Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:06 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


"Mengapa Kita Tubuhkan 1MDB?" Soal Husni Kepada Najib (Video Inside)

Posted: 24 Oct 2016 05:08 AM PDT


Ahli Parlimen BN-Tambun, Datuk Seri Husni Hanadzlah mempersoalkan kewajaran penubuhan syarikat pelaburan kontroversi, 1MDB dengan meletakkan RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited, yang bukan dimiliki IPIC.


Husni yang mengundur diri sebagai Menteri Kewangan II pada June lalu juga mempersoalkan mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana memasukkan duit ke tempat yang tidak betul.

Husni berkata demikian dalam ucapan usul di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Saksikan!






Busuk Ikan Bermula Dari Kepala.. Ku Li Sindir Siapa Ni?

Posted: 24 Oct 2016 01:42 AM PDT


Ahli Umno perlu mendisiplinkan pemimpin yang dilihat sudah menyimpang daripada perjuangan parti itu, kata Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.


Veteran Umno itu turut memetik kata-kata pepatah "busuk ikan bermula dari kepala" dalam merujuk kepada gesaannya itu.

"Ahli perlu mengawal dan kalau perlu, bertegas dengan pemimpinnya. Masa depan Umno bergantung kepada ahlinya.

"Ia selalunya menandakan bermulanya nepotisme dan kronisme. Jika tidak ditangani, ia akan menjadi budaya dalam parti politik.

"Masa sudah tiba bagi ahli bersama-sama bertegas dan memberitahu pemimpin parti bekerja keras dan menggerakkan negara mengikut visi pengasas negara ini," katanya ketika berucap merasmikan pelancaran buku "The End of Umno" di Royal Lake Club hari ini.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang baru, memandangkan ahli Umno yang mendesak pemimpin terdahulu menentang Malayan Union.

Ku Li sebelum ini pernah dikaitkan dengan usaha menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Katanya, walaupun perlu diakui Umno banyak menyumbang kepada negara, parti itu kini dilihat tidak lagi berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya menjaga kepentingan pemimpinnya.

Beliau berkata Umno sudah hilang peranannya selaku entiti yang menyatukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia, dan menjadi punca krisis dihadapi negara hari ini.

"Umno perlu mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku kepada Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) dan Parti Kongres India. Untuk mengelak nasib sama, Umno perlu kekal relevan," katanya.

LDP tewas dalam pilihan raya 2009 selepas berdekad mentadbir Jepun, manakala Parti Kongres yang ditubuhkan pada 1885 semakin hilang pengaruhnya terutama selepas kemenangan Narendra Modi dan partinya pada pilihan raya 2014 lapor FMT


Annuar Musa Dedah Semua Dana Kepada Najib Diagihkan Kepada UMNO Bahagian

Posted: 23 Oct 2016 10:11 PM PDT


Semua pembiayaan politik yang disalurkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah diagih-agihkan kepada bahagian-bahagian Umno, menurut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.


Ia termasuk wang yang dipindahkan terus kepada Najib, kata Annuar, memetik laporan akhbar New Straits Times hari ini.

"Sebagai sebuah parti, kita selama ini bergantung kepada sumber-sumber pembiayaan yang diwujudkan melalui pembentukan perniagaan berkaitan parti yang dikawal oleh orang-orang tertentu.

"Itulah yang terjadi selama ini dan parti menggerakkan jentera pilihan raya menerusi pembiayaan oleh pihak-pihak ini," jelas beliau lagi.

Annuar berkata demikian ketika berucap kepada akar umbi Umno Melaka dalam program jelajah di seluruh negara berhubung perkara itu di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron semalam.

'Mahathir sebabkan Umno melutut'

Beliau menyalahkan hubungan yang kukuh antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sesetengah pihak sehingga menyebabkan Umno melutut.

"Masalahnya ialah apabila seseorang menerajui negara ini selama 22 tahun, pasti ramai ahli perniagaan seperti itu dan penyokong yang rapat dengan beliau yang digunakan untuk memegang dana parti.

"Itulah bagaimana parti dikendalikan dan sistem yang Mahathir wujudkan, dan inilah bagaimana beliau cuba untuk terus mengawal," kata Annuar, sambil menambah bahawa sistem itu telah memaksa Najib untuk mengubahnya dan mencari cara baru untuk menstabilkan Umno lapor Malaysiakini


Comments (0)