Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:03 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Mahkamah Tangguh Permohonan Akhir Anwar Untuk Ketepi Hukuman

Posted: 12 Oct 2016 03:52 AM PDT


Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan permohonan akhir bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguamnya, R. Sivarasa berkata mahkamah bagaimanapun tidak menetapkan tarikh bagi mengumumkan keputusan permohonan tersebut.

"Kita tidak tahu lagi bila keputusan permohonan tersebut. Ia sukar dijangka berdasarkan perbicaraan-perbicaraan sebelum ini, ia mungkin mengambil masa berbulan-bulan," katanya ketika ditemui pemberita di luar Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, di sini.

Ketika ditanya adakah ini permohonan akhir bagi Anwar untuk menggunakan saluran perundangan bagi mengetepikan hukumannya, R. Sivarasa berkata:

"Mungkin ini yang terakhir dari segi perundangan namun ia bergantung kepada keputusan kehakiman mahkamah hari ini," tambahnya.

Permohonan akhir

Anwar hari ini menghadiri Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi permohonan akhirnya menggunakan saluran perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31.

Beliau juga mahu Mahkamah Persekutuan mengguna pakai Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah perbicaraan memohon Mahkamah Persekutuan membuat semakan terhadap keputusannya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, 2014.

Kekalkan sabitan

Dalam penghakiman setebal 116 muka surat, Hakim Arifin berkata Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan selepas mengambil kira betapa seriusnya kesalahan liwat dan hakikat bahawa Anwar telah mengambil kesempatan berdasarkan kedudukannya sebagai majikan kepada mangsa.

Hakim Arifin mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan atas alasan bahawa mahkamah tidak 100 peratus yakin mengenai integriti sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA.

Mahkamah memutuskan bahawa sampel-sampel itu mungkin telah dikompromi sebelum sampai ke jabatan kimia untuk dianalisis.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful dan memutuskan bahawa hakim bicara telah terkhilaf dalam keputusannya mengenai sampel itu berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil oleh pihak pembela.

Anwar dikatakan melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008 lapor AstroAwani

Benar Rupanya PLUS Kenakan Penalti Jika Lepak Lama di RnR..

Posted: 12 Oct 2016 12:25 AM PDT


Sebelum ini.. EdisiRakyat telah melaporkan.. SEORANG pengguna Lebuhraya PLUS yang menggunakan perkhidmatan itu di sekitar Gurun menuju ke Pendang mendakwa dikenakan denda ketika keluar dari tol dengan alasan beliau berada lebih 1 jam setengah di kawasan Rehat dan Rawat (RNR).


Damar Wulan melalui akaun facebook miliknya mendakwa terpaksa membayar RM3.00 kadar bayaran tol, beserta tambahan RM9.40 sebagai denda kerana tinggal melebihi 1 jam setengah di RNR Gurun, Kedah.

Beliau turut mengirimkan resit denda bayaran tunai yang dikenakan terhadapnya dalam tulisannya di facebook.

Menurutnya lagi, pihak PLUS memberikan alasan jika seorang pengguna tinggal lama di kawasan RNR, mereka mengesyaki penipuan dilakukan oleh pengguna lebuhraya.

Damar mendakwa telah menghubungi talian Hotline PLUS 1800880000 namun tiada jawapan pasti diberikan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa tidak diletakkan papan tanda amaran tidak dibenarkan berehat melebihi 1.5 jam di kawasan RNR sebagai amaran awal kepada pengguna lebuhraya... laporan penuh silalah baca di SINI

Rentetan dari itu pihak PLUS telah tampil memberikan penjelasan menurut laporan dari Berita Harian.


KUALA LUMPUR: Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) hanya dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang gagal memberi alasan munasabah apabila didapati melebihi tempoh perjalanan ditetapkan.

PLUS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya mempunyai rekod semua kejadian kesesakan, kerja penyelenggaraan lebuhraya, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuhraya.

Katanya, rekod berkenaan dirujuk dan disemak petugas tol PLUS sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan.

"Sebagai contoh, perjalanan mengikut satu kadar kelajuan yang dikenalpasti antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya akan menelan masa selama 30 minit.

"Jumlah itu akan ditambah sebanyak dua jam 18 minit dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berkenaan berhenti di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun.

"Sekiranya pengguna berkenaan keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan.

"Malah, PLUS akan membayar balik jumlah penalti berkenaan seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti," katanya.

PLUS mengulas kenyataan yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook, Damar Wulan yang menjadi viral selepas mendakwa dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM6.40 ketika menggunakan lebuhraya PLUS antara Gurun dan Pendang.

Difahamkan, Damar berehat di R&R Gurun selama sejam 30 minit.

Selain itu, PLUS berkata, langkah berkenaan terpaksa diambil bagi mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS.

Katanya, antara taktik digunakan pengguna tidak bertanggungjawab termasuk menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol.

"Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, penalti LJT terpaksa dikenakan kepada transaksi tol di mana waktu masuk dan keluar dari lebuhraya adalah meragukan berdasarkan pada satu formula atau pengiraan ditetapkan.

"Pengiraan tempoh perjalanan bagi perjalanan berkenaan adalah berdasarkan satu had kelajuan yang sudah dikenalpasti," katanya ~ Berita Harian

Ohh.. nak elak dari transit kad dimanipulasi kononnya...

Cadangan akulah.. kalau PLUS nak maksimakan lagi keuntungan.. lepas ni kenakanlah bayaran untuk penggunaan tandas tu pula.. Surau tu pun kutip duit dari setiap individu yang nak gunakannya..

Comments (0)