Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PERBEZAAN ANWAR DENGAN MUHYIDDIN

Posted: 15 Oct 2016 06:05 AM PDT

Hasil carian imej untuk anwar muhyiddin
ULASAN HUJUNG MINGGU
1. Semasa DS Anwar Ibrahim dipecat pada September, 1998 ribuan malah jutaan rakyat jelata berkumpul di rumahnya, di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bukan satu hari, bukan satu minggu, bukan satu  bulan tetapi bertahun lamanya. Manakala, semasa TS Muhyiddin dilepaskan jawatannya, tidak sampai 100 orang berkumpul di rumahnya, itupun yang ramai hanya wartawan. 

2. Sebelum Anwar dipenjarakan pada tahun 1999, di setiap ceramahnya, lautan manusia berduyun-duyun, hujan dan panas. Mereka tidak ada ketakutan kepada pasukan keselamatan, begitu ghairah dan bersemangat mereka. Manakala, ketika Muhyiddin dilepaskan jawatannya, untuk mengumpul 1000 orang dalam satu majlis pun tidak terdaya. Nasib baiklah ada bantuan sikit daripada DAP, PAN dan PKR.

3. Semalam saya bertemu dengan seorang Johor, saya sangat terkejut apabila dia memberitahu saya Muhyiddin akan menghadapi masalah besar di Pagoh. Katanya, Muhyiddin bukan orang Pagoh sebaliknya Muhyiddin orang Muar. Kedua, Muhyiddin katanya tidak pernah menduduki jawatan Ketua Pemuda seperti DS Anwar, DS Hishammuddin dan YB Khairy Jamaluddin, maksudnya Muhyiddin tidak mempunyai pengikut hakiki sejak zaman Pemuda. Ketiga katanya, Muhyiddin tidak mempunyai penyokong yang besar. Keempat, amat mengejutkan apabila dia berkata kemunduran Pagoh sangat terserlah berbanding jiran-jiran parlimennya yang lain.

4. Semasa saya di Amerika Syarikat dua minggu lalu, seorang wartawan dari Kuala Lumpur berkata kepada saya. Muhyiddin bergaya 'lama' dan tidak mesra. Berbanding DS Zahid, katanya DS Zahid sangat mesra, menyapa dan mengingati/mengecam wartawan dan duduk sekali makan dan minum bersama wartawan.

5. Saya tidak berapa terkesan dengan cerita-cerita di atas, bolehlah menjadi lelucon, cuma saya ingin bertanya beberapa perkara.

Pertama, seorang bekas Timbalan Menteri yang menyeberang semula ke PKR berkata kononnya mereka akan melawan BN 1 vs 1. Isunya, parti mana yang hendak beri kerusi kepada Parti Pribumi? Kalau ada, sebanyak mana? Saya tidak percaya PAS akan menyerahkan kerusi-kerusinya kepada Pribumi ! Parti PAS adalah parti yang beristiqamah tinggi, tidak mereka akan menjual satu kerusi pun kepada Pribumi.

Kedua, parti PAN hendak bertanding di mana? Boleh kah PAN menyaingi PAS?

Ketiga, mahukah DAP, PAN dan PKR berketuakan Muhyiddin? Saya tidak percaya DAP, PAN dan PKR akan melupuskan keberketuaan mereka kepada DS Anwar Ibrahim. Mereka juga istiqamah, Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat adalah DS Anwar Ibrahim, bukannya Muhyiddin mahupun Tun Dr. Mahathir.

Keempat, prinsip Tun Dr. Mahathir dan Parti Pribumi adalah untuk menjatuhkan DS Najib sahaja. Jika mereka berjaya menjatuhkan DS Najib, mereka mahu melantik orang dari parti Pribumi sebagai Perdana Menteri. Bukannya DS Anwar Ibrahim!

Dengan keadaan-keadaan yang cacamerba ini, saya bersetuju dengan Prof Datuk Dr. Mohd. Redzuan Othman (UNISEL) di sini, bahawa BN akan menang besar dalam PRU14 nanti.

Sebabnya satu sahaja, parti-parti pembangkang semakin cacamerba sejak kemasukan Parti Pribumi. 



Comments (0)