Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP AKAN BUANG HAMPIR 900 EIBU KAKITANGAN AWAM KATA PAS PUSAT

Posted: 23 Oct 2016 05:00 PM PDT

Jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), benarkah hampir 900 ribu kakitangan kerajaan akan dibuang, soal Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman.
"Cadangan dari badan penasihat polisi kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Kalau DAP dan PH perintah Putrajaya, agaknya hampir 900 ribu kakitangan kerajaan akan dibuang?
"Sama-sama kita fikirkan,"katanya dalam Facebook hari ini.
Huzir berkata demikian sebagai mengulas laporan FMT berkenaan cadangan badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute berkaitan dengan reformasi sektor perkhidmatan awam.
Lapor FMT, badan pemikir DAP itu telah menggesa kerajaan supaya mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.
"Selain itu ia juga melepaskan bakat dan sumber manusia dalam kerajaan ke sektor swasta," kata Penang Institute.
Menjawab pembentangan Bajet 2017, badan pemikir itu berkata terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.
Kenyataan daripada unit ekonominya mengakui kemungkinan penurunan belanjawan defisit yang kecil dalam belanjawan kali ini berbanding angka tahun lalu.
Bagaimanapun ia berpendapat belanjawan berimbang tidak mungkin tercapai dalam masa terdekat ekoran perbelanjaan untuk perkhidmatan awam yang besar.
Penang Institute memberitahu belanjawan kali ini memperuntukan RM214.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus, dimana RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan.
"Semua ini secara terkumpul 51% daripada jumlah keseluruhan belanjawan mengurus atau 42% daripada keseluruhan belanjawan," katanya.
Menjelaskan keberkesanan perkhidmatan awam yang dimaksudkan, Penang Institute mengambil contoh penjawat awam Singapura cuma 1.4% daripada penduduk negara pulau itu.
Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini.
Menurut badan pemikir itu lagi, Jerman juga mempunyai perkhidmatan awam yang besar tetapi 4.18 juta penjawat awam itu bekerja dalam ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar mencecah AS$3.636 trilion.
"Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam," katanya.
akhabr
akhcina
dap-buang-pekerja-melayu

NIK ABDUH: JANGAN IKUT PERANGAI BINATANG MP PEMBANGKANG DALAM DEWAN, KITA NE MANUSIA BUKAN BINATANG

Posted: 23 Oct 2016 12:11 AM PDT

nik-abduh





PAS tidak mengikut perbuatan biadap Ahli Parlimen pembangkang lain meninggalkan Dewan Rakyat sewaktu pembentangan Bajet 2017 kerana tidak bersetuju dengan tindakan kurang ajar tersebut.
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS sentiasa mempromosi kesederhanaan dan menyeru rakyat untuk melakukan pembaikan dalam negara dengan cara yang harmoni dan sejahtera.
"Ahli Parlimen perlu lebih profesional ketika berada di dewan persidangan. Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk Perdana Menteri berucap membentangkan bajet.
"Tiada hak untuk mana-mana Ahli Parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang," tegasnya dalam satu kenyataan semalam.
Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam melakukan provokasi dengan bertindak meninggalkan Dewan Rakyat sewaktu pembentangan Bajet 2016 masih berlangsung.
Kumpulan pembangkang terbabit dipercayai berasa sakit hati dengan Bajet 2016 yang cukup komprehensif untuk kesejahteraan rakyat yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tersebut.
Bajet 2016 berkenaan malah dikatakan boleh menjejaskan kepentingan politik mereka yang sebelum ini sentiasa menyebarkan dakyah dan propaganda jahat ke atas pihak kerajaan.
Nik Abduh turut mengingatkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan PPBM terbabit bahwaa masa untuk Ahli Parlimen membahas dan menghujah bajet itu adalah selepas pembentangannya.
"Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua Ahli Parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional," tegasnya. 

Comments (0)