Followers

Nuffnang

TINTA MUTIARA

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:56 PG | Posted in

sumber :-

TINTA MUTIARA


APA KESUDAHANNYA ?

Posted: 23 Sep 2016 06:54 PM PDT

Pertanyaan yang sedang bermain-main dalam kepala kebanyakan orang di Malaysia hari ini adalah, "Adakah UMNO-BN mampu mengalahkan Pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti?"

Pertanyaan di atas terlalu sukar untuk dijawab oleh sesiapa pun kerana ketiadaan indikator yang boleh dipertanggungjawabkan. Walaupun Najib dihimpit sehingga sesak dengan kes berhantu, iaitu 1MDB; namun dia mendapat sokongan yang kuat daripada barisan ahli-ahli kabinet dan pucuk pimpinan UMNO. 

Sokongan yang diterima itu meletakkan Najib di kedudukan yang teguh. Hal inilah yang memeningkan kepala Dr. Mahathir dan sekutu-sekutunya. Apatah lagi kedudukan rumah tangga Pakatan Harapan yang kelihatan terumbang-ambing ketika ini. 

Pucuk pimpinan DAP menjadi tidak keruan apabila Setiausaha Agungnya diheret ke mahkamah. UMNO memainkan retorik Mahathir-Kit Siang untuk membangkitkan kecurigaan orang Melayu terhadap Deklarasi Rakyat. Kesemarakan itu ditambah pula dengan rasa kurang senang masyarakat terhadap kenyataan yang dikatakan kurang bijak dari seorang ahli parlimennya terhadap kematian Dato' Dr. Haron Din.

Dalam kem PKR pula wujud situasi "ditelan mati emak, diluah mati bapak" terhadap hubungan mereka dengan PAS. Hal ini terjadi kerana hubungan PAS-DAP telah terputus tetapi masih bersama-sama mentadbir negeri Selangor tanpa goyah. 

Kecelaruan bercampur baur dengan ketegangan dan prasangka yang tidak bersempadan. Inilah rencah mutakhir politik Malaysia. Namun, keunikannya lahir secara sedar melepasi jangkauan para penganalisis.

Sukar untuk dimengertikan wajah sebenar politik Malaysia menjelang  PRU-14 nanti. Kelahiran Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan sahaja meriuhrendahkan gempita politik di negara kecil ini malahan juga menghasilkan keserabutan apabila berlaku percakaran tak berkesudahan antara AMANAH-PAS dan PPBM-UMNO.

Kita hanya mengharapkan penghujung yang positif ke atas segala kekusutan itu. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin pembangkang membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah amat ditagih untuk membentuk Malaysia yang lebih adil dan saksama selepas PRU-14 nanti. 

Sudah termaklum bahawa UMNO yang berbuat onar perlu dihentikan. Tiada penafian yang boleh diterima akal yang rasional lagi. Kerosakan yang semakin membesar dari hari ke hari perlu ditamatkan dengan sesegera mungkin bagi mengelakkan negara terjerumus ke lembah yang lebih dahsyat !!!


Comments (0)