Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:53 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Ezam Trojan Horse Anwar Dakwa Ketua Pemuda UMNO Wilayah..

Posted: 02 Oct 2016 11:42 PM PDT


Cukuplah, kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan ketika memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak lagi menambil tokoh yang mempunyai rekod sebagai "pengkhianat".


Kata Mohd Razlan Muhammad Rafii tindakan mempercayai dan memberi peluang kepada orang seperti Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor sangat berbahaya kepada Umno.

Malah kata Mohd Razlan tokoh seperti itu hanya akan menjadi Trojan horse kepada "tuannya" iaitu bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Trojan horse merujuk kepada cerita purba Greek berkaitan strategi perisikan dan penyusupan ke kubu lawan bagi menjatuhkan sebuah pemerintahan.

ezam"Lain kali, kerajaan janganlah ambil orang yang ada rekod silam sebagai pemgkhianat lagi, bahaya dan akan jadi Trojan horse kepada tuan dia.

"Tuan (kepada) Ezam ini ialah Anwar," katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Razlan mengulas pengumuman bekas setiausaha Anwar - Ezam - yang meninggalkan Umno dengan alasan parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.

Menurut Ezam, keputusan berkenaan diambil bagi mempertahankan prinsip perjuangannya dan demi melakukan perubahan di negara ini.

Ezam, 52, pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Anwar ketika pemimpin pembangkang terbabit berada dalam kerajaan.

Ekoran penyingkiran Anwar, Ezam menyertai gelombang reformasi dan sempat menjadi ketua pemuda PKR antara 1999 hingga 2005.

Pada Mei 2008 Ezam yang selalu dikenang dengan kisah memiliki kotak-kotak berisi rahsia kerajaan, meninggalkan PKR dan menyertai Umno sebagai ahli seumur hidup ketika parti itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kira-kira setahun kemudian Ezam menafikan beliau memiliki kotak rahsia berkenaan.

Ezam kemudian dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada Mei 2010.

Di bawah Datuk Seri Najib Razak Ezam diberikan jawatan Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014.

Kata Mohd Razlan pengumuman Ezam meninggalkan Umno bukan sesuatu yang mengejutkan kerana dia memang tidak menunjukkan sikap ahli parti yang setia.

"Setelah diberi peluang untuk menjadi senator dan jawatan untuk menambah baik sistem yang ada, bukannya beliau melihat itu sebagai kerja dan tanggunjawab malahan mengambil peluang untuk menjadikan ia sebagai bahan untuk menikam kerajaan," katanya lapor Malaysiakini


Ezam Keluar UMNO Akhirnya.. Tapi Kenapa?

Posted: 02 Oct 2016 07:34 PM PDT


Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini mengumumkan keluar Umno selepas menganggap parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah. Menurutnya, keputusan sukar itu diambil bagi mempertahankan prinsip perjuangannya dan demi melakukan perubahan di negara ini.


"Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti Umno.

"Saya membuat keputusan sukar ini demi mempertahankan prinsip saya berjuang demi melakukan perubahan (islah) sedaya upaya saya," tulis Ezam di Facebooknya petang tadi.

Katanya, selepas menyertai Umno pada Mei 2008, beliau memberi tumpuan kepada pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Saya pernah di penjarakan di bawah kedua-dua akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua-dua akta ini sering menjadi hambatan kepada perjuangan melawan jenayah rasuah.

"Dalam tempoh saya menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 2010 hingga 2014, ISA dibahas dan dimansuhkan, manakala OSA masih tiada tanda-tanda akan berlaku perubahan," katanya.

Tambahnya, beliau tetap bersangka baik kepada kerajaan transformasi di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan melakukan segala usaha mempengaruhi pentadbiran agar melakukan perubahan, khususnya ke atas OSA.

OSA disalahguna ke atas PAC

Bagaimanapun, dakwanya, OSA sebaliknya disalahgunakan ke atas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam kes membabitkan syarikat pelaburan negara 1MDB.

"OSA bukan sahaja tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan ke atas laporan PAC kes 1MDB. Satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yang mewajarkan penggunaan OSA.

"Ini adalah sejuta langkah ke belakang di dalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan," katanya.

Justeru Ezam berkata, beliau membuat teguran terbuka bagi mendesak tindakan salah itu diperbetulkan, namun tidak diendahkan.

"Beberapa bulan berlalu. Tiada tindakan pembetulan. Malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya.Dan tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang bersuara memperbetulkan keadaan.

"Maka saya sedar saya bukan lagi di dalam satu parti dan jemaah yang serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih-lebih lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan," katanya.

Beliau turut membuat keputusan menamatkan perkhidmatan di kementerian kewangan enam bulan lalu, setahun lebih awal daripada kontrak perkhidmatannya yang berakhir 1 April 2017.

Ezam mengumumkan keluar dari PKR pada tahun 2007 dan setahun selepas itu menyertai Umno ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan presiden parti Melayu itu.

Beliau pernah dipenjara selama dua tahun pada 2002 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah memiliki dokumen rahsia rasmi kerajaan dan mengedarkannya kepada media pada tahun 1999 lapor Malaysiakini

Comments (0)