Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:55 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Ketua Ugama pun nak kena jirat ker??

Posted: 08 Oct 2016 03:00 AM PDT

Foto : Kredit Zulkifli Ibrahim Samm
Cuma tanya sajer...minta YDP PAS Padang Serai buat hukum cepat. Atau minta Dewan Ulama Pas perturunkan hukum sebab ini adalah perkara yang sangat besar : Ketua Ugama Islam sendiri dilaporkan ada yang menolak RUU 355.
ADA SULTAN TOLAK RUU 355
 Taklimat dan perbincangan pemimpin PKR dan pimpinan masyarakat tentang RUU 355, yang diusahakan oleh Exco Agama dan PKR Pulau Pinang telah dimaklumkan, terdapat Sultan yang menolak RUU itu.

 Dimaklumkan, sekiranya RUU itu diluluskan oleh Parlimen sekalipun, baginda tidak akan mengizinkan ia dikuatkuasa dan dilaksanakan di negeri berkenaan. RUU itu tidak pernah dibincang oleh Majlis Raja-Raja.

 Difahamkan penasihat undang-undang negeri itu, menjelaskan RUU 355 memberi implikasi begitu besar terhadap perlembagaan negara.

 PKR telah menetapkan pendirian mereka, sekiranya RUU 355 dibentang dan dibahaskan di Parlimen nanti. ~ sumber

Husam Musa beri ‘balak’ kepada DAP Perak?

Posted: 07 Oct 2016 10:36 PM PDT

Gambar ini pernah menjadi viral dan menjadi gosip politik yang sangat panas
Fitnah yang kononnya Dato Husam Musa telah memberikan 'tanah balak' kepada dua orang DAP ini mulanya telah diviralkan oleh Umno selepas pilihan raya umum 2008.

Setelah almarhum telah tiada, isu ini telah ditimbulkan semula. Kalau dulu isu ini dimainkan oleh Umno untuk menyerang Pas, tapi kali ini PAS pula menggunakan isu ini untuk menabur fitnah menyerang Dato Husam Musa dan parti barunya, Amanah Negara.

 Dalam satu sessi soal jawap bersama orang ramai di Gual Ipoh malam tadi, Dato Husam Musa telah mengambil kesempatan tersebut untuk menjawap satu pertanyaan:

 Adakah Dato Husam Musa pernah beri 'balak' kepada DAP Perak?

Raja Petra (botak) menerima kunjungan Hj Hadi di Kota London
Mengulas persoalan tersebut, Husam berkata isu tersebut berpunca dari tulisan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang pernah tersiar di laman fesbuk Roslan Sms (orang kuat Hasan Ali).

 Menurut Husam, RPK dalam tulisannya itu telah menuduh bahawa Husam telah meluluskan kawasan balak kepada dua orang Cina DAP dari Perak melalui pindaan minit mesyuarat exco.

 Menafikan dakwaan tersebut, Husam menegaskan, beliau tidak tahu menahu dan tidak terlibat dengan urusan tersebut kerana perkara tersebut tidak pernah dibawa ke mesyuarat exco.

Menurut Husam, 'kawasan balak' yang yg diperolehi DAP itu adalah kawasan ladang dibawah anak syarikat Yayasan Islam Kelantan (YIK).

 "Jadi, ladangnya dah sedia ada, bila ada yang nak beli, maka kena bawa ke Lembaga YIK untuk diluluskan, tak perlu melalui exco.

" Kalau tak bawa ke mesyuarat exco, macamana pula Husam dituduh pula meminda minit mesyuarat? Minit mesyuarat mana yang saya pinda? Berapa haribulan Husam pinda minit mesyuarat? Kalau benar Husam lakukan sudah tentu akan dipenjara," jelas Husam

 Beliau mencabar pihak yang menuduhnya meminda minit mesyuarat exco supaya melaporkannya kepada polis.

 Sebaliknya, beliau bertanya, kalau minit mesyuarat tersebut tidak dipinda, maka siapakah sebenarnya yang telah meluluskan penjualan ladang tersebut? 

 Menurut Husam beliau tidak terlibat dengan Lembaga Ladang Yik yang ketika itu dianggotai oleh tiga orang iaitu almarhum TGNA, Ust Ahmad Yaakob dan Mohd Amar.

 Menjawap soalan siapakah exco yang bertanggungjawab ketika itu, Husam berkata dia bukan exco lagi ketika itu dan tidak pasti samada Nik Amar atau Ahmad Fadhli.

 Husam juga menjelaskan dia tidak mahu jadi bodoh dan membuang duit dengan menyaman RPK kerana RPK adalah seorang yang telah diistihar muflis dan telah melarikan dirinya ke luar negera.

 Husam menempelak Pas kerana hanya nampak dua orang DAP itu sahaja walaupun ramai cina-cina lain yang turut mendapat balak di Kelantan. 

  Beliau juga berharap demi kebenaran dan keadilan, minta MB Besar Ahmad Yaakob dapat memberikan penjelasan bilakah penjualan ladang YIK tersebut diluluskan.

 Nota : Penjelasan almarhum TGNA

Almarhum, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menjelaskan berhubung isu tanah ladang seluas 10,526 hektar kepada syarikat swasta yang mana kemudiannya dibeli pemimpin DAP Datuk Ngeh Ko Ham.

 Almarhum telah menafikan dakwaan pemimpin Umno bahawa tanah itu sebagai rasuah kepada Ngeh dan DAP sebagai pertukaran bagi membolehkan ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik menteri besar selepas pilihan raya umum 2008.

 Ahmad Fadhli Shaari yang ketika itu selaku Setiausaha Akhbar almarhum telah menegaskan segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat sama ada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Baca ~ Nik Aziz jelas isu tanah milik syarikat Ngeh

Comments (0)