Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:13 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Akhirnya Pas sendiri jilat semula segala kahak, lendir dan kencingnya apabila mengakui isu ini tidak boleh membawa kepada kafir mengkafir.

Posted: 25 Oct 2016 09:00 AM PDT


  Apa relevannya para asatizah Pas buat ceramah RUU 355 merata tempat dan di masjid-masjid? Dan dijadikan isi khutbah Jumaat walaupun sebenarnya masyarakat di luar sana tidak mengundi dalam Dewan Rakyat.

Usul RUU 355 menjadi polemik masyarakat. Kalau tidak sokong dituduh kafir.Hingga ada yang memberi amaran kepada Dr Wan Azizah akan dikuburkan di 'Jirat Cina' jika tidak sokong usul pindaan RUU 355...

Disemarakan pula oleh pandangan beberapa mufti seperti Mufti Wilayah Persekutuan, Muffti Pahang, Mufti Kelantan dan Mufti Perak yang telah memfatwakan bahawa wajib bagi ahli parlimen muslim menyokong usul RUU 355.

Dr Ustaz Rozaimi pernah menyarankan polemik RUU jangan sampai mengkafirkan sesama orang Islam.

"Saya dah dilabel munafik, agen yahudi, agen syaitan dan keling baru masuk Islam oleh beberapa pihak dengan video ini...." tulisnya.

Tetapi akhirnya Pas sendiri terpaksa menjilat semula segala kahak, lendir dan kencingnya apabila mengakui isu ini tidak boleh membawa kepada kafir mengkafir.

Dr Ustaz Rozaimi Ramle menulis difesbuknya mengenai pertemuan dengan Setiausaha Agung PAS, Ketua Penerangan PAS Pusat dan Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS telah merumuskan :
 Alhamdulillah kami dapat simpulkan beberapa perkara yg penting dari pertemuan bersama Setiausaha Agung PAS, Ketua Penerangan PAS Pusat dan Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS:

1- Semua pihak tiada masalah berbeza pandangan dengan PAS dalam isu usul RUU 355 berdasarkan ijtihad masing-masing dan isu ini tidak boleh membawa kepada kafir mengkafir.

2- Setiausaha Agung PAS dan pimpinan PAS Pusat yang lain sangat mengambil berat fenomena tidak sihat kafir mengkafir, maki memaki, labelan buruk dan hinaan kepada asatizah dan pihak yang tidak atau belum bersetuju atau belum sepenuhnya yakin dengan usul RUU 355. Ada komitmen yang sangat baik diberikan oleh Setiausaha Agung dalam hal ini.

 Terima kasih kepada rombongan wakil PAS Pusat untuk pertemuan yang sangat baik, mesra dan berjaya.

 Alhamdulillah.

 Dr Rozaimi Ramle, Ustaz Abu Hafiz Sallehuddin, Ustaz Khairil Anwar, Saudara Ilham Ramli. ~ sumber

Comments (0)