Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:07 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KESILAPAN SEJARAH: PAIRIN DAN JEFREY JADI MANGSA KEADAAN

Posted: 19 Oct 2016 05:00 PM PDT


1. Pada tahun 1990an dahulu, DSP Pairin Kitingan dan adiknya Datuk Dr. Jefrey Kitingan antara yang ditahan di bawah ISA kerana antaranya memperjuangkan sentimen Sabah for Sabahan

2. Saya perhatikan berlaku kesilapan besar dalam sejarah itu. Dalam sebuah buku yang saya baca, sebenarnya keputusan Pairin keluar dari BN di hari-hari terakhir PRU ke-10 dahulu bukanlah keputusan peribadi Pairin, ianya adalah keputusan parti. Jika tidak silap saya, dalam buku itu menyebut Pairin pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan itu, tetapi sebagai Presiden parti terpaksa akur dengan ketetapan MT PBS pada malam yang penuh tragis itu.

3. Sebab itu pada tahun 2002, Pairin mengunjungi Tun Dr. Mahathir di pejabat Perdana Menteri dan selepas itu Pairin berjaya membawa semula PBS menyertai BN.

4. Manakala penangkapan Jefrey, ketika itu sebagai Pengarah Yayasan Sabah dan Pengarah Institute Development of Sabah (IDS), juga berkait dengan sentimen Sabah For Sabahan. Ianya kemudian diapi-apikan dengan propaganda lain kononnya mereka mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia.

5. Dengan semua alasan itu, Pairin ditahan dan Jefrey telah ditangkap di bawah ISA. Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah menangkap Jefrey dan ramai lagi di bawah undang-undang tanpa bicara ISA. 

6. Di bawah pentadbiran DS Najib, ISA dihapuskan. Seandainya ISA masih ada, apakah agaknya nasib mereka yang memainkan sentimen Sabah for Sabahan hari ini? 

6. Daripada sejarah di atas, saya percaya jika Tun Dr. Mahathir masih memerintah, mereka yang memainkan sentimen Sabah For Sabahan sudah pasti akan ditahan dan ditangkap di bawah ISA tanpa bicara.

7.  Dalam perhimpunan dan kempen politik oleh DS Shafie Apdal di seluruh Sabah sekarang, bendera Jalur Gemilang sudah tidak lagi dikibarkan seperti biasa. Shafie yang dahulu bukanlah Shafie yang ada sekarang. Namun, Shafie beruntung kerana ISA sudah dihapuskan.

8. Saya tidak percaya Pairin akan berpaling tadah lagi !

Selamat membaca.
Kota Kinabalu.

HUSAM AKAN DISAMAN KERANA JEJAS NAMA BAIK ALLAHYARHAM NIK AZIZ

Posted: 19 Oct 2016 12:36 AM PDT

Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyelar mereka yang menggunakan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menarik sokongan ahli Pas supaya menyertai himpunan Bersih 5.
Ketua Pemuda Pas itu berkata, arahan yang dikeluarkan oleh ayahnya untuk menyokong himpunan Bersih ketika itu dibuat atas kapasiti sebagai Mursyidul Am Pas.
"Itu arahan parti masa itu, bukan arahan peribadi Allahyarham. Mursyidul Am yang memutuskan sesuatu atas sifatnya sebagai ketua majlis syura ulama,"
"Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah sifatnya itu dari orang yang dah mati, itu perangai penyembah kubur namanya, " katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa yang menyatakan ahli Pas wajib menyertai Bersih kerana ia adalah pesanan daripada Allahyarham Nik Aziz.
Pas sebelum ini menyatakan tidak akan menyertai Bersih kerana tidak bersetuju atas beberapa perkara yang tidak selari dengan Pas.
Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pas Mas melahirkan kesal dengan mereka yang tidak pula mahu mengikut amanah Allahyarham yang bersifat peribadi seperti Istiqamah dalam perjuangan.
"Arahan yang pasti bersifat peribadi yang tidak berubah iaitu Tok Guru istiqamah dengan perjuangan Islam dan jangan menentang, kenapa ini tidak ikut?" soalnya 
Husam boleh disaman kerana memburukkan nama baik orang sudah meninggal dunia.

Comments (0)