Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:05 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Tiba-tiba Banyak Pulak Bussines Malaysia Dengan China.. Kenapa Agaknya?

Posted: 28 Oct 2016 09:30 AM PDT


Malaysia akan membeli kapal tempur pesisir daripada China dalam kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Beijing minggu depan, menurut catatan Facebook Kementerian Pertahanan.

Teks ucapan yang akan disampaikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dimuatnaik di Facebook pada Selasa, tapi kemudiannya diturunkan selepas Reuters menghubungi jurucakap kementerian untuk mendapatkan komen.

Pembelian kapal peronda itu, sekiranya diteruskan, akan menjadi pembelian pertahanan terbesar Malaysia dengan China, ketika suasana di Laut China Selatan tegang akibat persaingan antara Amerika Syarikat dan China untuk pengaruh di rantau itu.

Hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat juga tegang apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuat tuntutan undang-undang yang berkait dengan siasatan pengubahan wang ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diasaskan dan dipengerusikan oleh Najib dalam badan penasihat syarikat.

Najib akan berkunjung di China pada Ahad selama satu minggu.

"Pada 5 November 2016, Kementerian Pertahanan akan menandatangani kontrak pemerolehan Kapal Tempur Pesisir (LMS) dengan Sastind (Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Negara China), bahagian penting dalam jadual lawatan rasmi perdana menteri ke China," kata Hishamuddin menurut catatan Facebook itu.

Bagaimanapun, satu rakaman video ucapan Hishamuddin di kementerian pertahanan tidak menyatakan kontrak itu.

Seorang jurucakap kementerian tidak mahu memberikan komen dan pejabat perdana menteri belum menjawab permohonan untuk mendapatkan komen.

Kapal tempur pesisir merupakan kapal peronda berkelajuan tinggi yang boleh dilengkapkan dengan dek helikopter dan peluru berpandu. Lazimnya digunakan untuk keselamatan pantai, rondaan maritim dan pengawasan, tetapi boleh juga dikerah untuk bantuan bencana dan operasi mencari dan menyelamat.

China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan sebagai kawasannya. Tetapi Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam turut merebut sebahagian laluan itu, yang menjadi laluan strategik untuk perdagangan bernilai kira-kira AS$5 trilion (RM21.01 trilion) setahun.

Kemuncak hubungan 2 negara

Hubunhan antara Malaysia dan China mencapai aras baharu pada Disember apabila China menyelamatkan Najib dengan perjanjian AS$2.3 bilion (RM9.66 bilion) untuk membeli aset 1MDB, seraya meringankan kebimbangan Najib akan hutang syarikat itu.

Najib akan berkunjung ke China diiringi berbelas pemimpin kerajaan dan perniagaaan. Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau berkata Malaysia komited memperkukuh setiakawan dengan China dan mengangkat hubungan ke aras yang lebih tinggi.

Usaha memperkukuh hubungan dengan China menyusuli tuntutan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Julai yang membabitkan Najib dalam suatu skandal pengubahan wang.

Tuntutan itu mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.70 bilion) digelapkan daripada 1MDB, dan sebahagiannya dikesan kepada Malaysian Official 1, yang dikenalpasti oleh pihak berkuasa AS dan Malaysia sebagai Najib.

Najib menafikan sebarang kesalahan dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa itu.

Malaysia mungkin membeli sehingga 10 buah kapal tempur pesisir pada harga RM300 juta setiap satu, kata Lam Choong Wah, seorang penyelidik kanan di Refsa, sebuah institut penyelidikan. Beliau juga penulis buku kemampuan ketenteraan Malaysia.

"Sebenarnya kita boleh beli kapal seperti itu daripada beberapa negara lain. Tetapi China satu-satunya negara yang memberi sokongan politik kepada Malaysia dalam skandal 1MDB. Ini balasan untuk sokongan itu."

Lawatan Najib menyusuli Presiden Filipina Rodrigo Duterte, yang mengumumkan negaranya akan "berpisah" daripada AS dan menandatangani pelbagai perjanjian persefahaman untuk membawa masuk pelaburan China.

Minggu lepas, Malaysia mengumumkan pengurangan RM2 bilion dalam belanjawan pertahanan 2017 berbanding tahun lepas.

Projek membangunkan kor amfibia antara projek yang ditinggalkan, kata Euan Graham, pengarah program keselamatan antarabangsa di Institut Lowy, sebuah badan pemikir di Sydney, Australia.

