Followers

Nuffnang

Ustaz Moden's Weblog

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Kenyataan Media PERTAMA Sokong Ucapan TPM @Zahid_Hamidi di PBB

Posted: 29 Sep 2016 10:57 PM PDT

​*Ucapan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu*
Pertubuhan Tarekat Mukatabar Malaysia menyokong penuh dan berbangga akan ketegasan dan keberanian YAB Dato' Seri mengutarakan ketidakadilan dan kezaliman yang telah lama berlaku ke atas kita umat manusia, khasnya umat islam.


Kenyataan ini telah tidak berjaya dibendung oleh rejim sedia ada iaitu Majlis Keselamatan PBB. Desakan Malaysia yang diutarakn YAB Timbalan Perdana Menteri adalah satu desakan yang tepat pada waktunya yang sangat relevan. 
Pertubuhan Tarekat Mukatabar Malaysia menganggap intipati ucapan itu sangat penting dan patut menjadi kebanggaan rakyat Malaysia . 

Apa jua kekurangan jika ada, dari segi petuturan  bahasa inggeris, bukanlah suatu masalah yang besar. Sebenarnya ,penguasaan bahasa bukanlah satu garis ukur keberanian seorang pemimpin untuk mengutarakan perkara yang benar dan memberi kebaikan kepada manusia sejagat.

Pertubuhan Tarekat Mukatabar Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana telah mewakili Malaysia.
28  Sept 2016

Datuk Hj As’ari Hj Ibrahim

Yang Di Pertua

Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia.


Comments (0)