Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:51 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kenapa Konvoi BERSIH Kurang Mendapat Sambutan Di Bukit Mertajam?

Posted: 09 Oct 2016 10:25 PM PDT


Konvoi Bersih yang diadakan di sini hari ini kurang mendapat sambutan walaupun dengan kehadiran Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan wakil rakyat tempatan.




Konvoi yang disertai kurang daripada 50 orang yang memakai kemeja T Bersih, memulakan perjalanan dari Tesco Alma Bukit Mertajam pada 7.30 pagi dan bergerak melalui beberapa kawasan awam termasuk pasar Taman Selamat dan pasar pagi Machang Bubuk.

Bukan itu sahaja, konvoi itu juga gagal menarik perhatian penduduk setempat walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dimenangi DAP dan PKR yang menyokong Bersih.

Pengerusi Bersih, Maria berkata pertubuhan badan bukan kerajaan itu (NGO) tidak mengharapkan ramai yang akan menghadiri konvoi berkenaan.

"Kami hanya menyasarkan antara 30 dan 40 orang yang akan menyertai konvoi ini, kerana kami mahu berjumpa dengan orang ramai tentang pendapat mereka mengenai tuntutan Bersih," katanya ketika dihubungi.

Lima tuntutan Bersih 5 ialah pilihan raya bersih, kerajaan yang bersih, kukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah serta memperkasa Sabah dan Sarawak.

Maria ketika ditanya sama ada tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng mempunyai kesan terhadap perhimpunan Bersih, beliau percaya ia tidak menjejaskan konvoi dan perhimpunan pada 19 November

"Kami adalah NGO yang memperjuangkan pilihan raya dan pemerintahan yang bersih dan bagi kes Guan Eng, saya serahkan kepada mahkamah untuk menentukannya. Saya berpendapat dia tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah," katanya.

Sebahagian penduduk tempatan yang ditemui semasa konvoi Bersih di Bukit Mertajam tidak bersetuju dengan kehadiran anggota parti politik dalam perhimpunan itu manakala yang lain tidak menyokong Bersih kerana ia dikaitkan dengan sebuah parti yang setiausaha agungnya menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

Terrance Lee, 35, ketika ditemui berkata sebelum ini beliau menyokong Bersih dan sekarang beliau merasakan pergerakan itu telah melencong dari tujuan asal.

"Pada tiga perhimpunan sebelum ini, saya seorang daripada penyokongnya. Tetapi sekarang ketika ia memperjuangkan tuntutannya, saya lihat parti politik lain turut menyertai konvoi dengan mengibarkan bendera dan memasang lagu-lagu parti, membuatkan saya tertanya-tanya, apakah peranan Bersih sekarang? Adakah masih sebagai NGO atau adakah dia telah bekerjasama dengan parti politik," katanya.

Menurut Penyelaras Bersih Pulau Pinang, Francis Low yang mewakili NGO Aliran, konvoi itu akan berada di Pulau Pinang sehingga 15 Okt dan akan bergerak ke Parit Buntar pada Selasa.

Sementara itu, Maria ketika dihubungi Bernama berkata rancangan telah disusun bagi perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur, dijangka diadakan pada 19 Nov, walaupun menerima ancaman daripada kumpulan Baju Merah.

Bagaimanapun, Pengerusi Bersih itu berkata lokasi perhimpunan buat masa ini dirahsiakan, dan akan didedahkan pada masa yang sesuai.

"Kami akan teruskan perhimpunan seperti yang dirancang, dan akan mempunyai pasukan keselamatan sendiri.

"Kami juga berharap mendapat bantuan daripada pihak polis untuk memastikan undang-undang dipatuhi semasa perhimpunan itu," katanya.

Bersih menerima ancaman daripada kumpulan Baju Merah, meminta Bersih membatalkan perhimpunan tersebut.

"Peserta Baju Merah ganas, tetapi ancaman mereka tidak akan menghentikan usaha kami. Mereka bertindak seperti gengster dan tindakan sepatutnya diambil terhadap mereka. Bagi pihak kami, langkah-langkah keselamatan telah dilakukan," katanya.



Minggu lepas, kumpulan Baju Merah bertembung dengan konvoi Bersih di beberapa lokasi, termasuk di Teluk Intan menyebabkan pergaduhan tercetus antara sekumpulan penyokong Bersih dan anggota Baju Merah, manakala ribuan penyokong berkumpul di Gurney Drive sebagai tanda bantahan perhimpunan Bersih.

Bersih dalam kenyataannya hari ini mendakwa pergaduhan itu hampir membunuh penyokongnya dan menegaskan badan itu hanya mahu mengggalakkan keamanan, dan bukannya hendak menimbulkan rusuhan.

Silalah sambung bacaan anda di SINI

Comments (0)