Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:42 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Ops Water: Penasihat Kementerian Kewangan Sabah Ditahan

Posted: 14 Oct 2016 05:30 AM PDT


Penasihat Kementerian Kewangan Sabah menjadi suspek kelima yang ditahan berhubung kes penyalahgunaan dana projek infrastruktur mencecah RM3.3 bilion.


Sumber memberitahu, Ops Water menahan suspek berusia 62 tahun yang juga bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah (JANS) pada Khamis.

"Suspek yang bersara tahun lalu telah dilantik sebagai penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah sehingga kini dan ditahan di pejabatnya semalam (Khamis).

"Siasatan awal mendapati suspek juga telah menerima sejumlah wang daripada kontraktor-kontraktor ketika memegang jawatan timbalan pengarah JANS," katanya pada Jumaat.

Sumber itu menambah, susulan itu SPRM telah merampas dua kereta mewah milik suspek iaitu Mercedes Benz dan Land Cruiser.

"Bagaimanapun, tiada sebarang rampasan wang tunai dibuat setakat ini," katanya.

Menurut sumber itu lagi, suspek telah memegang jawatan timbalan pengarah JANS hampir 11 tahun sebelum bersara awal tahun lalu.

Kata sumber itu lagi, suspek telah direman selama enam hari bermula Jumaat selepas mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Sabah.

"SPRM sudah merakap percakapan kira-kira 78 saksi dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan maklumat berkenaan.

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung siasatan kes ini diminta tampil membantu dan memberi kerjasama kepada SPRM," katanya.

Sebelum ini, empat suspek telah ditahan reman selepas sejumlah wang tunai bernilai RM3.3 juta ditemui di salah sebuah pejabat pegawai tersebut manakala lebih banyak wang tunai, barang kemas, geran tanah, kenderaan mewah dan beg tangan bernilai lebih RM150 juta dirampas dari pengarah dan timbalan pengarah JANS.

Kedua-dua pegawai kanan awam itu disyaki memberikan kontrak kepada beberapa syarikat yang dimiliki adik-beradik mereka, menyebabkan kontraktor lain tidak mendapat projek air di Sabah bernilai RM3.3 bilion dari kerajaan Persekutuan.

Dua lagi suspek adalah abang kepada timbalan pengarah jabatan itu dan akauntan lapor mStar

Akhirnya Nasrudin Bayar RM10,000 Kepada Guan Eng

Posted: 14 Oct 2016 02:56 AM PDT


Akhirnya ahli parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan membayar RM10,000 kepada ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah.


Menurut pegawai khas undang-undang kepada Lim Guan Eng, Raja Syarafina Raja Shuib, Nasrudin telah memaklumkan bahawa beliau telah mendepositkan wang sebanyak RM10,000 ke dalam akaun peguamnya.

"Peguam YB Nasrudin akan mengeluarkan cek untuk jumlah RM10,000 pada 14.10.2016 sebagai penyelesaian kos seperti yang diperintahkan Mahkamah yang Mulia menerusi Penghakiman Persetujuan bertarikh 18.1.2016.

"Perintah penghakiman persetujuan tersebut telah mengarahkan YB Nasrudin menarik balik artikel fitnah terhadap YAB KM Lim Guan Eng dan menzahirkan kekesalan beliau atas artikel tersebut serta membayar kos sebanyak RM10,000," kata Raja Syarafina dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, setakat 12.10.2016, Nasrudin telah menzahirkan kekesalan beliau dan menarik balik artikel fitnah tersebut tetapi belum membayar kos sebanyak RM10,000.

Namun, katanya, peguam beliau telah menyatakan bahawa kelewatan seminggu oleh Nasrudin harus dimaafkan.

"Walaupun terdapatnya kelewatan penerimaan jumlah kos tersebut, YAB KM sanggup memaafkan beliau memandangkan YB Nasrudin bersedia membuat bayaran dan mematuhi Perintah Penghakiman tersebut sepenuhnya. Kami berharap ia akan terjumlah sebagai pengakhiran episod ini," katanya.

Nasrudin yang telah disaman oleh Lim Guan Eng telah bersetuju untuk menyelesaikan kes itu dengan menyatakan kekesalan dan membuat aku janji membayar RM10,000 kos kepada setiausaha agung DAP itu.

Namun sehingga tarikhnya tamat baru-baru ini, Nasrudin tidak menunaikan janji membuat bayaran itu.

Ekoran itu, Raja Syarafina telah membuat satu kenyataan mengenai kegagalan ketua penerangan Pas itu yang menimbulkan suasana berbalas kenyataan antara mereka.

"Berdasarkan sedemikian, cukup untuk saya menegaskan di sini bahawa saya tidak akan dan tidak berminat melayan keluhan beremosi yang berputar keliling isu-isu utama menerusi retorik kosong dan serangan bersifat peribadi yang tidak wajar," kata pembantu Lim Guan Eng itu dalam kenyataannya hari ini lapor Malaysiadateline

Tiada Dendam Terhadap Mahathir - Wan Azizah

Posted: 14 Oct 2016 12:09 AM PDT


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak lagi memendam perasaan berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat suaminya. Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.


"Memang hati saya terguris (dengan apa yang telah berlaku kepada Anwar) namun kita tidak boleh pendam kerana saya juga manusia biasa," katanya, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini. 

Katanya, beliau sedar bahawa manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan. Anak-anaknya juga tidak menyimpan sebarang dendam ekoran insiden itu, kata Wan Azizah, walaupun Anwar dipenjara ketika usia mereka masih muda.

"Kalau orang buat jahat pada kita dan kita tidak pendam, insya-Allah itu akan membawa kebaikan pada satu masa nanti.

"Ia tidak seindah dan semudah yang saya katakan.... namun saya mesti telan dan mengatasi perasaan ini dengan niat yang betul," Wan Azizah dilaporkan berkata.

Anwar ditangkap pada 20 September 1998 dan dihukum penjara sembilan tahun pada tahun 1999 bagi pertuduhan liwat pertama terhadapnya.

Beliau dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan itu.

Pada 2008, beliau sekali lagi ditangkap atas pertuduhan liwat yang baru yang dibawa terhadapnya oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada Februari tahun lepas, Anwar telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun ~ MalaysiaKini

Comments (0)