Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:52 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Jamal Cuba Lagakan Rafizi Dan BERSIH Pulak..

Posted: 04 Oct 2016 02:19 AM PDT


Pemimpin gerakan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dengan memfailkan laporan polis mendakwa mempunyai maklumat yang mengaitkan BERSIH dengan kumpulan pengganas IS.


Lebih mengejutkan, menurut Jamal yang juga adalah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, maklumat itu datangnya daripada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Walau bagaimanapun, Rafizi, dalam satu kenyataan media, menafikan dakwaan Jamal dan menyifatkan beliau sebagai "badut paling besar dalam Umno".

Bercakap pada pemberita di luar ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas memfailkan laporannya,

Jamal pada mulanya enggan menjawab ketika ditanya bagaimana dirinya mempercayai maklumat itu sedangkan majoriti ahli jawatankuasa pemandu BERSIH adalah bukan Islam.

Diasak mengenai jumlah ahli jawatankuasa pemandu yang didakwa diserapi oleh IS, Jamal berkata tidak perlu baginya untuk memberikan butiran.

"Biar polis yang buat kenyataan. Dan sesetengah maklumat ini saya dapat daripada (Setiausaha Agung PKR) Rafizi," katanya.

Minggu lalu, BERSIH menafikan dakwaan itu dan berkata pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Jamal dan mereka yang membuat tuntutan tersebut.

Sementara itu, Rafizi mendakwa kepimpinan Umno sekarang "pening kepala bagaimana nak matikan badut yang makin tidak lucu ini".

"Saya tidak pernah kenal Jamal. Saya tidak pernah bercakap dengan Jamal. Saya tidak pernah berhubung dengan Jamal. Saya tidak pernah bertumbuk dengan Jamal. Saya tidak pernah pun makan ikan bakar Jamal.

"Jamal mengarut, sebab itu jawabnya juga mesti mengarut. Melayan Jamal adalah membuang masa, saya tidak faham kenapa media sibuk mengejar Jamal. Sekarang Jamal sudah rasa di selebriti, kan dah sudah kita," katanya lapor MalaysiaKIni



Comments (0)