"Projek itu menyaksikan marin AS menjadi perantara dengan Malaysia," kata Graham.

"Jadi inisiatif yang disokong AS sudah mati," kata Graham.

"Dalam masa yang sama, jambatan baharu dibuka ke China. Jika dibaca secara bersama, sama ada memang dirancang Malaysia atau tidak, ia memberi isyarat menarik diri daripada AS dan mahu mencapai China." lapor FMT

Adakah Husni Juga Bakal Dipecat UMNO Kerana 1MDB?

Posted: 28 Oct 2016 07:02 AM PDT


Cakap-cakap dalam UMNO kini ramai yang mula membuat perhitungan nasib yang bakal dihadapi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah susulan pendedahan terbaharu berhubung syarikat bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat baru-baru ini.


Tindakan Husni tersebut nyata mengundang rasa kurang senang bos nombor satu UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang baharu dapat bernafas lega selepas dilihat kembali mendapat sokongan dan keyakinan pucuk pimpinan UMNO amnya.

Walaupun Najib dilihat tidak goyah dan utuh dengan sokongan dimiliki, pendedahan Husni itu sedikit sebanyak kembali menghangatkan kembali isu melibatkan 1MDB walaupun selepas tiada sebarang tindakan diambil daripada pihak berkuasa.

"Mungkin Husni bakal mengikut nasib sama dengan apa yang berlaku kepada Muhyiddin dan Shafie Apdal," kata seorang sumber pemimpin dalam UMNO yang dirahsiakan nama.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal disingkir daripada UMNO kerana kelantangan mereka berdua mempertikaikan isu berhubung 1MDB.

Husni tidak dilantik dalam rombakan Kabinet Jun lalu, ia menyebabkan beliau melepaskan semua jawatan dalam parti yang dipegangnya tapi masih menjadi ahli biasa UMNO dan menjadi ahli Parlimen BN Tambun.

Lebih membimbangkan Najib menurut seorang sumber, Husni dikatakan mengetahui setiap perjalanan dalam 1MDB dan rahsia yang dipegangnya boleh menyebabkan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri kembali goyah.

Dalam pada itu, sumber juga mendedahkan pihak propaganda sebelah kerajaan khususnya yang berada bawah Pejabat Perdana Menteri sudah diarahkan untuk mencari isu membabitkan Husni bertujuan memburukkan kredibilitinya.

Mengambil kira aspek tersebut, sumber berkata tidak mustahil akan ada isu dan skandal membabitkan Husni akan didedahkan oleh pihak media-media upahan yang bergantung sumber kewangan dengan mereka.

Husni pada Selasa mempersoalkan mengenai pelaburan 1MDB dengan syarikat Aabar PJS Limited berjumlah lebih kurang US$4 bilion dan mengapa sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh 1MDB walaupun mengetahui wang yang dimasukkan ke akaun yang salah.

"Soalan pertama, mengapa kita tubuhkan 1MDB, dalam konteks itu mengapa kita letak lebih kurang us$4bilion (RM16b) dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC (International Petroleum Investment Company IPIC), sebuah syarikat dimiliki oleh dua anak raja, yang didaftar di British Virgin Island.

"Mengapa tindakan undang-undang tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit ditempat yang tidak betul, dan mengapa tidak ambil tindakan kepada dua anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?" soal Husni.

Husni juga membidas unit pelaburan 1MDB bernilai lebih kurang US$1 bilion yang dibuat oleh 1MDB apabila tidak diketahui kisahnya walhal ia sepatutnya matang pada tahun lalu.

"Kemudiaan, apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebih kurang US$1 bilion, yg sepatutnya matang pada tahun lalu, tetapi kita tidak tahu kisahnya," katanya.

Beliau juga kemudiaan membangkitkan kebimbangan berhubung saman IPIC terhadap 1MDB yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

"Kemudiaan apa jadi dengan binding term sheet dengan IPIC, mengapa 1mdb tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC buat saman melalui arbitration sebanyak US$6.5 bilion bersamaan RM26 bilion?

"Kalau kita kalah maknanya bayangkan, kalau pun kita tak kalah semua 6.5 (bilion), katalah 4 bilion pun, dalam konteks duit Malaysia RM4 bilion," katanya lagi.

Husni kemudiaan meneruskan serangan terhadap 1MDB dengan mempersoalkan tindakan kerajaan menjual tanah di Bandar Malaysia.

