Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:17 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Bung Mokhtar Pulak Belasah JAKIM.. ‘Hotdog’ Bukan Anjing Panas Katanya

Posted: 19 Oct 2016 09:30 AM PDT


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bergerak seiring peredaran masa dan memperluaskan pengetahuan mereka dalam pelbagai topik, kata Datuk Bung Moktar Radin.


Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, Jakim perlu belajar makna di sebalik sesetengah jenama produk, sebelum membuat kesimpulan terburu-buru.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, adalah pelik menukar "hotdog" kepada nama lain kerana "hotdog" bukannya anjing panas.

"Pandangan mereka boleh menyebabkan negara kerugian wang kerana pelancong dari seluruh dunia melawat Malaysia.

"Mereka akan meminta 'hotdog', tetapi ia tiada lagi kerana nama sudah lain.

"Nama 'hotdog' dan 'root beer' tidak pernah ada masalah. Ia tidak patut menjadi masalah sekarang," katanya kepada FMT di lobi Parlimen, hari ini.

Nama "hotdog" dicipta pada abad ke-20 oleh warga Jerman di Amerika yang mula menjual pelbagai sosej, ada yang nipis dan panjang, seperti anjing baka Dachshund.

Pada mulanya ia dinamakan sosej dachshund sebelum dipendekkan kepada "hotdog".

Isnin lalu, Eksekutif Jaminan Kualiti dan Halal Auntie Anne, Farhatul Kamilah Mohamed Sazali menerusi Facebooknya berkata, rangkaian francais itu sudah menghantar beberapa nama lain dan sedang menunggu keputusan panel Jakim.

Semalam, FMT melaporkan, makanan kegemaran ramai seperti "Coney Dog" juga terpaksa dijenamakan semula, selain minuman tin "Root Beer" dan "Ginger Beer".

Penolong Pengurus Jaminan Kualiti dan Halal A&W, Shahidah Wahid, mengesahkan penukaran nama itu 2 tahun lalu dan berkata, menu utama rangkaian makanan segera itu seperti "Coney Dog" dan "Root Beer" kini ditukar kepada "Chicken Coney" atau "Beef Coney", serta "Root Beer" yang dikenali sebagai "RB" lapor FMT


RUU 355: RUU Yang Tidak Jelas Ke Mana Hala Tujunya - Bekas Mufti Perlis

Posted: 19 Oct 2016 08:34 AM PDT


PAS perlu terbuka jika ada pihak yang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa presidennya bukan berdasarkan hukum Tuhan, kata bekas mufti Perlis.


Datuk Dr Juanda Jaya berkata dengan tiada perincian umum maka RUU itu sekadar dilihat satu cadangan manusia yang diberikan baju agama.

"Sebab itu saya sebut RUU 355, RUU yang kabur. Kalau orang nak marah, marahlah. Sebab kita pun tahu mereka sendiri tak tahu apa yang nak dijelaskan.

"Sekejap kata nak laksana hudud, sekejap kata tidak pula. Undang-undang ini benda yang jelas. Langgar lampu merah kita tahu berapa dendanya. Ini nak laksanakan undang-undang Tuhan.

"Jangan marah jika ada orang kata RUU 355 tidak sakral (kudus). Ia hanya undang-undang cadangan manusia. Barangkali diberi baju agama," katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Dewan Rakyat yang mula bersidang kelmarin dijangka akan membahaskan RUU persendirian PAS bagi memperkasakan mahkamah syariah.

RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, yang sering didakwa membuka laluan untuk pelaksanaan hudud, dipertikaikan oleh wakil-wakil pembangkang dan Barisan Nasional.

Namun kerajaan dan PAS menafikan ia bertujuan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya ia hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah.

Juanda, 44, berkata umat Islam perlu kembali pada sejarah Rasulullah apabila akidah, ibadah dan akhlak diperkukuhkan sebelum membicarakan hukuman syariah.

"Mengapa wahyu pertama dalam Islam bukan hudud tetapi Iqra? Bacalah, pendidikan yang diutamakan. Berapa lama? Lebih 20 tahun.

"Kemudian aspek kepercayaan, ibadah, pembinaan akhlak dan moral. Hujung baru pergi kepada perkara itu.

"Itu pun berapa sahaja dalam catatan sejarah. Sedangkan manusia yang paling lengkap catatannya ialah Rasulullah," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng berkata PAS tidak seharusnya mempolitikkan agama dalam RUU yang ingin dibentangkan mereka.

Katanya, apa yang dibimbangkan ialah hudud dimainkan sebagai satu alat untuk menggalakkan ekstremisme dalam Islam.

