Followers

Nuffnang

The Unspinners

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:30 PG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Cuba jangan beri peluru pada lawan

Posted: 02 Sep 2016 01:08 AM PDT


Sebaik saja Dato Rahman Dahlan tersebut ayat mengakui M01 adalah Dato Najib, penjelasan dan context kenyataan itu diketepikan media BBC http://www.bbc.com/news/business-37234717

Maka tunggu pembangkang ikut sama mensandiwarakan kata2 itu. Memang modal untuk dipolitikkan.

Baru lepas demo Tangkap M01, takkan tak boleh fikir ... lubuk betul!!!

Rahman Dahlan ada memberi kenyataan susulan:

KENYATAAN BERKENAAN "MALAYSIAN OFFICIAL 1"
OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATO' ABDUL RAHMAN DAHLAN

1 September 2016

1. Seperti yang telah saya beritahu kepada BBC, ia adalah jelas bahawa apa yang dikenali sebagai "Malaysian Official 1" (MO1) yang disebut oleh DoJ AS adalah Perdana Menteri kita.

2. Ramai yang lain juga disebut oleh DoJ. Tetapi, secara kritikalnya, tiada seorang pun daripada mereka termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek dalam siasatan.

3. Seperti yang mana-mana peguam akan mengesahkan, perbezaan di antara dinamakan sebagai subjek dalam tuntutan mahkamah sivil, dan semata-mata disebut dalam penyiasatan, adalah berbeza sama sekali.

4. Tun Mahathir Mohamad dan sekutu barunya dalam pembangkang sengaja mencampuradukkan kedua-dua itu untuk memperdaya rakyat Malaysia. Protes gagal yang dianjurkan oleh proksi-proksi mereka yang mempersoalkan identiti MO1 adalah tidak relevan, kerana MO1 tidak dinamakan sebagai subjek dalam sebarang saman sivil DoJ.

5. Sementara itu, selepas siasatan menyeluruh dijalankan oleh pelbagai pihak berkuasa, Perdana Menteri kita telah dibersihkan daripada sebarang salah laku. Jadi, bukti-buktinya adalah jelas. Dan cubaan Tun Mahathir akan gagal sekali lagi - sama seperti semua percubaannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang telah dipilih secara demokrasi yang telah gagal teruk.

Dato' Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Rasanya damage is done.

Masaalahnya Rahman Dahlan tidak ada locus standi untuk buat penjelasan mengenai terma surat permohonan DOJ.

Seeloknya usahlah cuba beri kenyataan yg menyusahkan untuk sesuatu luar ruang kuasa kamu.

Tambah lagi pihak media memang suka cari quote sedemikian yang mudah disalaheri dan manipulasikan

Setelah habis di pusing, contect yang cuba dijelaskan akan terus terlupa dan hanya empunya badan yg tahu.

Cuba jgn suka memandai atau nak jadi hero atau beri peluru untuk lawan!

Namun bukan Rahman saja patut ditegur, tangan utama disebalik kerja kurang cerdik ini ialah Paul Stadlen http://snapshot2016.blogspot.my/2016/09/paul-stadlen-should-be-fired.html

Comments (0)