Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:53 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Rebanlah Semua Itu, Buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Semuanya.. Kata Mahathir

Posted: 17 Oct 2016 09:00 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salled Said Keruak kerana mencadangkan jika kerajaan mahu memusnahkan legasi bekas perdana menteri, mereka akan meruntuhkan bangunan ikonik KLCC.


"Apalah salah saya? Saya angkat dia jadi Ketua Menteri Sabah dulu masa saya perdana menteri. Tetapi sekarang dia marah kepada saya. Dia nasihatkan kerajaan supaya jangan ada legasi Dr Mahathir. Kita hapuskan, cara nak hapus, kita rebankan KLCC.

"Pasal apa KLCC sahaja? Jabatan Perdana Menteri pun dulu saya buat, rumah perdana menteri pun saya buat juga. Rebanlah semua itu, buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA semuanya.

"Takut orang ingat saya, saya tak suruh orang ingat saya," kata Dr Mahathir semasa ceramah mega Amanah di Shah Alam malam semalam.

Video ucapan beliau dimuat naik di laman Facebook AMANAH GHB Media TV.

Mahathir berkata mereka yang berkuasa takut bahawa rakyat akan mengenang segala sumbangannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

"Tetapi saya tak pernah minta orang ramai untuk ingat saya

"Adakah mana-mana tempat yang ada nama saya? Tak ada, satu pun tak ada.

"Saya tegah. Sebaliknya dulu, kalau jadi menteri pelajaran, sekolah-sekolah dulu semua nama menteri pelajaran," katanya.

Dr Mahathir berkata semasa tempoh beliau memegang jawatan, beliau melarang sekolah, jalan dan bangunan dinamakan atas nama menteri dan pegawai yang masih hidup.

"Nama menteri tak boleh dipasang di mana-mana sekolah. Dah jadi perdana menteri, nama jalan pun tak boleh.

"Kalau nak nama awak dikenakan (diletakkan) pada apa-apa bangunan, mati dulu," katanya sambil disambut dengan gelakan hadirin lapor Malaysiakini


Hudud Tidak Selesai Semua Masalah, Kata Bekas Mufti Perlis

Posted: 17 Oct 2016 07:00 AM PDT


Pelaksanaan hukum hudud tidak sepenuhnya menjamin sifar jenayah, malah kesalahan itu juga berlaku pada zaman Nabi Muhammad, kata bekas mufti Perlis.


Datuk Dr Juanda Jaya berkata hudud tidak memberi jaminan jenayah dan masalah sosial mampu diselesaikan sepenuhnya kerana ia juga bergantung kepada beberapa faktor lain.

"Kalau orang kata kerana melaksanakan hudud, selesailah masalah sosial, orang ini orang jahil. Hudud hanyalah mekanisme untuk menyelesaikan [beberapa] masalah rakyat.

"Kalau orang memahami pelaksanaan hukum Islam akan menghasilkan masyarakat malaikat? Orang itu jahil tentang Islam.

"Maksiat dan jenayah tetap wujud pada masyarakat Islam di Madinah. Nabi wujud ketika itu dan wahyu turun, zina dan kecurian itu berlaku juga.

"Maksudnya, yang dihukum pada waktu itu ialah sahabat nabi sendiri [demikianlah evolusi perundangan berlaku]," katanya kepada ProjekMMO minggu lepas.

Dewan Rakyat yang mula bersidang hari ini dijangka akan membahaskan rang undang-undang (RUU) persendirian PAS bagi memperkasakan mahkamah syariah.

RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, yang sering didakwa membuka laluan untuk pelaksanaan hudud, dipertikaikan oleh wakil-wakil pembangkang dan Barisan Nasional.

Namun kerajaan dan PAS menafikan ia bertujuan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya ia hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah.

Dalam wawancara itu, Juanda juga berkata hudud tidak sewajarnya dijadikan satu-satunya sandaran untuk menangani jenayah kerana semua pihak perlu menggembleng tenaga.

"Sebab itu kita bimbang ada usaha menjadikan negara kita, negara mullah.

