Followers

Nuffnang

The Unspinners

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:09 PG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Mahathir umum Muhyiddin PM untuk bunuhnya

Posted: 27 Sep 2016 05:19 PM PDT


Ada kata usaha-usaha untuk jatuhkan Muhyiddin adalah propaganda tapi ada pihak kata ia berlaku. Buktinya sudah ada akan berlaku kecoh dalam PPBM. Baca surat perletakkan jawatan di Snapshot 2016 di:
Penyalaras PPBM letak jawatan atau Muhyiddin diserang?
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/09/penyalaras-ppbm-letak-jawatan-atau.html
Harus disedari bahwa pengumuman Mahathir untuk umum Muhyiddin adalah bakal PM juga tujuan membunuhnya. Sudikah DAP menerima cadangan Mahathir itu?

Jika menang PRU14, DAP ada masaalah untuk terima Azmin sebagai PM. Begitu juga Wan Azizah tidak berupaya untuk pegang jawatan PM. Dia blur ... Tetapi bolehkah DAP terima Muhyiddin yang kata dia Melayu dahulu, Malaysia nombor dua?

Atau DAP boleh terima sejak pendedahan hal peribadi Muhyiddin melihatkan dia ada "hubungan baik" dengan cina.

Satu lagi bolehkah puak-puak Pakatan terima cadangan Muhyiddin sedangkan mereka masih lagi sebut dalam ceramah bahawa Anwar Ibrahim bakal PM Malaysia. Institiut Darul Ehsan pun turut serta membuat banci palsu untuk memperkuatkan persepsi orang awam mahukan Anwar.

Secara realistik, Muhyiddin kini sudah 68, dalam 2 tahun lagi, umurnya 70 tahun. Upayakah Muhyiddin? Dengan dia hanya Presiden dan Mahathir Pengerusi PPBM serta nampaknya satu satu sahaja jurucakap untuk PPBM, nampaknya betul disebut Salleh Keruak.
Salleh: Dr M will still run M'sia if Muhyiddin is PM
Mahathir sebenarnya kuasai. Muhyiddin bakal hanya tunggul Mahathir.

Cadangan dua penggal elok tapi tidak praktikal atas sebab-sebab tertentu.

Mukhriz bersuara 2 penggal saja pun ada tujuan tersirat. Mukhriz nampak sopan dan lemah lembut tapi gila kuasa juga. Ansara yang jadi batu loncatannya dalam politik pun mahu dipegang selama-lamanya hingga lebih lama dari masa bapanya sebagai Presiden UMNO dan PM.
NAJIB MAHU DIHADKAN, MUKHRIZ MAHU KEKAL LEBIH 22 TAHUN 
http://www.mykmu.net/2016/09/najib-mahu-dihadkan-mukhriz-mahu-kekal-lebih-22-tahun/ 
Lojiknya gini. Jika bapanya tidak ada di dunia, Muhyiddin tidak boleh kekal berterusan sebagai PM kelak. Mukhriz yang berumur dalam 50 lebih akan berada pada umur awal 60. Maka umurnya sudah terlalu lewat jika Muhyiddin terus kekal.

Harap faham bahawa mereka belum pun hadapi pilihanraya tapi rasa dah menang. Mereka percaya pada pembohongan propaganda mereka sendiri.

Dah dicongak ke betul-betul?

PPBM hanya mahu kacau UMNO dari dalaman UMNO dan dapat beberapa kerusi dan alihkan pengundi dalam beberapa persen dari UMNO saja.  Lupa undi popular bukan penting. Yang penting first past the post!

Comments (0)