Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:39 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


RUU 355: Biarlah mereka perbodoh diri, kata Nasrudin Tantawi

Posted: 27 Oct 2016 08:09 AM PDT


Selepas Presiden Pas menggunakan gelaran keldai dan anjing gila, Ketua Penerangan parti Islam itu pula menggelar pihak yang mengkritik usul pindaan Akta 355 sebagai 'membohongi dan memperbodohkan diri sendiri'.


>"Adapun pihak yang hanya mahu mencari populariti murahan, rating di Facebook, kelemahan yang mahu dieksploit, debat yang melampau, spin dan sebagainya, biarlah mereka tenggelam dalam keseronokan dan hanyut dalam keghairahan mereka membohongi dan memperbodohkan diri sendiri.

"Bagi mereka yang berlapang dada, bersikap terbuka, ikhlas dan jujur dalam perbincangan dan persahabatan, maka kita rakamkan setinggi-tinggi tahniah dan juga penghargaan," kata Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika menganggap pihak yang mempersoal usul pindaan akta tersebut sebagai membohongi dan memperbodohkan diri sendiri, Ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa Pas membudayakan politik matang dan sejahtera bercirikan politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar.

"Maka Pas bersikap terbuka bertemu dengan siapa jua, mendengar pandangan, menerima kritikan dalam usaha membawa Islam dan apa yang diperjuangkannya.

"Pas menerang tidak menghukum. Pas berdakwah dan melunakkan madu'u (sasaran dakwah) bukan menjauh dan meliarkan mereka. Kita pendakwah bukan qadhi. Jauhkan diri dari kafir mengkafir dan label yang tidak selayaknya sesama ummat Islam," ujarnya ketika giliran pembentangan RUU 355 semakin tertolak ke bawah dalam aturan mesyuarat Parlimen.

Beliau berkata, pihaknya tanpa bosan akan menjelaskan tentang dasar, prinsip dan teknikal yang berbangkit sekitar usaha meminda Akta 355 serta bersedia menemui mana-mana pihak yang ingin mencari kebenaran.

Nasrudin turut menegaskan pendirian parti itu sebelum ini supaya Ahli Parlimen yang beragama Islam menyokong usul pindaan akta berkenaan.

"Justeru pindaan ini bermaksud memberi hak kepada mahkamah syariah agar boleh menjatuhkan hukuman menepati Undang-Undang Syariat Islam," tambahnya lagi lapor MalaysiaDateline


Bekas Senator Lapor SPRM Skandal SRC International

Posted: 27 Oct 2016 05:00 AM PDT


Bekas senator Datuk Ezam Mohd Nor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan berhubung bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).


Kata Ezam gesaan itu dibuat ekoran persoalan dan amaran dibuat bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semasa membahaskan belanjawan 2017 di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Justeru hari ini Ezam membuat laporan kepada SPRM di pejabat agensi antirasuah itu di Shah Alam Selangor.

Dalam aduannya Ezam yang pernah mengetuai pergerakan pemuda PKR itu menyatakan tindakan itu dibuat bagi melindungi kepentingan kira-kira 1.6 juta penyumbang Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang memberikan pinjaman kepada SRC.

"Mengambil kira tatacara pemberian wang RM4 bilion kepada SRC yang dibuat secara luar biasa, SPRM juga perlu menyiasat segera semua anggota lembaga KWAP dan badan pengurusannya," kata Ezam dalam kenyataan kepada media.

Pandangan Ezam itu merujuk kepada kenyataan Ahmad Husni bahawa RM4 bilion pinjaman daripada KWAP dikeluarkan sekali gus berbanding secara berpeingkat seperti dikehendaki prosedur. 

Walaupun mengakui Ketua Pegawai Eksekutif KWAP sebelum ini memaklumkan SRC belum menanggung apa-apa tunggakan kepada badan itu setakat ini Ezam berpendapat masih terdapat kebimbangan mengenai jumlah baki hutang yang ditanggung sehingga 2022.

Katanya menurut laporan akhbar Singapura The Straits Times pada Julai lalu nilai pelaburan SRC menurun ketara dan sebuah firma dari China sedang dalam proses menyelamatkannya.

"Jika laporan ini benar, risiko SRC gagal membayar balik pinjamannya kepada KWAP pada masa depan lebih besar," katanya.

Awal bulan ini Pejabat Peguam Negara Switzerland secara terbuka menyatakan siasatan mereka mendapati sejumlah besar wang didakwa disalah guna dari syarikat SRC dan menganggap berlaku penipuan menggunakan kaedah seperti skim Ponzi (skim cepat kaya).

Terdahulu SPRM menjalankan siasatan untuk mengenal pasti bagaimana dana bernilai RM42 juta dari SRC boleh disalurkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kemudian - pada Januari lalu - menyatakan Najib tidak melakukan sebarang salah laku dan tidak menyedari dana berkenaan disalurkan kepadanya.

Laman sesawang Sarawak Report pada bulan ini pula mendakwa rekod bank menunjukkan bekas pengarah urusan SRC Nik Faisal Ariff Kamil menguruskan beberapa akaun bank kononnya milik Najib.

Sarawak Report mendakwa sejumlah besar wang didepositkan ke akaun itu antara Februari dan Mac 2015.

Perdana menteri tidak memberikan maklum balas kepada permintaan mendapatkan komennya terhadap dakwaan terbaru itu lapor MalaysiaKini


Eh? Husni Pun Ada Skandal Sex?

