Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:00 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Siapa Pulak Yang Hj Hadi Label Sebagai Keldai Dan Anjing Gila Ni?..

Posted: 25 Oct 2016 07:41 AM PDT


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.


"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas.


Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu.

Dalam peristiwa itu, hampir kesemua pembangkang keluar dari dewan selepas itu namun ahli parlimen Pas kekal.

"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya.

Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.

"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu lapor MalaysiaDateline




Ha.. ha.. ha.. dia meminta semua ahli PAS khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

Tapi dia sendiri tidak hadir di parlimen. Akhlak Islamkah yang mengajar seseorang itu untuk ponteng parlimen walaupun ambil gaji dan elaun?

Bukankah menunaikan amanah sebagai ahli parlimen itu WAJIB hukumnya?

Jika tak mampu untuk hadir, lebih baik letak jawatan sebelum hukum kebenaran dan keadilan berjalan dimana Presiden PAS akan dipaksa untuk meletakkan jawatan. Siapa memaksa?

Ulasan selanjutnya silalah baca di SINI

6% Cash Back on Online Spending, 3% Cash Back on Dining and more with new UOB YOLO card, sign up HERE

Hadiah Selepas Bajet: Esok Harga Minyak Masak Naik?

Posted: 25 Oct 2016 02:03 AM PDT


Sebab rasionalisasi harga (ayat perbodoh rakyat) perlu dilakukan ialah berlaku ketirisan minyak masak bersubsidi apabila bahan itu didapati dijual secara terbuka di pasaran negara jiran, Thailand.


Selain itu penawaran dua kali ganda lebih tinggi juga dipercayai antara faktor berlaku kegiatan penyeludupan bekalan minyak masak bersubsidi ke wilayah Kalimantan, Indonesia.

Itu antara faktor yang menyebabkan harga minyak masak perlu dinaikkan dan jelas perkara utama yang menyumbang kekurangan dalam domestik ialah penyeludupan.

Dah tahu penyeludupan menyumbang kepada kekurangan domestik.. tetapi kenapa Kerajaan tidak berusaha untuk menangani penyeludupan itu?

Kenapa perlu Kerajaan memilih untuk menaikkan harga minyak masak tersebut yang akan menyusahkan lagi kehidupan rakyat?

Faktor lain ialah kejatuhan nilai Ringgit.. tapi Menteri mesti malu nak cakap faktor ni..

Tapi... kalau dinaikkan harga minyak masak esok.. hari-hari yang berikutnya nilai Ringgit jatuh lagi dan lagi.. adakah minyak masak tidak akan diseludup lagi?

Baharu sahaja pembentangan Bajet 2017 kononnya mementingkan kesejahteraan rakyat, Kerajaan esok akan mengumumkan kenaikkan harga minyak masak esok dengan memberi alasan untuk menangani ketirisan dalam pemberian subsidi minyak masak sehingga berlaku lambakan bekalan bahan itu di negara jiran. 
Perkara itu akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) esok di pejabatnya. 
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kementerian mengesan banyak kes ketirisan berlaku sebaik mengambil alih pengurusan minyak masak dalam negara sehingga memaksa pihaknya melaksanakan rasionalisasi harga bahan itu. 
Beliau berkata, kuota bekalan minyak masak sebanyak 85,000 tan sebulan tetapi masih berlaku kekurangan bekalan di pasaran dan ini mungkin disebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menyeludup bahan itu ke negara jiran. 
"Bila mendengar kita hendak buat rasionalisasi harga, mungkin menyebabkan harga naik tetapi pengumuman hanya akan berlaku esok. 
"Kenapa kita hendak sangat mendengar berita palsu, berita yang benar hanya daripada menteri esok pagi," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penghargaan atlet paralimpik Rio 2016 'Amazing Heroes' di Menara Kembar Bank Rakyat pada Selasa. 
Media melaporkan peruncit dan pengguna di beberapa negeri mendakwa sukar mendapat bekalan minyak masak sejak beberapa hari lalu. 
Turut dilaporkan berlaku ketirisan minyak masak bersubsidi apabila bahan itu didapati dijual secara terbuka di pasaran negara jiran, Thailand. 
Penawaran dua kali ganda lebih tinggi juga dipercayai antara faktor berlaku kegiatan penyeludupan bekalan minyak masak bersubsidi ke wilayah Kalimantan, Indonesia ... laporan penuh silalah baca di SINI 

Menyusahkan orang tak habis-habis depa ni!!!

Hutang Kerajaan RM655 Billion Sajee.. Najib Kata?

Posted: 24 Oct 2016 11:16 PM PDT


Sehingga akhir Jun tahun ini, kedudukan hutang kerajaan berjumlah RM655.7 bilion atau 53.2% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata Datuk Seri Najib Razak.


Menurutnya, hutang kerajaan persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.

Perdana menteri berkata daripada jumlah itu, sebanyak 95.9% atau RM628.8 bilion merupakan hutang domestik sementara 4.1% atau RM26.9 bilion adalah pinjaman luar pesisir.

