
Tetapi jika sudah ada garis politik yang jelas, rakyat akan lebih yakin dan mudah untuk menolak apa jua parti yang dilihat menyokong atau mesra UMNO. Apakah kumpulan pembangkang bersedia dengan segala kemungkinan?
Hingga saat ini, belum ada jaminan pertandingan 3 penjuru dapat dielakkan. Rakyat terus menunggu, apakah hasil rundingan pemimpin mereka. Kita mendengar pihak PPBM dan PKR sedang memujuk dan berunding dengan PAS untuk tujuan itu, ianya usaha yang baik, kita okay, tetapi berapakah harga yang perlu dibayar untuk memastikan PAS tidak bertembung dengan kerusi PPBM, PKR, Amanah malah DAP?
Kita memang mengharap formula itu berhasil. Tetapi Bangsa Johor dilihat bersedia dengan kemungkinan lain, mereka akan 'langgar' mana-mana parti yang curang, sampai menang. –Roketkini.com
*Mahdzir Ibrahim ialah Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Johor

TG HAJI HADI SEMAKIN SHAT DI IJN, ALHAMDULILLAH

Posted: 05 Oct 2016 05:00 PM PDT

ALHAMDULILLAH, setelah beberapa hari Datuk Seri Tuan Guru berada di IJN untuk menerima rawatan daripada pasukan perubatannya, di samping dengan penjagaan pengambilan makanan yang sesuai dan doa semua pihak, telah membolehkan fizikal Tuan Guru memberikan respons yang sangat positif sehingga beliau berada dalam keadaan yang sangat baik dan ceria.

Malah Tuan Guru telah mampu untuk menyiapkan satu artikel ringkas mengenai suasana politik semasa yang berlaku dalam negara kita. Artikel berkenaan akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.

Pada masa yang sama, pihak Pejabat Presiden PAS dan ahli keluarga Tuan Guru mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang bersabar dengan memahami situasi yang ada untuk menangguhkan kunjungan dan pertemuan dengan Tuan Guru ke satu masa dan tempat yang lebih sesuai nanti setelah Tuan Guru keluar dari hospital.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
Rabu 5 Oktober 2016
7.50 malam – HARAKAHDAILY 5/10/2016

ANTARA PENGUNDI CINA DAN MENARA SURAU, AZMIN PILIH PENGUNDI CINA

Posted: 05 Oct 2016 05:39 AM PDT

PERTAMA kali sejak aku kenal dunia menara yang meletakkan pembesar suara untuk azan dirobohkan oleh sebuah kerajaan yang ditadbir oleh orang Islam sendiri. Lebih mengejutkan adalah kerajaan tersebut turut dianggotai oleh pemimpin PAS yang konon Islam.
Kerajaan pimpinan Azmin Ali sudah berani merobohkan sebuah binaan bagi menempatkan pembesar suara untuk azan dikumandangkan.
Selepas ini tidak mustahil Selangor akan ada perobohan surau atau masjid dengan alasan tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.
Untuk rekod, kawasan Setia Alam memang majoriti didiami oleh kaum Cina. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, penduduk majoriti Cina di Setia Alam telah membuat aduan kepada Azmin Ali atas alasan bising.
Namun bagi tidak mengeruhkan keadaan, Azmin telah mengarahkan supaya merobohkan menara tersebut dengan memberi alasan binaan tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Mungkin ada yang mempertahankan Azmin namun ini lah hakikat sebenarnya.
Azmin lebih takut dengan Cina Chauvanis ini daripada takut dengan azab Allah.(jawaber6)

Comments (0)