"Pasal apa berlaku masalah sosial? Barangkali kejahilan, kurang pendidikan, lemah dari sudut penguatkuasaan dan nasihat dalam masyarakat.

"Siapa yang perlu bertindak? Tentulah struktur dalam masyarakat. Bukan hanya perdana menteri dan menteri tetapi ketua masyarakat.

"Mana fungsi penghulu dan tuan imam? Ini dalam masjid masih berebut hendak jadi ahli jawatankuasa dan sebagainya," katanya, kini seorang wakil rakyat Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jemoreng berkata walaupun Arab Saudi dikatakan melaksanakan hudud, namun ia tidak mudah untuk dilaksanakan.

Katanya, keindahan Islam terlihat apabila budaya memaafkan dan saling bantu-membantu agar pesalah tidak dihukum.

"Saya sudah ke Arab Saudi lebih 30 kali. Amat jarang kita tengok, malah tidak pernah tengok pun, sebenarnya.

"Pelaksanaan hukuman memang dibuat secara terbuka tetapi amat jarang kita dengar ia dilaksanakan. Contoh seperti qisas [hukuman bunuh balas], kerajaan akan memberi tempoh keluarga itu memaafkan dan gugurkan hukuman.

"Bila digugurkan hukuman, mereka akan menerima diat (ganti rugi nyawa). Kalau keluarga tidak mampu, masyarakat tolong keluarga tersebut menebus diat itu tadi.

"Kalau masyarakat tidak mampu tolong, raja akan turun membayar diat kepada keluarga tadi. Kalau mencuri kerana kelaparan, hudud terpaksa dielakkan.

"Kalau orang faham pelaksanaan ini sehingga tahap begitu, baru orang nampak keindahan agama itu sendiri," katanya ~ MMO



Setelah Mahathir Menentang Najib, Baru Annuar Musa Sedar Subsidi Berbillion Untuk Rakyat, Bukannya Proton?

Posted: 17 Oct 2016 03:28 AM PDT


Kerajaan hari ini mesti berani mengubah suai legasi kerajaan terdahulu yang tidak lagi relevan dengan keadaan semasa yang merugikan rakyat, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.


Sambil merujuk kepada Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), beliau berkata industri automotif dalam alaf baharu sangat kompetitif dan mendorong banyak syarikat dalam bidang berkenaan untuk bergabung.

"Kita bangga Malaysia memasuki industri automotif tetapi keadaan sekarang sangat berbeza. Kita tidak lagi kompetitif malah kerajaan terpaksa memberi subsidi berbilion ringgit untuk memastikan Proton tidak gulung tikar.

"Wang subsidi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan yang memanfaatkan rakyat," kata Annuar kepada pemberita selepas memberi ceramah pada Program Penerangan Pemimpin Bersama Akar Umbi peringkat negeri di sini, hari ini.

Turut hadir pada program jelajah siri ketiga itu ialah pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri.



Annuar berkata beliau sendiri membuat gesaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya legasi negatif tidak kira oleh sesiapapun yang tidak lagi sesuai atau memberi kesan positif kepada rakyat hendaklah diubah suai.

"Kita tidak mampu berterusan menanggung Proton kerana wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan satu model perniagaan yang sepatutnya memilih penggabungan," katanya.

Annuar berkata kos penswastaan yang menjadi bebanan juga harus dikaji semula supaya rakyat tidak dibebankan dengan cukai kelak.

Laporan penuh silalah baca di SINI

ADUN Sekinchan Dedah Baju Merah Bukan Buat Kerja Amal, Tapi Kerja Untuk Jamal

Posted: 16 Oct 2016 09:30 PM PDT


Kalau betullah dakwaan ADUN Sekinchan ni.. memang betul-betul kurang cerdiklah budak-budak baju merah yang ikut si Jamal tu..


Habis demo.. si Jamal terbang keluar negara tapi budak-budak yang ikut dia mengganas terhadap kumpulan BERSIH tu tunggu Polis datang tangkap..