"Apa jadi dengan penjualan dengan Bandar Malaysia? Kita jual 60% kepada syarikat dari negara China yang mempunyai minoriti share holding daripada dua syarikat Malaysia.

"Saya kerja bank dahulu, bila kita jual ekuiti, tambah pula 60%, barangnya perlu diambil sekarang, mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022, ia meletakkan risiko kepada 1MDB, dalam konteks risiko kewangan, risko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu pembayaran 2022 itu akan dibuat," katanya.

Tidak dapat menyembunyikan rasa bimbangnya lagi, Husni juga berkata tidak dapat membayangkan situasi yang akan dihadapi negara dengan banyak negara sudah memulakan prosiding mahkamah terhadap 1MDB.

"Perkara kedua ingin saya bertanya, Switzerland Monetary Authority (SMA) akan mengambil legal prosiding, begitu juga dengan Britain, di Singapore dua bank sudah tutup, apa akan jadi kepada negara kita," katanya.

Beliau kemudiaan membidas langkah Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) memberikan pinjaman sebanyak RM4 bilion kepada anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

"Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

"Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

"Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?" lapor The Malaysian Mirror


Kesian Adnan Satim.. Sampai Letih Minta Bajet Tapi Tak Dapat-dapat..

Posted: 28 Oct 2016 02:56 AM PDT


"Saya sudah letih. Saya mula jemu meminta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu penduduk luar bandar.


"Mereka sering kata tidak cukup peruntukan. Ya memang benar… dan kita faham akan situasi ekonomi sekarang," kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adnan Satem sebagaimana dilaporkan Sarawakvoice.com.

Kerana itu, katanya, beliau tidak akan menunggu Kerajaan Persekutuan untuk projek mega negeri ini seterusnya, sebaliknya akan mencari sendiri dana untuk membiayai projek itu, tanpa terlalu mengharapkan Kerajaan Pusat.

Berucap ketika merasmikan persidangan Pewakilan Tritahunan Ke-4, Parti Rakyat Sarawak (PRS) di sini hari ini, Adenan berkata, projek mega yang dimaksudkan itu ialah jajaran pesisir pantai, yang akan menjadi penghubung kepada semua pusat bandar di kawasan luar bandar negeri ini.

"Untuk tujuan itu, (James) Masing dan (Wong) Soon Koh akan ke China untuk mendapatkan cadangan pembinaan jalan raya pesisir pantai itu," katanya.

Kerajaan Negeri tambahnya, akan menggunakan rizab simpanan RM1 bilion untuk kemudahan asas penduduk luar bandar untuk menjayakan projek tersebut.

"Kita membuat keputusan ini kerana kita mahukan penduduk luar bandar di negeri ini mendapat manfaat daripada projek kerajaan, sebagai membalas kesetiaan mereka kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

Tegasnya, jika kerajaan Persekutuaan boleh memajukan keretapi laju, tidak mustahil mereka boleh membantu komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan laluan jalan raya di luar bandar selain bekalan elektrik dan air untuk semua sekolah yang tiada kemudahan asas itu.

Adenan berkata, beliu percaya usaha tersebut akan membantu memperkasakan pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar terbabit, sekali gus meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat rakyatnya.

"Kita ke China kerana ingin mengadakan perbincangan lebih lanjut termasuk meneliti bantuan teknologi dan kaedah pembinaan yang berkaitan.

Memahami kekangan Kerajaan Persekutuaan katanya, ikhtiar Kerajaan Negeri adalah mencari alternatif lain agar agenda pembangunan kawasan pedalaman dan luar bandar Sarawak tidak terbantut.

"Yang pasti, Kerajaan Negeri tidak boleh selama-lamanya mengharapkan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuaan untuk membiayai pelaksanaan projek berkenaan, selain projek pembangunan lain di Sarawak," tegasnya lapor MalaysiaDateline


Wakil Rakyat BN Hiprokit Kerana Sokong Najib Kata Mahathir

Posted: 27 Oct 2016 11:36 PM PDT


Keadaan politik dan pemerintahan di Malaysia agak pelik dan ganjil. Di negara-negara lain, pemimpin besar diturunkan jika melaku perbuatan yang salah atau dituduh salah.


Jika tidak diturunkan, pemimpin digantung jawatan sementara siasatan dibuat.

