Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:01 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR TIDAK MAMPU SATUKAN PEMBANGKANG KATA PAS

Posted: 13 Oct 2016 05:01 PM PDT

Hasil carian imej untuk Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS pusat Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali

Anwar Tidak Boleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak boleh menyatukan pembangkang kerana dia hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan, tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS pusat Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Tambah Mohd Khairuddin, faktor penyatu PAS dengan pembangkang lain bukan berpaksikan individu sebaliknya berasaskan Islam.

"Masalah kita pada hari ini hanya bergantung kepada orang dan individu untuk satukan manusia. Individu itu mungkin banyak buat silap.

"Islam lebih kuat untuk menyatukan manusia, bukan individu. Kita tidak perlukan individu untuk menyatukan manusia. Kita perlukan Islam untuk menyatukan tidak kira siapa, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang dahulunya PAS kini telah melompat parti ke dalam PKR.

Kamaruddin dalam kenyataannya semalam mendakwa harapan rakyat untuk melihat Anwar menyatukan pembangkang belum dapat dipastikan lagi selepas Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakimannya ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Anwar untuk semakan semula hukuman penjara selama 5 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata jika Anwar bebas sekalipun dia masih belum mampu untuk menyakinkan PAS supaya bersatu dengan parti pembangkang lain.

"Untuk bergabung dengan PKR mungkin ada tetapi untuk satukan semua pembangkang itu agak sukar," katanya.

PEGUAM AMERIKA TIPU, TIDAK JADI WAKILI ANWAR

Posted: 13 Oct 2016 02:43 AM PDT

mot0
mot
Tidak seperti yang digembar-gembur sebelum ini, semakan kes liwat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan semalam membuktikan peguam Kimberley Motley dari Amerika Syarikat sekadar peguam pemerhati untuk Human Rights Foundation (HRF) semata-mata.
Pada 13 Sept lalu, Motley diwar-warkan sebagai peguam yang mewakili Anwar, seolah-olah bakal menegetuai barisan penguam bela jawatan yang sebelum ini disandang Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Namun semalam, ketika semakan kes liwat Anwar membuktikan semua itu adalah propaganda semata-mata.
Gopal Sri Ram masih lagi mengetuai barisan penguam bela Anwar yang turut dibarisi peguam yang sama N Surendran, Latheefa Koya, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo dan J Leela.
Nama Motley tidak disenaraikan sebagai salah seorang barisan peguam yang mewakili Anwar.
Motley dilantik secara rasmi sebagai peguam Anwar pada 7 Sept dan didakwa menjalankan tugas secara pro-bono (tanpa bayaran),
Tujuan PKR mewar-warkan Motley bertugas secara pro-bono sekadar perang saraf kerana ia bertentangan dengan sikap semula jadi Motley dan dia mugkin dibayar oleh pihak ketiga yang mempunyai kepentingan terhadap Anwar dan PKR.
Lawyers For Liberty (LFL) yang diwakili oleh peguam N Surendran dan Latheffa Koya dalam kenyataan di atas menjelaskan Motley adalah seorang peguam hak asasi manusia  antarabangsa yang terkemuka.
Besar kemungkinan segala kos perbelanjaan Motley dalam urusan kes Anwar dibiayai sepenuhnya oleh Human Rights Foundation berdasarkan kesungguhan badan itu mengikuti secara dekat kes liwat tersebut.
mot3
mot1
Kedua-dua organisasi hak asasi manusia, sama ada LFL dan HRF sama-sama mendapat tajaan dana asing.
LFL mendapat tajaan NED (National Endowment for Democracy), manakala HRF pula ditaja beberapa yayasan dana demokrasi termasuk the libertarian Atlas Economic Research Foundation dan the National Christian Foundation dan yayasan George Soros.
Peguam LFL pula bernaung di bawah firma guaman Daim & Gamany yang dimiliki oleh Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah.
R Sivarasa pula dilantik Pengarah Biro Guaman PKR dan diberi keistimewaan memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkaitan kerajaan Selangor – Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB).
N Surendran, Latheffa Koya dan R Sivarasa pula merupakan barisan peguam bela Anwar, malah firma guaman Daim & Gamany milik Sivarasa yang menguruskan kemasukan Motley ke Malaysia.
Rangkaian Anwar dan Motley hampir sama, termasuk sama-sama pernah berucap di Oslo Freedom Forum dan TED Talk.
Facebook Ma'LazyNews pernah mendedahkan strategi Anwar melantik Motley bertujuan untuk mengundang campur tangan daripada pihak asing ke dalam politik Malaysia.
"Bekas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim telah memaksa campur tangan asing dalam usahanya untuk keluar dari penjara.
"Beliau telah menggabungkan seorang peguam dari Amerika Syarikat,kawalan Israel-Illuminati, Kimberley Motley, untuk membantu pasukan undang-undangnya di sini," dedah Ma'LazyNews.

Comments (0)