Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:23 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LAJIM UKIN KELUAR PKR

Posted: 01 Oct 2016 04:04 PM PDT


Selepas Naib Presiden PKR , Darell Leiking membuat pengumuman keluar parti baru-baru itu, PKR Sabah semakin bergelora apabila Datuk Lajim Ukin sendiri juga bakal keluar parti.
Laporan sumber China Press berkata bukan sahaja Lajim, malah Christina Liew juga hangat diperkatakan akan keluar parti.
Spekulasi mengatakan Lajim bakal menubuhkan parti baharu, manakala Liew tidak pasti akan mengikut jejak Lajim atau menyertai parti baharu pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sepertimana yang dilakukan oleh Leiking.
Lapor China Press, Lajim telah menemui Shafie dan ahli Parlimen Semporna itu mengalu-alukan penyertaan beliau, tetapi tidak menjamin akan melantiknya sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, kerana parti itu hendak melatih lebih ramai calon muka baharu.
Lajim ketika itu menjawab, beliau terpaksa menubuhkan parti baharu.
Sebelum ini The Star melaporkan seorang lagi ADUN PKR yang bakal mengumumkan keluar parti adalah ADUN Moyog, Terrence Siambun.
Siambun dipercayai bakal mengikut jejak Leiking menyertai parti Shafie.
Ketika dihubungi The Star, Siambun memaklumkan beliau akan membuat pengumuman pada waktu yang sesuai.
PKR Pusat sedang berusaha memujuk beberapa wakil rakyatnya itu dan jika gagal, PKR Sabah hanya mempunyai Dr. Roland Chia yang juga ADUN Inanam sebagai wakil tunggal mereka dalam DUN Sabah.
Darell Leiking, dalam surat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR Sabah sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Comments (0)