Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:44 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kenapa DBKL Tidak Robohkan Gerai Milik Warga Asing?

Posted: 26 Oct 2016 09:30 AM PDT


Rata-rata netizen mengecam tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan beberapa gerai makanan milik peniaga Melayu di Parlimen Lembah Pantai hari ini.

Robohan gerai berkenaan di kawasan pesat membangun itu juga menyebabkan Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar terpaksa meninggalkan persidangan Dewan Rakyat bagi meninjau situasi semasa.

"Operasi meroboh gerai di Lembah Pantai sepanjang Jalan Pantai Murni oleh DBKL. YB Nurul Izzah bergegas meninggalkan Parlimen untuk melawat peniaga yang terbabit," dipetik dari Facebook Nurul Izzah Anwar yang dimuatnaik kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Selepas sejam dimuat naik terdapat lebih 30 perkongsian dengan lebih 70 komen berkenaan perkara tersebut antaranya Aishah Rash yang menulis,

"Pergi Selayang bersepah warga asing dan penipu timbang tak cukup satu kilo."

Mazaliffah Md Esa juga mengulas tentang lambakan peniaga warga asing di Pasar Selayang yang terletak di utara ibu negara.

"Kat pasar Selayang warga asing niaga sebelah lori besar DBKL. Kadang-kadang ada serbuan tapi tidak sampai setengah jam mereka datang balik. Halau, datang balik," ujarnya.

Tindakan penguatkuasaan berpilih DBKL juga dibangkitkan Shahril Tajul Bahar, "Suruh (DBKL) ke Mydin Sinar Kota. Berapa banyak kedai Nepal. Inilah nasib rakyat Malaysia."

Hal sama turut diperkatakan Ayep Dean yang menganggap Melayu seolah-olah menjadi mangsa penguatkuasaan undang-undang berbanding kaum lain dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Undang-undang Malaysia hanya dikuatkuasakan kepada Melayu saja. Melayu saja yang kena tindakan. Kalau bangsa lain atau PATI mereka bebas tidak terikat dengan undang-undang," ujar Ayep.

Bahkan, rasa simpati terhadap nasib golongan peniaga Melayu di ibu kota juga dikongsi oleh netizen berketurunan Cina.

"Orang Malaysia lagi susah cari makan berbeza warga asing. Dia orang letak semua barang dekat kaki lima tidak pula ada masalah. Orang Malaysia hendak mohon lesen banyak alasan. Taka da lesen semua sapu," tegas Rayment Yau.

Walau bagaimanapun, tindakan merobohkan gerai milik Melayu bukan sahaja dilakukan DBKL bahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

"Sikap PBT macam itulah. Bukan DBKL saja tempat lain pun sama. Berat sebelah," ujar Saiful Ikram.

Sehubungan itu, terdapat juga netizen menggesa Nurul Izzah supaya seperti saranan Faris Amir, "Harap YB Nuzul Izzah minta DBKL robohkan gerai-gerai PATI."

Pada masa sama, ramai pengguna Facebook memuji keprihatinan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR yang turun ke lapangan pada kadar segera lapor MalaysiaDateline

Bekas Pegawai Menteri Kewangan Pula Dedah Rahsia 1MDB

Posted: 26 Oct 2016 08:03 AM PDT


Bekas senator UMNO yang berkhidmat di Kementerian Kewangan bawah Datuk Seri Najib Razak pula tampil mendedahkan berhubung rahsia membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang penuh dengan hutang itu.

Ia susulan pendedahan bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhubung penipuan dijalankan oleh 1MDB semalam.

Bekas pegawai atasan komunikasi kementerian kewangan (MOF), Ezam Mohd Noor mendedahkan pihak Kementerian Kewangan enggan memberikan akses ke atas sebarang dokumen dan maklumat membabitkan syarikat tersebut.

"Tapi mereka (pegawai atasan MOF) tidak boleh buat apa-apa memandangkan pegawai tersebut mahu selamatkan kedudukan mereka," katanya dalam satu kenyataan mengulas berhubung pendedahan Husni semalam.


