Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:12 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS BERANG TIDAK SETUJU DENGAN MUHYIDDIN

Posted: 04 Oct 2016 09:23 PM PDT

Cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya PAS beri laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding di kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu tidak diterima baik pimpinan bawahan PAS.
Bagi mereka, masuk pilihan raya adalah sesuatu yang serius, dan tidak boleh diambil mudah kerana ia memerlukan jentera dan petugas.
Malah, seorang bekas calon PAS di Terengganu mempersoalkan Muhyiddin kerana membuat cadangan demikian walaupun PPBM pimpinannya masih baharu.
"Jangan ingat parti lain yang tak ada cawangan, tak ada ahli, tak ada jentera serta tak pernah nampak muka pun berkhidmat kepada rakyat, boleh mudah-mudah buat teori, (dengan berkata) 'PAS tak menang bagilah parti lain pula cuba'," kata Dr Azman Ibrahim, memetik ucapan Muhyiddin di Kemaman Sabtu lalu.
Dr Azman yang pernah bertanding di kerusi negeri Jabi, berkata PAS sudah luas pengalamannya dalam berdepan dengan Umno dan BN.
"Ada cawangan, ada markas, ada jentera dan ada program yang berterusan sepanjang masa. Tapi tak menang lagi di sesetengah kawasan termasuklah (di kawasan) saya)!" doktor pergigian itu menulis dalam Facebook baru-baru ini.
Berucap julung kali di atas pentas PAS, Muhyiddin dalam ucapannya di Kemaman berkata PPBM sedia bekerjasama dan berunding dengan parti Islam itu termasuk pembahagian kerusi pilihan raya.
"Bukan kita nak ambil kerusi yang sudah dimenangi PAS tetapi kerusi yang Umno menang itu, bagilah kepada kami untuk kami kalahkan Umno.
"Kita akan pastikan Umno tewas dan kini menang dan membentuk kerajaan bersama," kata Muhyiddin.
Sementara itu, PAS Terengganu menyerahkan kepada PAS pusat untuk membuat keputusan berhubung pemberian kerusi parti Islam itu kepada PPBM kata Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat.
Beliau berkata, PAS negeri tidak mempunyai sebarang bidang kuasa menentukan pemberian kerusi kepada rakan pembangkang lain ditambah pula PPBM tidak mempunyai sebarang hubungan politik rasmi dengan mereka setakat ini.
"Kita belum ada sebarang hubungan dengan PPBM. Justeru, kita akan serah kepada PAS pusat untuk membuat keputusan (pemberian kerusi PAS),"katanya.

AZMIN ALI SEMAKIN KURUS DAN BERWAJAH GELISAH ! KENAPA?

Posted: 04 Oct 2016 05:20 PM PDT

AZMIN ALI  SEMAKIN KURUS GELISAH
Muhyiddin Yassin sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi 'orang tengah' berunding dengan PAS bagi merealisasikan formula satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
"Bila (Tan Sri) Muhyiddin datang dan membentuk parti baru dengan tekad bahawa dia hendak pastikan satu lawan satu.
"Mungkin ada sedikit kesulitan dan kepayahan bila berurusan dengan PAS jadi dia mengambil tanggungjawab itu untuk berbincang dengan PAS agar berunding bagi memastikan satu lawan satu," kata Zuraida dalam temubual eksklusif dengan Antarapos baru-baru ini.
Muhyiddin yang menjadi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini hanya mempunyai satu kerusi parlimen sahaja di Dewan Rakyat, iaitu Pagoh, berbanding dengan PKR (30), DAP (38), PAN (6) dan PAS (14).
PPBM sebelum ini ada mencadangkan kepada semua parti pembangkang agar bernaung di bawah satu logo yakni Barisan Rakyat untuk tidak mengelirukan rakyat pada PRU14 akan datang.
Cadangan itu disambut baik oleh Pakatan Harapan, namun PAS tidak memberi apa-apa respon.
Zuraida berkata PAS tidak semestinya menyertai Barisan Rakyat namun memadai jika parti itu bersedia untuk mengadakan rundingan dengan semua parti-parti pembangkang agar prinsip satu lawan satu dapat dicapai.
"Bila kita ada polisi, janji dia adalah gabungan kerjasama untuk PRU. Kerjasama dalam bentuk kedudukan maknanya untuk (merealisasikan) satu lawan satu.
"Samada dia nak bersama dengan kita dengan ada satu manifesto, kalau tidak bersama pun tidak mengapa tapi kita cuma hendak pastikan satu lawan satu atas nama Barisan Rakyat," katanya lagi.
tb
tb1

KERAJAAN AZMIN ALI ROBOH MENARA AZAN ! APA SUDAH JADI ?

Posted: 04 Oct 2016 02:17 AM PDT

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini bertindak merobohkan sebuah menara surau di Setia Alam dipercayai selepas wujudnya aduan daripada penduduk.
Pembinaan menara azan di Surau Ar-Raudhah di sini juga dikatakan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
Menara azan setinggi kira-kira 30 meter itu yang dibina sejak 2 tahun lalu dirobohkan menggunakan kren kira-kira jam 9 pagi tadi.
Difahamkan, penduduk di kawasan terbabit membuat aduan berkenaan kerana bimbang dengan keselamatan mereka.
Tinjauan Selangor Post di kawasan berkenaan mendapati kerja-kerja perobohan sedang giat dijalankan

Comments (0)