Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:03 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


SPRM Rampas RM114.5 Juta, Siapa Menggigil?.. Shafie Atau Musa Aman?

Posted: 06 Oct 2016 07:30 AM PDT


Kerna ada yang bertanya termasuklah mereka yang berada jauh dari Semenanjung sampai sanggup membuat panggilan telefon semata-mata ingin mendapatkan kepastian sama ada Datuk Shafie Apdal terlibat atau tidak.




Ini berdasarkan satu artikel yang cuba diviralkan, dinyatakan disana bahawa wang yang berjaya dirampas oleh SPRM ini adalah hasil projek yang dianugerahkan terus dari Federal. Seolah olah wang yang dirampas itu adalah milik Datuk Shafie Apdal.

Hemmm Maka disini admin ingin memberikan sedikit pencerahan awal yang berbentuk pengenalan supaya pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi yang cuba mengaitkannya dengan Datuk Shafie Apdal.

1. Pengarah Jabatan Air berkenaan adalah proksi dan kroni kepada Ketua Menteri dan Menteri Luar. Manakala Timbalan Pengarah Air itu adalah macai kepada dua Menteri diatas dan seorang Adun dari pantai timur Sabah.

2. Perkara yang perlu diketahui dari konteks ini dan UMNO ialah status Pengarah Air Sabah berkenaan dia merupakan ahli UMNO dan berjawatan Bendahari di peringkat Bahagian UMNO Kimanis.

3. Perlu juga diketahui, setiap projek yang bernilai lebih dari RM1 juta perlu mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan Sabah sebelum disalurkan ke jabatan yang dianugerahkan.

Cukup setakat itu. Belum admin sebutkan mereka terpalit atau tidak, ok.

Tapi yang pasti kalau pengarah berkenaan tidak berjaya dijamin selepas habis tempoh tahanan reman. Maka sudah tentu dia akan berteriak.

Waktu itu barulah timbul pelbagai cerita. Apa kaitannya dia dengan pemimpin pemimpin yang admin sebutkan diatas.

Nah waktu itu admin akan tampil bagi "mengeruhkan" keadaan.

Dipetik dari SINI



Biasanya Yang Duduk Dalam Jamban Ini Syaitan Kata Afiff Kepada Jamal

Posted: 06 Oct 2016 05:00 AM PDT


Pemuda PKR hari ini mempersoalkan kualiti penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos.




Biasanya yang duduk dalam jamban ini syaitan, yang buat sidang media dalam jamban ini lebih kurang," kata Timbalan Ketua Pemuda PKR Afif Bahardin.

Beliau merujuk kepada sidang akhbar Jamal semalam, yang diadakan di dalam sebuah tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam yang menyaksikannya mencampakkan surat tuntutan permohonan maaf BERSIH ke dalam lubang tandas.

Bersih menuntut permohonan maaf itu apabila Jamal yang juga adalah ketua Umno bahagian Sungai Besar mendakwa kumpulan itu diresapi militan IS.

Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini, Afif berkata tindakan Jamal bertentangan dengan budaya Melayu.

"Saya melihat ini satu tindakan yang biadab dan tak mencerminkan budaya Melayu.

"Tindakan orang pembela rasuah. Imej perdana menteri ingin dipertahankan oleh orang macam Jamal.

"Itu tahap perdana menteri kita," katanya.

Sehubungan itu, Afif menggesa polis mengambil tindakan terhadap Jamal dan kumpulan baju merah kerana mereka adalah ancaman kepada ketenteraman awam lapor MalaysiaKini



Penjawat Awam 'Terlalu Mewah' Diminta Bertaubat

Posted: 06 Oct 2016 02:51 AM PDT


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menggesa mana-mana pihak agar melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mengetahui mengenai penjawat awam yang dilihat hidup terlalu mewah.




Pada masa sama, beliau menasihatkan ahli keluarga penjawat awam agar memainkan peranan menasihatkan individu berkenaan untuk kembali bertaubat.

"Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah tu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat," katanya semasa berucap pada Istiadat Penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam INTAN 2016 di Dewan Plenaric, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Beliau dalam pada itu menggalakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar memburu mereka yang melakukan kesalahan rasuah.

