Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:12 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Anwar Dan Mahathir Ancam Perpaduan Negara Tuduh Najib

Posted: 13 Oct 2016 08:30 AM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak akhir-akhir ini perpaduan negara sering diancam oleh dua individu.


Menurut perdana menteri ancaman ini dapat dilihat terjadi dalam dua fasa, iaitu fasa pertama pada 2008, menyaksikan ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman.

"Beliau mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dan menggunakan ia sebagai isu politik untuk meraih undi.

"Sebelum ini tidak timbul pertikaian pada Perlembagaan negara dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni. Kesannya, selepas pilihan raya umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum," kata Najib menerusi catatan terbaharu dalam blog rasminya www.najibrazak.com.

Najib menyatakan bahawa fasa kedua pula bermula pada tahun ini apabila seorang pemimpin lama mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk sebuah lagi parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah kepada lima.

Perdana menteri berkata perpaduan bangsa yang longgar ditambah dengan desakan pembangkang melalui perhimpunannya yang berselindung di sebalik imej "bipartisan" dan "multiracial" memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah.

Malah menurutnya parti yang mentadbir Pulau Pinang, yang sudah didakwa mengamalkan rasuah, tidak diendahkan oleh pemimpin lama itu.

Lebih menyedihkan lagi kata Najib, pemimpin lama itu sanggup dipergunakan oleh perhimpunan untuk memecah belahkan rakyat negara ini dan menuduh kerajaan perkara yang sama beliau dituduh dahulu.

"Kedua-dua pemimpin perpecahan fasa satu dan dua kini dilihat sudah bersalaman. Kita sudah boleh anggap apa yang mereka akan lakukan kepada negara seterusnya untuk fasa ketiga.

"Kerana itulah, agenda 1Malaysia wajib diteruskan," tegas Najib lapor SInar

Selepas Mukhriz.. Mokhzani Pulak Kena Cantas..

Posted: 13 Oct 2016 02:25 AM PDT


Anak bekas perdana menteri Datuk Mokhzani Mahathir melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC), lapor media hari ini.


Menurut New Straits Times tindakan itu dibuat selepas beliau diminta meletak jawatan yang disandangnya sejak 13 tahun lalu.

Peletakan jawatan Mokhzani dilaporkan berkuat kuasa 10 Oktober lalu dan penggantinya belum dinamakan setakat ini.

Di bawah kepimpinan Mokhzani sejak 2003, SIC dilaporkan mencapai kejayaan membanggakan sejak ia dibina di Sepang pada 1998.

Tanpa sebarang penjelasan lanjut peletakan jawatan Mokhzani, 53, dilihat ada kaitan dengan kedudukan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi antara penentang kuat kerajaan. 

Pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun Dr Mahathir meninggalkan Umno sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan bersama dengan beberapa pemimpin lain menggerakkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi penaja BERSATU manakala bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak sebagai presiden penaja.

Isu skandal syarikat pelaburan milik kerajaan 1MDB menjadi antara punca mereka bertindak menjadi penentang kepada Najib.

Semalam Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir mendakwa Najib kini terdesak untuk melemahkan semangat beliau melalui pelbagai tindakan termasuk melibatkan orang di sekelilignya.

Selain kemudahan polis pengiring bermotosikal yang ditamatkan tukang masak Dr Mahathir juga didakwa cuba ditukarkan serta dihalang bercakap dengan pegawai syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton).

Turut didakwa Dr Mahathir, peniaga yang mengenalinya juga disekat daripada mengadakan urusan perniagaan dengan Proton.

Kenyataan itu dimuat Dr Mahathir dalam blognya.

Sepanjang tempoh SIC di bawah Mokhzani litar itu dinamakan sebagai penganjur terbaik acara lumba kereta Formula 1 sebanyak dua kali lapor Malaysiakini

Samseng Baju Merah Ini Ahli UMNO, Akui Jamal

Posted: 13 Oct 2016 12:24 AM PDT


Nasib baiklah si Jamal ni mengaku yang ramai penyokong Baju Merah, yang mengganggu konvoi Bersih 2.0 baru-baru ini, dari kalangan anggota UMNO.. kalau tak sampai mati pun aku tak tahu dari mana datangnya mereka.

Ahli UMNO rupanya mereka itu.. alaa.. UMNO yang mengaku pong pang.. pong pang.. kononnya memperjuangkan Bangsa Melayu dan Agama Islam itu

Memperjuangkan bangsa Melayu tapi.. yang diperlihatkan langsung tak sama dengan apa yang ditulis oleh Sheikh Ahmad al-Fathani dalam bahasa Arab dan pernah diterjemah dan dimuat dalam buku Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1 yang memperincikan tentang bangsa Melayu..

Antara petikannya..

"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.

Hmmm...

Nak kata perjuangkan Islam pulak..Islam tidak pernah membawa prinsip keganasan; Islam tidak juga menggalakkan keganasan.

Laporan berkaitan..

Ramai penyokong Baju Merah, yang mengganggu konvoi Bersih 2.0 baru-baru ini, dari kalangan anggota Umno, kata ketua kumpulan itu Datuk Jamal Md Yunos.

Namun ketua bahagian Umno Sungai Besar menegaskan beliau tidak mewakili Umno dan bertindak semata-mata sebagai ketua gerakan Baju Merah, yang menggabungkan pelbagai kumpulan.

"Saya tidak menafikan ramai penyokong saya anggota-anggota Umno dan saya sendiri ketua bahagian," kata Jamal kepada The Star hari ini.

"Tetapi, mereka juga anggota-anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan ini diasaskan oleh mereka. Mereka termasuklah peniaga, persatuan penduduk, kelab motor dan kumpulan lain."

Gerakan Baju Merah pertama kali muncul untuk membantah demonstrasi besar-besaran Bersih 4 di Kuala Lumpur tahaun lalu.

Tunjuk perasaan Baju Merah, bagi melawan kumpulan baju kuning Bersih, didakwa berbau perkauman dan mencetuskan kontroversi.

Gerakan yang dipimpin Jamal membantah Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

NGO pendesak pilihan raya bebas itu kini sedang menjelajah seluruh negara bagi mempromosikan acara tersebut.

Laporan dari MMO

Comments (0)