Followers

Nuffnang

TINTA MUTIARA

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 8:22 PG | Posted in

sumber :-

TINTA MUTIARA


SEMUANYA DAH TERSIMPUL MATI KE ?

Posted: 22 Sep 2016 09:26 PM PDT

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Sehubungan itu, mereka pun mula menggerakkan aktiviti di sana sini untuk meluaskan pengaruh melalui penyertaan ahli. Maka kedengaranlah dakwaan ahli-ahli UMNO bertindak keluar parti untuk menyertai PPBM. Namun demikian, masih terlalu awal untuk menyatakan UMNO akan terkesan dengan perkembangan terbaru itu. Pada masa yang sama, kita dapat melihat kesungguhan PPBM menambah ahli.

Hal yang sama juga berlaku pada Parti Amanah Nasional (AMANAH) yang sudah berusia satu tahun dalam minggu ini. Usaha yang dibuat hanya mampu menarik 20% ahli PAS untuk  menyertai AMANAH. Situasi sedemikian menunjukkan bahawa PAS masih kuat.

Didorong oleh kekuatan itu, PAS menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyertai Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Alasan utama yang diberikan untuk tidak bersama Pakatan Harapan ialah mereka menolak untuk bekerjasama dengan DAP. 

Di satu pihak, DAP sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan tidak perlu terhegeh-hegeh dan menaruh harapan PAS akan kembali ke pangkuan Pakatan Harapan. Jika kesemua komponen dalam Pakatan Harapan, iaitu PPBM, DAP, PKR, dan AMANAH berpegang teguh kepada kesimpulan itu, maka tidak mungkin terjadi pertandingan satu lawan satu dengan UMNO-BN pada PRU-14 nanti. Ramai penganalisis politik berpendapat bahawa pertandingan tiga penjuru akan lenih memihak kepada UMNO-BN, satu keadaan yang tidak mahu dilihat berlaku oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Walaupun sudah ada ura-ura Pakatan Harapan akan menggunakan satu logo sahaja dalam PRU-14 nanti, isu ketidakterlibatan PAS terus menjadi duri dalam daging politik pembangkang. Ramai yang berpendapat, pembangkang tidak dapat menumbangkan UMNO-BN tanpa kerjasama PAS. Apatah lagi jika PAS bekerjasama dengan UMNO-BN !!!

Di saat pengundi semakin jauh melarikan diri daripada UMNO-BN, pembangkang pula tidak bersatu. Inilah dilema politik Malaysia masa kini. Penguraian yang jitu perlu diketemukan jika Pakatan Harapan benar-benar mahu ke Putrajaya...  

Comments (0)