"Saya minta semua pihak, jangan heret agama dalam agenda politik. RUU 355 ialah RUU yang tidak jelas. Ke mana hala tujunya?

"Kita berada dalam suasana yang saya cukup bimbang. Pencemaran terhadap agama itu sedang menjadi-jadi.

"Kita tahu enakmen di Kelantan dan Terengganu ada banyak masalah. Itu pun tidak selesai lagi," katanya ~ MMO


Harga Minyak Masak Naik Bulan Depan Lapor Oriental Daily?

Posted: 19 Oct 2016 05:04 AM PDT


Harga minyak masak akan meningkat bulan depan, lapor akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily yang memetik Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya.


Menurut laporan itu, kenaikan berkenaan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak. 

Kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 500g, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta 500g, 1kg, 2kg dan 3kg produk minyak sawit tulen.

Ia juga menyebut, minyak sawit tulen dalam botol 5kg akan terus disubsidi sehingga tahun depan. 

Menurut laporan itu, sebungkus minyak masak yang seberat satu kilogram dijangka meningkat daripada RM2.50 kepada RM2.90 menjelang bulan depan, manakala botol minyak sawit tulen 5kg akan naik daripada RM13.35 kepada RM15.25 menjelang Januari 2017.

Ini laporannya..

KUALA LUMPUR (Dow Jones) - Edible oil prices will start to increase in the coming months! 
The Malaysian Oil Refiners' Association announced today that the price of 1 kg of plastic package edible oil will increase from RM2.5 billion to RM2.90 cents, up 40 cents from the beginning of next month's new oil stabilization program. 
The price of 5 kg of pure palm oil from bottling, from the existing 13 ringgit 35 cents to 15 ringgit 25 cents, up 1 ringgit 90 cents. 
Under the new Edible Oil Stabilization Plan, subsidies for edible oil will be phased out in two phases. 
The first phase will be from November 1 to December 31, 2016, while the second stage will begin on January 1, 2017, At the beginning only the plastic package of edible oil was subsidized. 
Pure palm oil is not subsidized next year. 
Beginning next month, 500g, 1kg, 2kg, 3kg and 5kg of bottled mixed cooking oil and 500g, 1kg, 2kg and 3kg bottled pure palm oil will be canceled. 
This means that the price is not set in the Government under the top price of the case, the price fluctuations in accordance with the market, business-determined. 
And 5 kg of bottled pure palm oil in November and December this year, there are still subsidies, but in January 2017 began to no longer enjoy the allowance. 
The first phase of the new Edible Oil Stabilization Plan, which began in November, will change the percentage of subsidized use for any company participating in the Government's new food stabilization program. 
In the past, edible oil manufacturers, if they were granted subsidies, could decide on how to use the subsidy. If 100% of the subsidy can be used for the production of 1 kg of edible oil, they will not be able to do so on November 1 this year.  
Under the new scheme, subsidized companies must pay 70% of their allowances for the production of 1 kg of plastic packaged cooking oil and the remaining 30% must be used to produce 5 kg of canned edible oil. 
In the second phase, which began on January 1, 2017, the price of 5 kg of pure palm oil in the government subsidies, the price will fluctuate according to the market. 
Please continue yours reading HERE

Bagaimanapun menurut sumber yang enggan didedahkan identitinya, kenaikkan ini tidak melibatkan penyokong-penyokong UMNO dengan syarat mereka menunjukkan kad ahli UMNO mereka setiap kali berurus niaga.


Isu 'Hotdog": Nazri Bidas JAKIM, Tolong Jangan Bagi Nampak Kita Bodoh Katanya

Posted: 19 Oct 2016 01:33 AM PDT


Minggu ini, Jakim menolak permohonan pensijilan halal Auntie Anne's dan ianya menjadi viral di media sosial dan blog, dengan ramai orang Islam mempersoalkan status halal barangan makanan. 


Sebagai tindak balas, Bahagian Jaminan Kualiti (QA) dan Eksekutif Halal Auntie Anne's, Farhatul Kamilah pada Isnin memuatnaik penjelaskan di laman Facebook bahawa permohonan halal telah ditolak kerana isu-isu nama "hot dog" dan pentadbiran.

Jakim mahu Aunty Anne's untuk menamakan semula produk makanan dan boleh digunakan semula untuk pensijilan halal bagi cawangannya berdasarkan zon bagi memudahkan proses pengauditan. 

Sebelum ini, syarikat itu telah mendaftar pensijilan halal untuk semua 45 cawangan di bawah satu permohonan.