Beliau menegaskan, langkah itu penting memandangkan individu berkenaan disifatkan telah merosakkan nama penjawat di negara ini.

"Kita ada 1.6 juta penjawat awam, dan ada kira-kira 30 individu disiasat, ia merosakkan nama penjawat Awam. Jadi saya galakkan lagi SPRM untuk cari mereka yang merosakkan nama penjawat awam," ujar beliau.

Justeru, beliau mengingatkan penjawat awam agar menjalankan tugas dengan penuh integriti. 

"Jagalah integriti diri semasa menjalankan tugas, dan saya harap keluarga sentiasa memberikan nasihat kalau nampak macam tak betul, kena nasihat supaya mereka berpegang teguh pada konsep integriti," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar projek lebih RM500 juta turut melibatkan penyertaan Ketua Audit Negara dan SPRM.

"Sekarang projek-projek mewah seperti MRT, memang kita ada Ketua Audit Negara sendiri hadir, exco projek dan timbalan ketua pengarah SPRM juga hadir sebagai ahli exco.

Itu untuk projek mewah. Sekarang saya akan membawa cadangan agar projek lebih RM500 juta ke atas pun perlu penyertaan dua agensi itu," tegasnya.

Tambahnya lagi, tindakan pro-aktif perlu dilakukan bagi mengelak berlaku kes rasuah di kalangan penjawat awam lapor AstroAwani



PKR Tidak Tergugat Ramai Pemimpin Sabah Keluar Parti - Azmin

Posted: 05 Oct 2016 09:49 PM PDT


Kenyataan Azmin ni nampak macam sombong dan berlagak.. tapi hakikatnya ada kebenarannya..

Betullah bila yang dia kata PKR Sabah tidak akan tergugat bila ramai pemimpin yang keluar Parti, malah bukan PKR Sabah saja tapi PKR seluruh negara..

Sebabnya ada ramai lagi yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin.. lagipun yang lompat keluar tu pemimpin bukannya ahli dari akar umbi..

Kalau ahli-ahli dari akar umbi yang lompat keluar tu lainlah..

Laporan berkaitan..


Tindakan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin serta beberapa pemimpin lain meninggalkan parti tidak menjejaskan kekuatan parti mahupun barisan pembangkang di negeri berkenaan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau menyokong mana-mana pihak yang mempunyai agenda yang sama dengan Pakatan Harapan, iaitu menentang Barisan Nasional (BN). 

"Yang penting dia nak lawan BN. Tidak ada masalah. Siapa nak lawan BN, saya sokong. Jadi komitmen Darell Leiking, Lajim Ukin, Shafie Apdal dan beberapa lagi pemimpin sama ada mereka mahu menubuhkan parti baharu atau menyertai parti baharu, asalkan mereka mempunyai kepentingan yang jelas iaitu bagi menentang UMNO dan BN di Sabah, saya akan berikan sokongan penuh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Walikota Bandung, Mochamad Ridwan Kamil di Pejabat Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini.

Ujarnya, beliau turut memahami sentimen landskap politik di Sabah yang lebih mementingkan isu kenegerian.

"Kita melihat senario politik hari ini memang mencabar. Politik Sabah tidak boleh disamakan dengan politik di negeri-negeri lain. Sentimen kenegerian itu amat kuat jadi kita kena memahami dan menyelami perasaan orang Sabah tentang keperluan satu kerajaan yang benar-benar dapat mewakili aspirasi rakyat Sabah," katanya.

Ahad lalu, Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias mengetuai beberapa pemimpin daripada PKR dan DAP untuk keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Turut mengikuti jejak langkah beliau adalah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani dan ADUN Moyog, Terence Siambun.

Selain itu, Setiausaha DAP Sabah dan ADUN Likas, Junz Wong, juga mengumumkan keluar parti.

Keputusan mereka keluar parti itu dibuat selepas mengambil kira hasrat rakyat Sabah yang mahukan parti tempatan untuk menjaga kepentingan mereka.

Terdahulu, pada 22 September, Naib Presiden PKR, Darell Leiking yang juga Ahli Parlimen Penampang, turut letak jawatan bagi menyertai parti tempatan yang sedang diambil alih oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal ~ AstroAwani



Comments (0)