Posted: 27 Oct 2016 01:15 AM PDT


KELANTANGAN mantan Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah yang mempersoalkan tentang 1MDB di dewan rakyat nampaknya tidak dijawab sebaliknya dibalas dengan pendedahan skandal seks oleh portal pro Najib.


Sudah menjadi kebiasaan Umno akan gunakan isu seks untuk membunuh karakter sesiapa yang menentang mereka.

Sebelum ini bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut diserang dengan isu skandal seks dengan isteri seorang hakim.

Kali ini nampaknya giliran Datuk Husni Hanadzlah pula apabila sebuah portal pro Najib mendakwa kononnya beliau telah banyak kali dituduh melakukan gangguan seksual dan banyak laporan dibuat terhadap beliau daripada wanita-wanita yang menuduhnya meraba buah dada dan punggung mereka. 

Datuk Husni turut didakwa kononnya tidur dengan isteri orang dan rahsianya itu kini akan kembali menghantui kerana beliau berpura-pura sebagai seorang lelaki yang alim, padahal dia sebenarnya adalah miang dan bangsat tulis portal pro Najib tersebut.

Berikut adalah petikan laporan tersebut..

Sebagai Menteri Kewangan, Husni bukan sahaja boleh meluluskan projek sambungan lebuh raya RM2 bilion anaknya, beliau akan menjadi ketua jawatankuasa yang kepada beberapa komiti yang sangat penting dan komiti yang sangat berkuasa. Projek sambungan lebuhraya yang bernilai RM2 billion hanyalah sebagai permulaan dari banyak lagi projek yang akan datang. 
Tetapi apa yang lebih penting daripada itu adalah hakikatnya bahawa Najib memendam perasaan lebih daripada sekali. Terdapat begitu banyak tuduhan gangguan seksual dan salah laku lain yang dibuat terhadap Husni. Beberapa wanita di pejabatnya telah membuat aduan bahawa Husni telah meraba buah dada dan punggung mereka. Terdapat juga aduan mengenai hubungan sulit Husni dengan seorang wanita yang sudah berkahwin daripada UMNO bahagiannya, menurut Raja Petra. 
Mereka sebenarnya mahu melancarkan siasatan keatas tuduhan yang sebegitu banyak ini namun Najib memilih memberikan Husni "benefit of the doubt". Jika tidak Husni akan diheret ke mahkamah lebih dari satu kes ganggual seksual. Dan itu tidak termasuk suami kepada wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan beliau telah memfailkan penceraian, menurut RPK lagi. 
Jadi, selepas kes perceraian Nika Gee kerana hubungan sulit beliau dengan Muhyiddin Yassin, kita akan melihat kes perceraian kedua melibatkan perempuan simpanan Husni dan suaminya. Tetapi Najib memandang ringan kes ini untuk membantu Husni mengelakkan skandal yang besar dan memalukan beliau dan keluarganya, kata Raja Petra. 
Nak baca lagi.. bacalah kat SINI

Ohhh.. petikan dari tulisan Raja Petra rupanya.. tapi dulu puak-puak UMNO ni langsung tak percaya apa yang ditulis oleh Raja Petra tu.. sekarang percayalah pulak..


“Cukup-Cukuplah Hadi... Teroponglah Diri Sendiri.." Dari Tamrin Kepada Hadi..

Posted: 26 Oct 2016 08:41 PM PDT


Bekas veteran Umno Mohd Tamrin Ghafar menyarankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya berhenti menggunakan label menghina ke atas musuh politiknya, selepas kenyataan presiden PAS itu yang menyamakan cara pembangkang menegur kerajaan umpama "keldai" dan "anjing gila".


"Bukan sekali Abdul Hadi bermulut celupar begitu. Bahkan pelapisnya seperti Nasrudin Hassan (Ahli Parlimen Temerloh) pun pernah menyebut tentang siku dan lutut menggambarkan pendekatan politik samseng pemimpin parti yang kononnya Islam itu," kata Tamrin, anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, dipetik portal pro-Amanah, Malaysia Dateline hari ini.

Hadi pada Selasa menyeru ahli PAS supaya bertindak menggunakan "cara Islam", 4 hari selepas wakil rakyat pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika ucapan Bajet 2017 oleh Datuk Seri Najib Razak.

Hadi tidak hadir tetapi ahli Parlimen PAS yang berada di Dewan, kecuali Datuk Mahfuz Omar, kekal di kerusi masing-masing.

"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Hadi dalam kenyataan yang sarat dengan petikan ayat Al-Quran.

Tamrin bagaimanapun berkata Hadi dan pimpinan PAS perlu "perbetulkan diri sendiri daripada terus menganggu fokus rakyat untuk menumbangkan Umno-BN yang dikepalai Najib".

"Pas perlu betulkan rumah tangga dulu, usah sibuk sangat menghukum orang lain dengan gelaran binatang seperti itu," tambahnya.

"Cukup-cukuplah Hadi. Kamu patut teropong diri sendiri. Usah asyik meletakkan kelemahan dan kesalahan sendiri pada orang lain. Jangan jadi bapa ketam yang masih mahu mengajar anaknya berjalan lurus."

Tahun lalu, Nasrudin ketika berucap pada muktamar ke-61 memberi amaran kepada DAP tidak mencabar PAS.

"Walaupun kami dari Dewan Ulama yang rata-ratanya memakai kopiah, serban, berjubah, tetapi ingat dalam jubah ini ada siku dan lutut yang masih kita belum guna lagi," katanya lapor FMT


Comments (0)