Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:24 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG GADUH BESAR DENGAN NASRUDIN HASSAN

Posted: 11 Oct 2016 11:00 PM PDT

peguam-lge

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui firma guamannya, Murali Navaratnam dilihat berusaha memburuk-burukkan imej Ketua Penerangan PAS, Ustaz YB Ustaz Nasrudin Hassan berkaitan isu kes saman projek Terowong Dasar Laut yang diselesaikan di luar mahkamah pada Januari lalu.

Jika kira-kira sembilan bulan lepas, Guan Eng dilihat telah memperdayakan Ustaz Nasruddin supaya menyelesaikan kes saman di luar mahkamah untuk mengelakkan kes projek Terowong Dasar Laut itu dibicarakan dalam Mahkamah Tinggi Georgetown, kini Guan Eng sengaja mensensasikan isu kelewatan membayar kos mahkamah yang dipercayai sebagai satu usaha terus mencalarkan imej Ketua Penerangan PAS Pusat itu.

"Jika kegagalan membayar kos adalah satu bentuk penghinaan mahkamah, saya ingin mengingatkan bahawa LGE juga masih belum membayar kos sebanyak RM500 yang telah diperintahkan oleh Mahkamah melalui Perintah bertarikh 29/9/2014 (iaitu Perintah yang membatalkan Saman pertama LGE terhadap saya).

"Jika menggunakan logik Pegawai Khas Undang-Undang LGE maka LGE telah lama menghina proses Mahkamah walau pun jumlahnya hanya RM500.

"Namun saya tidak bersedia untuk menjadikan isu picisan seperti itu memburukkan LGE, tidak sebagaimana yang dilakukan olehnya melalui pegawainya pada hari ini,"kata Nasruddin dalamsatu kenyataan 