"Hutang yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bertujuan untuk membiayai defisit berikutan kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan pembangunan kerajaan.

"Pinjaman yang dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan ini adalah perbelanjaan yang produktif, yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi dan dapat memanfaatkan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan empangan," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) mengenai jumlah hutang negara dan jumlah jaminan kerajaan berasaskan pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat lepas.

Najib yang juga menteri kewangan berkata perbelanjaan pembangunan itu secara tidak langsung turut memberi manfaat kepada sektor swasta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah jaminan yang diberikan oleh kerajaan sehingga Jun 2016 adalah sebanyak RM180.9 bilion atau 14.7% daripada KDNK.

"Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek infrastruktur seperti Prasarana dan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang terlibat dalam pembinaan infrastruktur seperti LRT, MRT dan penyediaan pinjaman pelajaran untuk pendidikan peringkat tinggi," katanya.

Beliau berkata kerajaan terus komited untuk memastikan paras hutang tidak melebihi 55% daripada KDNK

Menjawab soalan tambahan Noor Ehsanuddin berhubung langkah kerajaan bagi mengelak jumlah hutang terus meningkat pada masa depan, Najib berkata kerajaan akan memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi daripada hasil, iaitu memperoleh surplus dari segi akaun semasa kerajaan.

"Kami mesti tentukan bahawa pinjaman itu digunakan bagi mengembangkan ekonomi, menambahkan lagi kegiatan ekonomi negara dan kami juga memberi keutamaan kepada pinjaman dalam negeri, dengan langkah sedemikian termasuk juga perbelanjaan yang berhemat, cekap dan berkesan, mementingkan outcome, insya Allah kami dapat menguruskan hutang negara dalam keadaan yang terkawal," katanya.

Menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu dari mana pinjaman luar pesisir dibuat, Najib berkata sebahagian besarnya adalah daripada sukuk yang diterbitkan oleh kerajaan dan dilanggani masyarakat antarabangsa.

"Kami lakukan perkara ini kerana sedikit sebanyak ia memberi isyarat bahawa mereka ada keyakinan terhadap pengurusan ekonomi negara Malaysia atau sebaliknya," katanya lapor FMT


Selepas Pendedahan Mengenai 1MDB, Husni Mula Diserang..

Posted: 24 Oct 2016 07:45 PM PDT


Media atas talian yang berada di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO) mula menyerang bekas bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ekoran pendedahan penipuan dijalankan oleh syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam.


Husni yang tidak lagi berada dalam Kabinet akhirnya membuat pendedahan terbuka membabitkan syarikat yang diterajui oleh bekas bosnya itu, Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mengejutkan, Husni mempersoalkan banyak urus niaga meragukan melibatkan syarikat tersebut walaupun suatu ketika dahulu ditugaskan dalam plan rasionalisasi syarikat kontroversi itu.

Media atas talian, Mykmu.net antara yang mula memainkan artikel menghentam Husni apabila mempersoalkan tindakannya semalam walhal selama ini beliau yang lantang mempertahankan 1MDB dan ditugaskan memberi penerangan berhubung syarikat tersebut.

"Kepada Datuk Seri Husni Hanadzlah usahlah mempertikaikan apa yang berlaku di MOF sepanjang 8 tahun lalu kerana seperti kata pepatah, meludah ke langit kena muka sendiri juga.-MYKMU.NET," tulis komentar dilaman tersebut.

Media tersebut juga mendakwa Husni sebenarnya terkilan apabila tidak lagi dilantik dalam Kabinet sebagai punca beliau mula menyerang 1MDB.

"Dari keseluruhan ucapan di Parlimen semalam, Husni sebenarnya bertindak dalam keadaan "sour grapes" kerana tidak disambung jawatan di Kementerian Kewangan dan kerana dikritik di media sosial.

"Jadi soalan-soalan mengenai 1MDB sebenarnya lebih kepada balas dendam Husni kepada orang tertentu yang beliau anggap telah menyerang beliau, bukannya kerana mahu mencari kebenaran atau mendedahkan kebenaran.

"Jika benar Husni tidak tahu apa yang berlaku, yang bermakna beliau menjadi Menteri Kewangan II dalam bentuk Zombie, mungkin beliau boleh meluangkan masa mendengar sesi Q & A Dengan Arul Kanda ini," tulis laman itu lagi.

Husni yang diberikan laluan oleh sebelah pembangkang untuk berbahas dalam Dewan Rakyat hari ini membuat beberapa pendedahan dan mempertikaikan beberapa urus niaga membabitkan syarikat kontroversi tersebut.

"Saya bukan lagi dalam kerajaan, saya duduk di luar, jadi saya mahu tahu apakah yang akan berlaku nanti, kerana saya mahu tahu kerana ia akan menentukan masa depan saya dan juga rakyat keseluruhannya," kata Husni lapor TheMalaysianMirror

Apa yang Husni persoalkan silalah lihat videonya di SINI


Comments (0)