Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:18 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SURAT TUNJUK SEBAB: IBUBAPA SYAFIQAH MENGAMOK CARI MARIA, RAFIZI LARI, SYAFIQAH MENANGIS

Posted: 17 Oct 2016 04:42 PM PDT

anis

Universiti Malaya Beri Surat Tunjuk Sebab Kepada Anis Syafiqah

anis2





Universiti Malaya telah memberi surat tunjuk sebab kepada pelajarnya, Anis Syafiqah Md Yusof.
Surat bertarikh 12 Oktober menyebut pelajar Fakulti Bahasa dan Lingustik itu telah menjalankan aktiviti di luar kampus yang merosakkan nama baik universiti.
Anis Syafiqah dituduh telah menyertai satu perhimpunan TangkapMO1 di hadapan pasar raya Sogo pada 27 Ogos jam 2.00 petang dan akibat perbuatannya itu dia telah disoal siasat oleh pihak polis.
"Sehubungan itu, saudari diminta untuk memberi jawapan kepada surat tunjuk sebab ini untuk menjustifikasi tindakan yang telah dibuat oleh saudari sepertimana di atas.
"Surat jawapan itu hendaklah dikemukakan kepada pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dalam masa tujuh hari daripada tarikh penerimaan surat ini.
"Kegagalan saudari dalam mengemukakan surat jawapan tersbut dalam masa yang ditetapkan boleh mengakibatkan saudari dikenakan tindakan tatatertib," kenyataan surat dari pihak UM dipetik.

AZMIN PUTUS HUBUNGAN DENGAN PAS, AZMIN PILIH PAN, PAS BOLEH JALAN KATA AZMIN

Posted: 17 Oct 2016 01:35 AM PDT

azmin

Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Parti Amanah Negara (PAN) kerana berjaya bertapak sebagai sebuah parti politik sebagai politik matang di negara ini walaupun usianya baharu setahun.
"Tahniah kepada AMANAH. Walaupun usia setahun tapi cukup matang dalam politik mereka. Saya yakin AMANAH akan main peranan penting dalam politik negara.
"Senario politik semasa memerlukan kekuatan baru. Negara sedang dilanda kegawatan kepimpinan dan kecurangan pengurusan ekonomi negara. Kita tak boleh lagi mendokong Umno BN,"kata Azmin dalam program Ceramah Mega Setahun Amanah di Shah Alam semalam anjuran PAN dengan kerjasama PKR, PPBM dan DAP.
Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata beliau bersedia menolak sesiapa sahaja yang dilihat berpihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
"Bukan sahaja menyokong Perdana Menteri Najib Razak malah mana-mana pihak yang dilihat bersama dengan Najib pun tidak boleh diterima.
"Tidak boleh bersekongkol dengan bapak perompak negara.
"Kita nyatakan ikrar, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN, rakyat akan menolak mereka pada pilihan raya akan datang,"katanya lagi.
Kenyataan Azmin di atas merupakan kenyataan paling keras setelah lama berdiam diri di mana sebelum ini memperlihatkan dirinya sebagai pro kepada PAS.

Comments (0)