Ezam juga mendakwa Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang digunakan daripada laporan membabitkan 1MDB didedahkan kepada umum sudah membuktikan terdapat sesuatu yang disembunyikan supaya ia tidak terdedah demi menjaga kepentingan seseorang.


Husni yang tidak lagi berada dalam Kabinet akhirnya membuat pendedahan terbuka semalam di Parlimen membabitkan syarikat yang diterajui oleh bekas bosnya itu, Najib.

Lebih mengejutkan, Husni mempersoalkan banyak urus niaga meragukan melibatkan syarikat tersebut walaupun suatu ketika dahulu ditugaskan dalam plan rasionalisasi syarikat kontroversi itu.

Guan Eng CM Paling Kejam - Kumpulan Baju Hitam UMNO

Posted: 26 Oct 2016 02:32 AM PDT


Sekumpulan anak muda berbaju hitam yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim berhimpun pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) sebagai bantahan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng.


Kumpulan itu mahu Lim meletak jawatan atau mengambil cuti susulan dua tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, yang didakwa di bawah nilai pasaran.

Lim mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan kes berkenaan akan disebut semula buat kali kedua pada 6 Disember di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Kumpulan yang memakai baju tertera perkataan 'Pemuda Bangkit' itu mula memenuhi kawasan sekitar bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan negeri itu kira-kira jam 2 petang selepas berarak dari beberapa lokasi.

Hadir sama adalah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

"Kita akan teruskan himpunan ini dan jika keadaan mendesak, kita tidak tolak kemungkinan mengadakannya di hadapan kediaman Lim," katanya.

Kumpulan itu juga mengikrarkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kini terpalit dengan kontroversi penyelewengan dana 1MDB.

"KM didakwa dengan dua tuduhan rasuah. Tiada siapa yang boleh menerima orang yang disabitkan dengan kesalahan jenayah untuk memimpin Pulau Pinang.

"Mengapa BERSIH mendesak Najib untuk meletak jawatan sedangkan dia dipilih secara demokrasi," kata Khairul.

Rafizal pula berkata pihaknya akan meneruskan himpunan berkenaan selagi Lim enggan bercuti atau melepaskan jawatan.

Beliau juga menggesa BERSIH, yang merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 19 November ini untuk melupakan hasrat mereka.

"Di mana ada baju kuning, akan ada baju merah," katanya.

Ditanya mengapa kumpulan hari ini memakai t-shirt hitam dan bukannya merah,

Rafizal menjawab "kumpulan ini mewakili semua kecuali baju kuning".

Rafizal mendakwa jumlah yang hadir adalah sekitar 3,500 tetapi wartawan yang hadir meletakan jumlah itu kepada kira-kira seribu orang.

Bantahan itu berakhir dengan aman selepas 30 minit, dengan polis memantau tempat kejadian, untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini lapor Malaysiakini


Akhirnya Subsidi Minyak Masak Ditarik Juga..

Posted: 26 Oct 2016 12:15 AM PDT


Harga minyak masak berkuat kuasa 1 November ini akan mengikut harga pasaran, bagaimanapun bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu.


"Bagi menentukan rakyat sentiasa menikmati kehidupan yang selesa, kerajaan sentiasa berusaha mengekalkan subsidi bekalan minyak masak untuk dinikmati oleh golongan sasaran.

"Saya nak umumkan harga minyak masak (1kg) dikekalkan sebanyak RM2.50 sekilogram," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya pagi ini.

Antara kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta produk minyak sawit tulen yang dijual dalam botol lebih besar.

Katanya, susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, harga akan mengikut harga pasaran bagi mengelak kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses).

"Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan.

"Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran," katanya.

Sebelum ini media melaporkan kerajaan bakal memansuhkan subsidi minyak masak mulai bulan depan dan bakal menyebabkan harganya meningkat di pasaran.

Ia juga mencetuskan belian panik di kalangan pengguna menyebabkan berlaku kekurangan bekalan di kedai dan pasar raya lapor Malaysiakini


Comments (0)