Tetapi di Malaysia walaupun terdapat bertimbun-timbun bukti salahlaku Najib berkenaan pinjaman yang dibuat oleh 1MDB yang dipengerusi olehnya, kehilangan berbillion ringgit oleh 1MDB, kegagalan membayar faedah hutang, kesalahan pelaburan, terdapat RM2.6 billion dalam akaun peribadi Najib dalam Arab Malaysian Bank, kenyataan yang tidak munasabah tanpa bukti / dokumen akan punca wang itu yang dibuat oleh Najib, kenyataan oleh akhbar asing tentang punca wang itu, dakwaan laporan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bahawa wang itu dari 1MDB, kemasukan RM42 million dari SRC International (milik Kementerian Kewangan diperbadankan) ke dalam akaun peribadi Najib, ia masih berada sebagai perdana menteri Malaysia.

Selain dari itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa masih timbalan perdana menteri telah dimaklum oleh peguam negara ketika itu, Tan Sri Gani Patail akan kemasukan ke dalam akaun Najib di AmBank berbillion ringgit.

Sekarang bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula menyoal berkenaan 1MDB dan pengurusannya.

Penerimaan Najib ini adalah oleh kerana Ahli Dewan Rakyat termasuk Ahli Kabinet dan penyokong Najib dalam Umno, MCA dan parti lain dalam BN masih kononnya menanti sehingga Najib didapati bersalah sebelum mereka terima kebenaran tuduhan-tuduhan terhadapnya.

Pendirian ini cuma merupa alasan yang lemah terhadap pendirian mereka. Sebenarnya mereka tahu tuduhan terhadap Najib memang berasas dan benar.

Mereka tahu bahawa sebabnya Najib tidak didapati bersalah ialah kerana ia sendiri menyalahguna kuasanya dengan menyekat proses undang-undang dengan menukar pendakwa raya supaya penjawat yang baru menolak segala tuduhan terhadapnya.

Jika proses perundangan berjalan pendakwa raya akan membawa kesnya ke mahkamah dan perbicaraan boleh diadakan.

Menurut tuduhan dan bukti yang diketahui umum Najib tetap akan didapati bersalah oleh mahkamah.

Tetapi pendakwa raya menyembunyi laporan-laporan ini supaya mahkamah tidak dapat mendengar kes Najib.

Sebaliknya pendakwa raya berlagak sebagai hakim dan memutuskan bahawa tidak ada kesalahan dibuat oleh Najib dalam laporan-laporan yang diserah kepadanya.

Yang jelas ialah Najib bukan didapati oleh mahkamah tidak bersalah, tetapi perbicaraan tidak dapat diadakan kerana disekat oleh pendakwa raya.

Alasan mereka yang kononnya menerima Najib sebagai perdana menteri kerana ia tidak didapati bersalah, hanyalah alasan yang tidak berasas.

Mereka sebenarnya cuba menipu diri dan menipu masyarakat. Mereka bersikap hipokrit. Mereka tahu tindakan pendakwa raya menghalang proses perundangan adalah salah.

Amatlah malang Malaysia mempunyai wakil rakyat dan pemimpin masyarakat hipokrit yang turut bersama dengan Najib menjayakan penipuan olehnya lapor Malaysiakini


Duit Karpet Masjid Pun Kena Kelepet?

Posted: 27 Oct 2016 05:00 PM PDT


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu membuka 35 kertas siasatan berhubung penyelewengan pembekalan pemasangan karpet di beberapa masjid dan surau di negeri ini.


Pengarah SPRM Terengganu P Ganason berkata kertas siasatan itu kini di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya SPRM.

"Kira-kira 30 saksi terdiri daripada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), orang awam dan kontraktor telah dipanggil bagi membantu siasatan sejak kita mendapat maklumat mengenai kes itu awal tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pejabat SPRM Negeri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad di Mukim Kubang Parit, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan Datuk Seri Amer Hamzah Mohd Yunus, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu Ab Hamid Md Daud dan Penasihat Korporat Serada Realty Sdn Bhd Tan Sri Abdullah Taib.

Selasa lepas, media melaporkan Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim mendedahkan perkara itu yang melibatkan penyelewengan tuntutan keseluruhan bernilai lebih RM1 juta.

Dalam pada itu, Ganason memberitahu bahawa SPRM Terengganu membuka 51 kertas siasatan berhubung kes jenayah kolar putih melibatkan kes rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tahun ini.

"Daripada jumlah itu sebanyak 14 tangkapan telah dilakukan dan 19 individu telah dituduh di mahkamah," katanya lapor FMT


Comments (0)