Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:15 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


CUKUP 1 KALI KITA TERSEKSA DAN DITIPU DALAM PAKATAN RAKYAT

Posted: 29 Oct 2016 10:04 PM PDT









"Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran untuk PAS"
Demikian tegas Murysidul Am PAS, Hashim Jasin mengenai pelawaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan untuk menjalin kerjasama politik.
Kata beliau, kerjasama politik atau tahaluf siyasi PAS dengan mana-mana parti selepas ini mesti dibina berdasarkan Islam dan dipimpin oleh umat Islam.
"Mereka mesti menerima Islam sebagai pemimpin. Kerjasama politik mestilah berasaskan 'hablullah' (tali Allah) yakni Islam.
"Sekiranya mana-mana pihak tidak mahu terima Islam, ia tidak boleh bekerjasama dengan PAS. Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran," tegasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini memujuk supaya PAS menjalin kerjasama.
PAS bagaimanapun bertegas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan memandangkan gabungan parti pembangkang itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu bertindak membubarkan Pakatan Rakyat bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.
Kedua-dua parti itu kemudian menubuhkan Pakatan Harapan yang disertai PAN selaku parti Islam baharu bagi menggantikan PAS.
PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk kepada beberapa isu akidah yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan.
Hashim dalam pada itu menegaskan bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya dengan memetik hadis Nabi Muhammad S.A.W. – 

Comments (0)