Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:54 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Suspek Rasuah Di Sabah Tiada Kaitan Dengan UMNO?

Posted: 07 Oct 2016 05:30 AM PDT


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini menolak dakwaan menyatakan pegawai kanan di Jabatan Air Sabah yang ditahan dalam kes rasuah terbesar di negara ini adalah bendahari Umno bahagian Kimanis.




Anifah yang juga ketua bahagian itu turut menafikan sebarang pembabitan dalam kes itu, dan berkata sebagai menteri luar tidak ada apa yang boleh beliau tawarkan kepada sesiapa.

Katanya, beliau juga tidak mengawal dana untuk jabatan air di Sabah.

"Adalah lebih baik untuk kita tahu dari mana dana itu datang dan siapa yang ada kuasa untuk meluluskannya.

"Maka, rakan senegeri saya Sabah, saya beritahu anda saya tidak terlibat dan tidak tahu mengenai dana berkenaan atau kewujudan projek itu," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Ahli Parlimen Kimanis itu berkata demikian sebagai respons terhadap dakwaan yang sedang berlegar di media sosial iaitu pegawai kanan agensi kerajaan terbabit ada kaitan dengan Umno.

Antara mereka yang membuat dakwaan itu termasuk bekas ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman.

Beliau bagaimanapun sudah memadam tuduhan itu di blognya.

Blogger Lim Sian See, dalam satu post di Facebook berkata bendahari Umno Kimanis ialah Rizal @ Raymond Godfrey Abdullah.

Anifah berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang cuba memfitnahnya kerana beliau tidak mahu masyarakat berfikir menteri luar Malaysia mengamalkan rasuah.

"Dan lebih penting ialah membersihkan nama saya," katanya.

Pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai dan aset bernilai RM114.5 juta susulan penahanan 4 lelaki di Sabah.

Semua 4 individu itu, termasuk 2 pegawai kanan Jabatan Air Sabah disiasat atas dakwaan menerima rasuah daripada projek persekutuan di Sabah yang dikatakan bernilai RM3.3 bilion lapor FMT

UMNO Bukan Lagi Pembela Nasib Melayu - Bekas MP Machang

Posted: 07 Oct 2016 03:28 AM PDT


Umno makin tersasar, hilang fokus dan dilihat bukan lagi membela nasib orang melayu sebaliknya mengutamakan kepentingan pemimpin.




Bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah berkata, beliau memilih bersama parti baharu,Bersatu bagi meneruskan perjuangannya membela nasib rakyat tanpa memikir apakah jawatan yang beliau akan pegang selepas itu.

Katanya, beliau tidak pernah mengejar apa-apa jawatan sebagaimana yang diura-urakan dan diperkatakan di laman-laman sosial selepas beliau menzahirkan ketidakpercayaan kepada pimpinan Perdana Menteri, sebelum ini.

"Bukan matlamat saya untuk pegang apa-apa jawatan, saya sokong Umno sebab parti itu mempunyai dasar yang jelas bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara namun hari ini, dasar itu tidak lagi dipegang pemimpin Umno yang mana lebih mengutamakan kepentingan sendiri dengan membelakangkan kepentingan rakyat.

"Saya sudah hilang kepercayaan kepada Umno dan saya yakin Bersatu mampu memberi nafas baharu dalam membela nasib rakyat. Tak perlulah memutarbelitkan penghijrahan saya ini dengan mengatakan saya mahukan jawatan dan ingin bertanding di sini semula sebagai ahli parlimen, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusannya menyertai Bersatu selepas sekian lama bersama Umno termasuk pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sazmi yang juga Ketua Cawangan Umno Lepan Simpol, dekat sini menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, kelmarin lapor Sinar

PRU14, BN Kedah Akan Tumbang - Muhyiddin

Posted: 06 Oct 2016 11:00 PM PDT


Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Barisan Nasional (BN) akan tumbang di Kedah pada pilihan raya akan datang.




Muhyiddi dalam sebahagian daripada temubual eksklusif Sinarharian online seperti dilapor hari ini dipetik berkata, dengan sentimen rakyat di negeri jelapang padi itu selepas bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan daripada jawatannya.

"Selepas Mukhriz disingkirkan...mungkin sudah cukup matang untuk BN tumbang, sebab saya tengok sentimen rakyat Kedah selepas peristiwa itu berlaku ia amat tidak baik bagi BN,penerimaan mereka kepada MB baharu (maaf cakap) tidak sehebat Mukhriz," katanya.

Muhyiddin mendakwa sebelum tindakan penyingkiran Muhriz dilakukan beliau telah menghantar satu pesanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Sebelum Najib pecat Mukhriz saya hantar mesej kepada beliau saya beritahu 'amaran baik' jangan buat begitu...itu permulaan kepada kejatuhan BN, tapi yang pasti mereka tidak endahkan, jadi perkiraan saya BN di Kedah sudah cukup ranum dan cukup matang untuk terjatuh," katanya.

Mukhriz dipecat daripada Umno pada Jun lalu, dan disingkirkan daripada jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah dan diganti dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah lapor MalaysiaDateline

Dalam Diam.. Muhyiddin Dah Hilangkan Majoriti Dua Pertiga BN Di Johor...

Posted: 06 Oct 2016 09:08 PM PDT


BN Johor telah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno.




Ini merupakan kali pertama kubu kuat Umno itu ditadbir tanpa majoriti dua pertiga, kata Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan.

"Komposisi ADUN di Dewan Undangan Negeri Johor kini berubah selepas kenyataan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddn Yassin semalam mengenai pelantikan Datuk Sharuddin sebagai setiausaha agung," katanya dalam satu kenyataan hari in.

Katanya, ekoran penyertaan bekas naib ketua Umno Pagoh itu dalam BERSATU, berdasarkan perlembagaan Umno, keahlian beliau dalam parti itu secara automatik telah gugur.

"Ini bermakna ADUN dari BN Johor telah berkurang dari 38 kepada 37, manakala barisan pembangkang bertambah dari 18 kepada 19 ADUN di Johor," katanya.

Implikasi utamanya ialah BN tidak lagi boleh meminda undang-undang Johor.

Beliau menjangkakan akan ada beberapa lagi ADUN Johor daripada Umno yang akan turut meninggalkan parti itu sebelum pembubaran DUN.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan Shahruddin menyertai pembangkang, dan berkata beliau berharap mereka dapat bersama-sama mengembleng tenaga untuk menewaskan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang lapor Malaysiakini

Comments (0)