Farhatul telah memberi jaminan kepada pelanggan bahawa Aunty Anne's sedang dalam proses mendapatkan pensijilan.

Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan Auntie Anne's menukar nama makanan mereka daripada 'Pretzel dog' kepada 'Pretzel sausage' untuk memudahkan pensijilan halal.

"Ia lebih sesuai dengan menggunakan nama Pretzel Sausage'," jelas Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Dr Sirajuddin Suhaimee.

"Proses penambahbaikan sedang dijalankan dari semasa ke semasa.

"Nama baik Malaysia sebagai tokoh perintis 'halal global' perlu dipertingkatkan.

"Untuk mengelakkan isu ini di peringkat global, panel telah memutuskan untuk tidak menggunakan nama seperti itu," katanya melalui WhatsApp pada Selasa.

Menteri Pelancongan, Nazri Aziz yang merupakan pemimpin UMNO paling laser setakat ini ketika diminta mengulas laporan yang menyebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengarahkan syarikat Auntie Anne's menukar nama masakan sosej berbalut roti itu.

Pertukaran nama itu dilaporkan harus dibuat bagi mengelak kekeliruan pengguna Islam sebelum sijil halal dikeluarkan kepada syarikat makanan segera itu, yang berasal dari Amerika Syarikat.

Nazri berkata perkataan "hot dog" tidak bermakna makanan itu mengandungi daging anjing dan tidak wajarlah bahagian halal Jakim menjadikan istilah tersebut satu masalah.

"Hot dog memang orang tahu makanan barat. Ia berasal dari bahasa Inggeris. Ia sejenis makanan barat. Tolonglah jangan buat kita nampak macam bodoh dan mundur," katanya ketika ditemui di luar Parlimen hari ini.

"Hot dog itu hot dog-lah, malah dalam bahasa Melayu ia disebut hot dog. Ia sudah berada di sini bertahun-tahun. Saya juga Muslim tetapi saya tidak tersinggung." Nazri juga menyifatkan arahan tersebut daripada mereka yang "jahil" yang "tidak hidup dalam dunia nyata."

Baca ni..

KUALA LUMPUR: An Umno minister today blamed "ignoramuses" in authority for the controversy over the use of the word "hotdog", adding that these people were not living in the real world.  
Tourism and Culture Minister Nazri Aziz added that there was no way that his Muslim faith would be affected by consuming a hotdog.  
"In fact, I think I want to eat a hotdog now," he told reporters at the Parliament lobby, adding that as a Muslim he was not offended by the name.  
The Padang Rengas MP was responding to news reports that popular pretzel chain Auntie Anne's was denied halal certification by the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) for several reasons, including having the name "Pretzel Dog" as one of its food items.  
Nazri went on to state that "hotdog" was always known as a western snack and an English term.  
"Please don't make us look so stupid and backward or even talk about changing the name. Even in Malay we call it a hotdog. We don't call it 'anjing panas'," Nazri said ~ FMT

Habis semua orang di 'Bodoh' kannya hari ni.. termasuk Mahathir sekali.. kah.. kah..


RUU 355: Pesuruhjaya PAS Perak Dibidas Kerana Kenyataan Bodoh Dan Biadap

Posted: 18 Oct 2016 10:34 PM PDT


Usul RUU Akta 355 yang 'ditolak' daripada kedudukan keempat aturan mesyuarat kepada nombor tujuh semalam dilihat turut mengundang polemik dalam kalangan pemimpin di peringkat negeri. 


Pengarah Komunikasi PKR Pahang, dalam satu kenyataan menempelak dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dianggap bodoh dan biadap.

Reaksi berkenaan ekoran Razman dalam catatan di Facebook berpendapat Amanah, PKR dan DAP paling gembira jika RUU 355 yang ingin dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak.

"Saya harap Razman berhenti dari bercakap secara bodoh dan biadap seperti itu.

"Kenyataannya itu menjelaskan lagi bahawa ketakutan kamu kepada bayang-bayang sendiri dan menunjukkan kamu juga tidak yakin bahawa RUU 355 itu berjaya," tegasnya.

Beliau turut mempersoal tanggapan buruk Razman itu yang disifatkan bercanggah dengan akhlak Islam.

"Bagaimana beliau boleh menyatakan PKR gembira sekiranya RUU Akta 355 itu ditolak?

"Apakah beliau tahu apa pendirian PKR dalam hal ini sedangkan sehingga kini RUU Akta 355 itu tidak dibaca malah dibahas pun lagi?