LIM GUAN ENG BERHUTANG DENGAN PEGUAM PULA

Posted: 11 Oct 2016 06:57 PM PDT

peguam-lge

Kenyataan penuh Ustaz Nasruddin :
Isu Kos Mahkamah : LGE Juga Belum Bayar Kos
Oleh : Nasrudin Hassan
1. Saya merujuk kepada Kenyataan Akhbar Pegawai Khas Undang-Undang KM Pulau Pinang bertarikh 11/10/2016 berkaitan dakwaan kononnya saya sengaja ingkar dan menghina Penghakiman Persetujuan bertarikh 18/1/2016.
2. Saya ingin memaklumkan bahawa walaupun Penghakiman Persetujuan telah direkodkan sejak 18/1/2016, namun Penghakiman meterai hanya diserahkan kepada Peguamcara saya pada 19/9/2016, di mana Peguam LGE telah memberi tempoh selama 14 hari kepada saya untuk menyelesaikan kos Mahkamah.
3. Tempoh ini berakhir pada 28/9/2016 (lebih seminggu yang lepas).
4. Saya baru sahaja dimaklumkan oleh peguam saya bahawa pihak LGE telah membuat tuntutan kos pada awal Oktober baru-baru ini kerana sepanjang tempoh bayaran yang berakhir pada 28 Sept 2016 itu , saya berada di luar negara. Saya baru sahaja pulang dari luar negara akhir sept baru-baru ini. Saya sendiri sebenarnya telah merancang untuk lunaskan kos mahkamah tersebut dalam tempoh terdekat ini setelah menyelesaikan beberapa urusan penting yang tertunggak sepanjang saya berada di luar negara tempohari.
5. Dalam tempoh hanya lebih seminggu dari tarikh akhir tuntutan, adalah sangat tidak wajar untuk seorang Pegawai Khas Undang-Undang kepada Ketua Menteri membuat siaran akhbar kononnya mendakwa saya telah menghina Mahkamah, lantas cuba memberi persepsi yang buruk terhadap saya.
6. Notis tuntutan kos secara rasmi untuk tujuan prosiding perlaksanaan dan memaksa saya membayar kos penghakiman baru sahaja diterima oleh peguam saya pada pagi ini, serentak dengan kenyataan media Pegawai Khas LGE.
7. Selayaknya Pegawai Khas Undang-Undang LGE memahami bahawa tuntutan terhadap kos penghakiman (jika pun tidak dibayar) tidaklah mengakibatkan penghinaan kepada mahkamah, sebaliknya ia hanya bersifat liabiliti sivil (judgement debt @ hutang penghakiman) sebagaimana tuntutan hutang yang lain.
8. Jika kegagalan membayar kos adalah satu bentuk penghinaan mahkamah, saya ingin mengingatkan bahawa LGE juga masih belum membayar kos sebanyak RM500 yang telah diperintahkan oleh Mahkamah melalui Perintah bertarikh 29/9/2014 (iaitu Perintah yang membatalkan Saman pertama LGE terhadap saya). Jika menggunakan logik Pegawai Khas Undang-Undang LGE maka LGE telah lama menghina proses Mahkamah walau pun jumlahnya hanya RM500. Namun saya tidak bersedia untuk menjadikan isu picisan seperti itu memburukkan LGE, tidak sebagaimana yang dilakukan olehnya melalui pegawainya pada hari ini.
9. Liabiliti sivil pada bila-bila masa tidak akan mengakibatkan proses menghina Mahkamah (contempt of court) tetapi hanya membolehkan LGE meneruskan prosiding perlaksanaan untuk tujuan pemaksaan bayaran (execution proceeding @ recovery process).
10. Pegawai Khas KM Pulau Pinang juga seharusnya menyemak fakta yang betul tentang kelewatan Peguamnya sendiri untuk memeterai Penghakiman tersebut sehingga mengambil masa 8 bulan dari tarikh Penghakiman sebenar.
11. Selepas tarikh 18/1/2016 tersebut, keseluruhan urusan untuk memeterai Penghakiman adalah tanggungjawab Peguam LGE justeru sebarang kelewatan perlulah dipertanggungjawabkan ke atas peguam tersebut.
12. Justeru sekali lagi Pegawai Khas Undang-Undang LGE kelihatan berniat tidak baik bagi menggambarkan seolah-olah saya sengaja mengabaikan perintah mahkamah sejak 18/1/2016.
Sekian.

VIDEO TUN MAHATHIR MASIH PERCAYA ANWAR MELIWAT

Posted: 11 Oct 2016 06:50 AM PDT


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga hari ini percaya bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kerana meliwat.

Ujarnya, Anwar dibuktikan bersalah sejurus selepas pihak berkuasa mengemukakan bukti kepada mahkamah.
"Polis kata mereka ada bukti, itu urusan mereka untuk putuskan (dakwa Anwar di mahakamah)," katanya dipetik wawancaranya bersama portal Malaysiakini.
Anwar pertama kali disabitkan kesalahan meliwat pada 1998. Kini bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjarakan buat kali kedua, selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Anwar dan keluarganya mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.
Malah Dr Mahathir sendiri dituduh mendalangi tuduhan liwat ke atas Anwar.
Bekas presiden Umno itu memberitahu, beliau tidak tahu menahu jika tuduhan liwat kali kedua adalah konspirasi pihak tertentu terhadap Anwar.
"Saya tidak tahu, ia berlaku selepas saya letak jawatan (sebagai perdana menteri)," ujar Dr Mahathir.
Dr Mahathir dalam pada itu memberitahu beliau dan Anwar sudah berdamai.
Ini berbeza dengan kenyataannya ketika tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bulan lalu, bahawa beliau hadir untuk menyokong usaha Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan bukannya untuk berdamai.
Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan akibat sengketa lama antaranya mereka berdua, Mahathir berkata:
"Saya patut harap begitu".
Dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula, Mahathir mengakui tidak tahu untuk mengukur 'jarak kerjasama' dalam kalangan partipembangkang tetapi tetap berusaha bagi membentuk satu pakatan sebagai persediaan menentang Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti – AP

Comments (0)