Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:15 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEMBANGKANG KECEWA NAJIB TIDAK NAIKKAN GST, MEREKA HARAP JIKA NAIK GST RAKYAT AKAN MARAH !

Posted: 21 Oct 2016 04:09 PM PDT

Bajet 2017 : PAS Kekal Dalam Dewan, Tidak Ikut Budaya Politik Tidak Matang

pas1Kecuali Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang terikut-ikut dengan budaya politik tidak matang yang dipercayai didalangi oleh Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan bajet 2017, Ahli Parlimen PAS masih kekal dalam dewan itu mendengar pembentangan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu sampai habis.
"Politik Matang dan Sejahtera menuntut ahli dan pimpinan PAS bertindak secara matang dalam berbeza pandangan.
Bajet 2017 akan dibahas oleh ahli-ahli Parlimen. Sokongan dan bangkangan dizahirkan pada waktu tersebut. Bukannya dengan bertindak keluar dewan sebagai protes.
"Di saat PAS menjadi kerajaan nanti kita juga mengharapkan pembangkang mendengar pembentangan bajet sehingga akhirnya sama ada menyokong atau membangkang.
"Adab dan akhlak perlu menjadi hiasan pemimpin Islam dan pemimpin rakyat,"kata Ahli Parlimen PAS, Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS pusat dalam Facebook sekejab tadi.
Perkara sama turut dikongsi oleh Ahli Parlimen PAS Temerloh, Nasruddin Hassan.
"PAS mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet dan YAB PM yang membentang bajet pada hari ini.
"Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujjah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.
"Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sessi pengundian,"katanya yang juga Ketua Penerangan PAS pusat.
Dalam Dewan Rakyat, ketika Perdana Menteri Najib membentangkan bajet 2017, Ahli Parlimen Pembangkang telah membuat provokasi sehingga mengundang campur tangan Speaker dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Ini bukan perbahasan bajet, itu minggu depan. Tolong duduk. Kalau tak nak dengar pembentangan bajet, sila keluar dewan," kata Pandikar.
Turut keluar dewan bersama Kit Siang adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang lain.
najib
Sebelum keluar dewan, Kit Siang sempat menayangkan sepanduk "Siapa MO1?" ke arah PM Najib yang menggambarkan sudah ada perancangan dari awal lagi untuk mensabotaj pembentangan bajet tersebut.
Ketaksuban Kit Siang dengan 'Projek MO1' itu mengesahkan bahawa DAP adalah dalang perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu melalui proksi Anis Syafiqah Md Yusof, alumni Sekolah Demokrasi tajaan DAP.
muh