"Mengapa tersarangnya perangai buruk, syak wasangka dan busuk hati Razman? Inikah akhlak Islam yang kamu ingin tunjukkan?" bidasnya.

Selain itu, sikap pemimpin Pas nombor satu Perak tersebut yang tidak 'menyerang' Umno di sebalik giliran usul pindaan RUU yang ditolak ke bawah itu juga turut dibangkitkan.

"Apakah jika perjuangan kamu gagal atas kemungkinan disebabkan kelemahan pihak kamu maka ditudingkan kesalahan ke atas orang lain?

"Mengapa kamu tidak mengherdik Umno yang seolah-olah mempermainkan kamu apabila Speaker mengatur susunan dari nombor empat kemudiannya ke bawah menjadikan nombor tujuh?" tegasnya.

Hal ini kerana, jelasnya, Speaker Dewan Rakyat bukan dari mana-mana parti komponen Pakatan Harapan yang menyebabkan kelewatan pembentangan RUU itu.

"Mengapa Amanah, PKR dan DAP yang kamu sasarkan? Speaker Dewan bukan dari Amanah, Keadilan mahupun DAP," bidasnya lagi lapor MalaysiaDateline


Jamal Ditangkap Di KLIA Sebaik Mendarat Dari Dubai..

Posted: 18 Oct 2016 08:02 PM PDT


Polis menangkap pemimpin gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos sebaik sahaja beliau kembali ke negara ini.


Setiausahanya, Durrany Izam, mengesahkan Jamal ditangkap pada kira-kira jam 8:30 pagi sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Duranny, Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Satu sidang akhbar dijadual diadakan di luar balai polis pada jam 10 pagi dan Jamal akan bercakap kepada media jika dia keluar pada masa itu.

"Jika tidak, saya akan mengadakan sidang akhbar itu," kata Durrany.

Polis sebelum ini menunggu kepulangan Jamal dari Dubai untuk merakamkan kenyataannya mengenai pertembungan antara baju merah dan konvoi BERSIH 5 di Sabak Bernam dua minggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengumumkan polis akan menyiasat ketua Umno Sungai Besar itu berhubung posting dakwaan amaran tentang 'rusuhan 13 Mei' jika perhimpunan BERSIH 5 diteruskan.

Jamal, bagaimanapun, menafikan bahawa beliau di belakang posting itu, dengan mendakwa ia dibuat menggunakan akaun palsu lapor Malaysiakini


13 Artis Tubuh 'KUAT' Untuk Balas Jasa Umno

Posted: 18 Oct 2016 05:00 PM PDT


Seramai 13 artis terpanggil untuk menubuhkan Kelab Umno Artis Tanahair (Kuat) dalam usaha membalas budi serta menunjukkan sokongan mereka kepada Umno.


Presidennya, Datuk A Rahman Hassan, berkata, penubuhan kelab itu juga bertujuan menarik lebih ramai ahli di kalangan artis tempatan agar bersama-sama membantu memberi kesedaran tentang kepentingan parti yang banyak berjasa kepada negara itu.

"Tujuan kelab ini ditubuhkan bukan untuk mencari salah mana-mana pihak sebaliknya lebih tertumpu untuk membalas budi Umno yang banyak berjasa kepada negara daripada kami lahir sehingga sekarang," ujarnya.

Beliau ditemui dalam satu sidang media sempena penubuhan kelab itu di Bangunan Umno Lama, di sini pada Isnin.

Kelab tersebut secara rasmi telah didaftarkan bawah Perdaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 5 Oktober lalu.

Selain A Rahman, penggiat seni yang menerajui kelab itu ialah Datuk Yusof Haslam selaku Timbalan Presiden manakala, Azlee Jaafar selaku Setiausaha Agung manakala Datuk Ziela Jalil pula bendahari.

Ahli Jawatankuasanya pula terdiri daripada, Datuk Nash, Khir Rahman, Datuk Azman Salleh, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Suhaimi Mohd Zain, Rahim Jailani, Dira Abu Zahar dan Liza Abdullah.

Dalam pada itu, A. Rahman berkata, beberapa program bakal dijalankan dengan kerjasama kelab Umno yang lain bagi memberi kesedaran kepada pihak luar khususnya artis mengenai jasa parti ini.

"Kita akan menjalankan beberapa aktiviti kebajikan dan program jelajah dengan beberapa pihak bagi memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya para artis.

"Diharap aktiviti yang akan dianjurkan itu sedikit sebanyak membantu parti dalam usaha mengembalikan kepercayaan kepada parti Umno," ujarnya ~ mStar


Comments (0)