Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:35 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Jamal Terbang Keluar Negara.. Samseng Baju Merah Dapat Apa?

Posted: 11 Oct 2016 03:08 AM PDT


Samada Jamal Pak Tongkol atau Jamal Jamban itu lari dari tindakan pihak Polis atau apa sekalipun.. itu adalah persoalan kedua..


Persoalan utamanya sekarang ialah habis mengepalai samseng-samseng baju merah menggangu konvoi BERSIH.. Jamal boleh terbang ke luar negara..

Anak-anak muda Melayu yang diajar menjadi kurang ajar terhadap lawan politik.. dapat apa???

Baca ni..

PETALING JAYA: Polis masih menunggu Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengetuai Kumpulan Baju Merah kembali ke tanah air untuk menyoal siasat beliau. 
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata siasatan mendapati Jamal telah meninggalkan negara ini. 
"Kami akan menyoalnya sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air," katanya pada Selasa sambil menambah polis perlu menyoal Jamal sebelum memutuskan tindakan selanjutnya. 
Abdul Samah berkata polis menahan dua lagi suspek di Sabak Bernam berkenaan insiden rusuhan di sana baru-baru ini. 
"Kedua-duanya ditahan pagi Isnin dan mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. 
"Ini menjadikan jumlah tangkapan kepada lima orang setakat ini," katanya lapor mStar

Kesian anak bangsaku....

Harapan Mahathir Buat Anwar..

Posted: 10 Oct 2016 11:00 PM PDT


Pesan alim ulama.. Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah, kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Sayidina Umar r.a..




Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah (saifullah) iaitu Sayidina Khalid bin Walid.

Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Sayidina Julaybib R.A dikejar - kejar oleh para bidadari Surga.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Sayidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di Surga.

SELEPAS salam damai dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berharap perasaan tidak senang mereka berdua tidak berpanjangan.

"Saya sudah berdamai," kata Mahathir dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lepas.

Ini berbeza dengan kenyataannya bulan lalu, bahawa beliau hadir untuk menyokong usaha Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional dan bukannya berdamai.

Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan akibat sengketa lama antaranya mereka berdua, Mahathir menjawab:

"Saya patut harap begitu".

Bagaimanapun, diminta mengulas kes liwat yang menjadi titik mula permusuhan mereka 18 tahun lalu, Mahathir cuma memetik kenyataan pihak berkuasa.

"Polis kata mereka ada bukti, itu urusan mereka untuk putuskan (dakwa Anwar di mahakamah)," katanya.

Anwar mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.

Berkaitan kes liwat kedua melibatkan bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan pula, Mahathir berkata beliau tidak tahu jika kali ini terdapat komplot terhadap Anwar.

"Saya tidak tahu, ia berlaku selepas saya letak jawatan (sebagai perdana menteri)."

Dalam usaha menjatuhkan Najib pula, Mahathir mengakui tidak tahu untuk mengukur "jarak kerjasama" tetapi sehingga sekarang mereka bekerjasama ke arah itu.

Dalam wawancara itu, Mahathir juga bercakap tentang parti barunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), peluang pembangkang dalam pilihan raya depan serta peranan PAS lapor Malaysiakini


Lelaki Kena Terajang Samseng Baju Merah Anggota Polis?.. Betul Ke?

Posted: 10 Oct 2016 08:17 PM PDT


Ni yang aku dengar dari peserta konvoi BERSIH tu.. kata mereka mulanya konvoi mereka telah melintasi dan melepasi sekumpulan samseng berbaju merah..




Tiba-tiba seorang dari peserta konvoi itu yang menunggang superbike telah berpatah balik dan melakukan provokasi terhadap kumpulan samseng itu..

Jadi.. biasalah.. samseng-samseng yang berbaju merah itu kebanyakkannya budak-budak, budak-budak ni cepat panas.. maka diterajangnyalah penunggang superbike tu..

Kenapa nak provoke budak-budak tu?.. entahlah jawab mereka..

Seterusnya bacalah di SINI

Comments (0)