DAP 'WARNING' NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYA BEBASKAN REKRUT MEREKA ANIS SYAFIQAH

Posted: 21 Oct 2016 12:21 AM PDT

anis-syafiqah

Selepas Anis Syafiqah Md Yusof, pelajar Fakulti Bahasa dan Lingustik menerima surat tunjuk sebab daripada Universiti Malaya semakin terserlah siapa dalang penganjuran perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.
Sebaik sahaja Anis Syafiqah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 12 Oktober daripada bahagian Hal Ehwal pelajar Universiti Malaya, Pemuda Sosialis DAP pusat (DAPSY) segera menyelar universiti berkenaan.
Ketua DAPSY, Wong Kah Woh menggesa Universiti Malaya menarik balik surat tunjuk sebab itu yang disifatkannya sebagai telah menggugat kebebasan mahasiswa.
"Namun, fokus Naib-Naib Canselor Universiti Malaya jelas terpesong dan sebaliknya memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi.
"DAPSY dengan ini mengesa supaya Universiti Malaya balik kepada hala tuju akademik yang asal dan memberikan fokus untuk meningkatkan prestasi akademik Universiti Malaya, serta menarik-balik surat tunjuk sebab terhadap Anis Syafiqah demi menjaga integriti dan kebebasan Universiti yang kini kerap dipersoalkan," katanya sepertimana dilapor Malaysiakini.
Wong berkata tindakan itu bukan sahaja tidak menghormati hak asasi untuk berhimpun seperti tertera dalam perlembagaan, tetapi jelas menunjukkan interpretasi politik.
"Adalah jelas bahawa tindakan dan keputusan Universiti Malaya ini adalah dipengaruhi dengan interpretasi politik yang memihak kepada pihak pemerintah.
"Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif," katanya lagi.
Serentak dengan kenyataan Wong, organ DAP, Roketkini turut gesaan yang sama daripada Alumni Sekolah Demokrasi.
"Kami Alumni Sekolah Demokrasi dengan sekeras-kerasnya menolak tuduhan yang mengatakan ia merosakkan atau memudaratkan nama universiti.
"Anis dan rakan-rakan sebaliknya telah menjadi teladan dan ikon kepada masyarakat atas keberanian beliau meminta agar pihak berkuasa menangkap dalang yang telah memalukan imej negara di mata dunia," jelas organ DAP itu.
Alumni Sekolah Demokrasi adalah merupakan himpunan bekas 'pelajar-pelajar' yang telah direkrut oleh DAP melalui satu program 'brainwash' yang dinamakan Sekolah Demokrasi.
Anis Syafiqah merupakan salah seorang alumni 'sekolah' tajaan DAP itu.
Dalam kenyataan pembelaan itu, Alumni Sekolah Demokrasi itu berkata, Anis Syafiqah berhak untuk melibatkan diri dalam apa jua perhimpunan aman kerana hak itu dijamin di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
"Tindakan beliau (Anis Syafiqah) menganjurkan demonstrasi Tangkap MO1 bukan saja tidak bertentangan dengan Perlembagaan malah menjunjung semangat dan nilai yang diangkat Perlembagaan Malaysia," tegas alumni 'sekolah' DAP itu.
anis-dapPada 1 September lalu, bekas Ketua DAPSY, Teo Kok Seong telah menafikan mengenali dalang perhimpunan #TangkapMO1 meskipun dia salah seorang daripada 9 individu yang disiasat polis berkaitan dengan perhimpunan haram tersebut.
"Saya secara peribadi tidak mengetahui siapa sebenarnya pihak penganjur tapi pada hari ini saya dipanggil.
"Ini telah buka peluang pada saya untuk mengenali anak-anak muda yang mempunyai hasrat dan wawasan yang sama untuk kita sama-sama menyuarakan harapan kita kepada negara," katanya.
Teo merupakan Ahli Parlimen DAP Rasah dan mentor kepada Ketua DAPSY sekarang, Wong.
"Apa yang saya nak kata ialah, bagi saya pada hari tersebut anak-anak saya, saya rasa mereka telah melakukan yang terbaik dan membanggakan kita semua.
"Cuba bayangkan anak muda kita telah menganjurkan perhimpunan yang betul-betul aman, kecekapan dan kemampuan mereka," katanya lagi.
kaldai
Kira-kira 17 hari sebelum perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo itu, Ketua DAPSY, Wong menyeru semua akar umbi DAPSY turun beramai-ramai menjayakan perhimpunan haram tersebut.
"DAPSY menggerakkan kesemua bahagian-bahagian dan anggota-anggotanya turun di ibu kota pada 27 Ogos nanti bagi menyokong himpunan #tangkapMO1 dan berhimpun secara aman untuk mendesak supaya MO1 dan mana-mana pihak yang terlibat dalam 1MDB dihadapkan ke muka pengadilan,"kata Wong yang juga ADUN DAP Canning.
Bagaimanapun Wong tidak hadir semasa perhimpunan itu dijalankan, namun tempatnya itu telah diganti oleh mentornya, bekas Ketua DAPSY, Teo.
Ketua DAPSY, Wong (bertanda bulat) bersama mentornya, Teo
Ketua DAPSY, Wong (bertanda bulat) bersama mentornya, Teo
dapsy-kit
meeting-dapsy

Comments (0)