Lepas tu kena kencing pulak dengan si Jamal.. kononnya Jamal dan budak-budak baju merah tu nak buat kerja amal tapi sebenarnya dah diperkuda untuk selamatkan harta si Jamal.. kah.. kah.. kah..

Malaysiakini melaporkan..

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mempersoalkan sebab sebenar di sebalik gerakan Baju Merah memilih khidmat masyarakat hari ini. 
Pada majlis minum petang anjuran konvoi BERSIH dari Sekinchan ke Kuala Selangor, Ng "mengucapkan tahniah" kerana kumpulan Baju Merah hari ini sibuk melakukan kerja amal. 
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa 'Hotel Sekinchan Ikan bakar' akan ditenggelami air sekiranya berlaku fenomena air pasang. 
Hotel yang dimaksudkan Ng ialah Resort Ikan Bakar yang dimiliki ketua gerakan itu, Datuk Seri Jamal Md Yunos. 
"Salah satu sebab kenapa Jamal buat kerja amal kerana saya dimaklumkan Hotel Sekinchan Ikan Bakar kalau air naik terlalu tinggi ia mungkin akan tenggelam 
"Jadi dia kena buat benteng lebih tinggi kalau tak...," katanya yang disambut gelak ketawa. 
"Kononnya kerja amal tapi kepentingan peribadi lebih," kata Ng.. laporan penuh sila baca di SINI

Ni videonya..



Kah.. kah.. kah.. kesian kat budak-budak tu.. dengan mudah diperbodohkan si Jamal..



Tan Sri Muhyiddin!! Boleh Jalan La Pengkhianat!! - Pemakan Dedak

Posted: 16 Oct 2016 08:02 PM PDT


Melalui jalan persekutuan 1208 yang tidak dilengkapi lampu di sisinya, kereta Toyota Alphard dinaiki Tan Sri Muhyiddin Yassin dipandu sehingga ke pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Buaya, Hulu Selangor.


Di situ bekas timbalan perdana menteri tersebut akan menyampaikan ceramah pertamanya di Selangor atas kapasiti presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diluluskan pendaftarannya secara rasmi September lalu.

Ketika kereta yang boleh memuatkan sehingga tujuh orang itu membelok ke dewan untuk disambut dengan bendera memaparkan imej bunga raya, ada empat pemidang digantung di jalan berhampiran.

Tanpa sebarang logo pemidang itu menyampaikan mesej dengan jelas: "Tan Sri Muhyiddin!!! Jangan hasut orang kampung kami, balik la", "Saya Umno totok, TS Muhyiddin boleh jalan la pengkhianat!!!",

"Kampung kami bukan tempat sebarkan fitnah, Kami benci pengkhianat" dan "Kami bekas peneroka Sungai Buaya benci kepada petualang bangsa".


Namun Muhyiddin kelihatan tenang dan berterima kasih kerana dibenarkan memasuki kubu kuat Umno di situ.

"Sahabat saya, Rashid, dia kata di sini kubu Umno. (Tapi) itu dululah. Sekarang tidak lagi," kata beliau ketika menyampaikan ucapannya.

Menurut Muhyiddin sebelum tiba di situ beliau dimaklumkan ceramahnya akan diadakan dalam dewan Felda dan ia disambut dengan perasaan curiga.

"Saya bertanya (semula): Betulkah?

"Ya, (dia kata) memang betul (malah) seorang bekas ketua cawangan Umno di sini sudah menjadi ahli BERSATU," katanya lagi di depan kira-kira 300 orang yang hadir untuk mendengar ceramahnya pada malam kelmarin.

Terletak di antara Bukit Beruntung dan Rawang, Sungai Buaya adalah kawasan peneroka Felda.

Pada 1990-an menteri besar Selangor ketika itu Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kemudian mencadangkan kawasan itu ditukarkan statusnya daripada tanah pertanian menjadi kawasan perancangan bandar.

Bagaimanapun pelan itu terhenti pada 1997 ekoran krisis kewangan Asia. Sejak itu ekonomi penduduk Sungai Buaya bergantung kepada hasil kelapa sawit dan pertanian lain.

Mereka hanya mendapat akses secara langsung kepada Lebuhaya Utara Selatan kira-kira dua tahun lalu.

Sesuai dengan kedudukannya sebagai kubu kuat Umno, pusat mengundi di Sungai Buaya benar-benar memihat kepada BN. Itulah juga yang membantu Datuk P Kamalanathan dan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menang pada pilihan raya umum 2013 lalu, masing-masing untuk kerusi parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali.

Di situ Kamalanathan mendapat 1,075 undi berbanding calon PKR yang meneria hanya 441 undi, manakala Mat Nadzari memperoleh 1,150 undi mengatasi lawannya - juga dari PKR - yang mendapat 354 undi.

Ketika BERSATU sedang mengintai kerusi dimenangi Umno tidak sukar untuk meneka mengapa Muhyiddin menjejakkan kakinya ke perkampungan Melayu itu dan menghabiskan masa kira-kira 80 minit untuk berucap.

Berbaju merah, kali ini Muhyiddin tidak lagi membawa logo Umno, tetapi BERSATU.

Mengimbau bagaimana BERSATU ditubuhkan, anggota parlimen Pagoh itu menceritakan bagaimana suatu hari beliau pulang dan mendapati ada banyak cenderamata dan baju Umno di rumahnya.

Itu, katanya, adalah nostalgia mengenai Umno yang tidak lagi diperlukan.

Apa yang perlu kini kata Muhyiddin adalah nostalgia BERSATU.

"Saya bagi baju-baju itu kepada pengundi-pengundi. Bagi saya itu hanya sebahagian nostalgia Umno, sekarang nostalgia BERSATU," katanya.

Muhyiddin juga berpendapat ada "pahala" yang diperolehinya selepas dipecat daripada Umno.

"Ada pahala saya kena pecat. Saya tak perlu bersama dengan kumpulan maksiat," katanya.

Muhyiddin disingkirkan daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri ekoran perselisihan pendapatnya dengan Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Beliau kemudian dipecat daripada Umno pada Jun lalu bersama bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin serta Mukriz kemudian menubuhkan BERSATU.

Mengenai BERSATU anggota parlimen Pagoh selama tujuh penggal itu menceritakan bagaimana beliau berdepan dengan pengundi di kawasannya.

Selepas solat Jumaat, katanya, beliau meminta orang ramai mengalih sokongan daripada Umno kepada BERSATU.

Beberapa orang daripada mereka kemudian membangkitkan semula pesanan Muhyiddin suatu ketika dulu supaya tidak sekali-kali meninggalkan Umno demi kelangsungan Melayu.

"Saya kata, itu (keadaan) dulu, sekarang tak lagi begitu.

"Kami ambil iktibar daripada sejarah Rasullulah SAW untuk berhijrah.

"Hijrah bermaksudnya berpindah daripada yang tidak baik ke tempat yang lebih baik. Masuk BERSATU tak salah, bukan satu dosa, tapi satu pahala," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Muhyiddin kemudian bercerita mengenai Najib dan skandal 1MDB. Namun apabila beliau bertanya berapa ramai daripada hadirin itu membaca saman sivil Jabatan Kehakiman AS itu, hanya seorang mengangkat tangan.

Muhyddin kemudian menghabiskan masa kira-kira 30 minit seterusnya untuk menjelaskan skandal yang menyebabkan beliau serta beberapa pemimpin Umno menjauhkan diri daripada Najib.

Perhatian orang ramai kemudian menjadi lebih tertumpu apabila beliau berucap mengenai inflasi dan keadaan syarikat Felda Global Venture Berhad yang didakwanya tidak menguntungkan peneroka.

Di akhir majlis itu Muhyiddin menerima kira-kira 200 borang permohonan keahlian BERSATU daripada penduduk setempat.

Ceramah itu berakhir kira-kira jam 11.30 malam lapor Malaysiakini



Comments (0)