Followers

Nuffnang

The Antics of Husin Lempoyang

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:57 PG | Posted in

sumber :-

The Antics of Husin Lempoyang


Nombor 1 atau NO1 atau ...?

Posted: 19 Sep 2016 09:28 PM PDT


Nombor 1 Bersatu boleh dipendikkan menjadi NO1.

Sebaik sahaja PPBM diluluskan pendaftaran, tertunggu-tunggu bila pula 10% yang konon akan keluar dari UMNO untuk sertai parti baru itu.

Setakat 2 orang pemimpin has been di dua bahagian UMNO Johor tiada impak. Mereka merupakan pengikut setia Muhyiddin dan balas budi masa lepas dapat jadi wakil rakyat serta dapat pencen sampai hari ini.

Di satu majlis ceramah di Seremban baru-baru, ada majlis penyerahan borang permohonan keahlian yang diumum sebanyak seribu dua borang. Jika bukan tipu macam petisyen Deklarasi Rakyat, pernah GKCM umum seramai itu sedia keluar UMNO. Mana lagi?

Umum keluar masuk parti hanya trick politik biasa setiap kali ada pilihanraya kecil atau besar dan pelancaran gerakan politik baru.

Yang mahu dilihat adalah nama pemimpin besar seperti ahli jemaah kabinet yang sedia letak jawatan untuk sertai parti baru Mahathir.

Ketika Tengku Razaleigh dulu, kurang dari separuh ahli kabinet UMNO dan ketua-ketua di peringkat Bahagian keluar sertai Semangat 46.

Ada pemimpin politik tertentu masih tidak lagi umum sertai PPBM. Husam Musa hanya sertai PAN, tidak pun PPBM.

Syukurlah ada seorang Naib Ketua Bahagian Kota Raja umum keluar.


Rupanya sensitif pemimpin politik hingga sedia keluar parti bila dicabar.

Kehilangan Hamidi seolah-olah suatu kehilangan besar buat UMNO Kota Raja hingga ada warkah terbuka merintih pemergiannya:
Kalau kumpulan KCD, cybertrooper Ratu Naga dan ahli PPBM tidak faham, tak boleh ngaku Melayu.

Budaya Melayu tinggi tamaddun, penuh sopan santun dan budi pekerti, tidak suka mudah marah dan bercakap terus terang hingga menyakitkan hati. Caranya adalah dengan bersindir dan bahasa tersirat.

Lalu mereka bersindir.

Bila agaknya yang dikatakan ramai akan lari keluar UMNO berduyun-duyun untuk masuk PPBM.

Janganlah sampai NO1 means No One...



MO1 memang sudah dikatakan Rahman Dahlan adalah Najib.

Alasan Rahman adalah Najib tidak disiasat dan dibicarakan walaupun disebut berkali-kali dalam dokumen permohonan DOJ kepada mahkamah California, Amerika Syarikat.


Ramai pasti susah mahu terima kenyataan dan akan marah serta maki hamun dan label melabel pada mereka yang berpandangan berbeza atau berhati-hati tentang 1MDB.

Mereka seolah-olah mendalam pemahaman tentang 1MDB tetapi hanya mengulang tajuk berita dari kenyataan Mahathir dan media anti Najib.

Yang layak menghukum masih mahkamah. Selagi seseorang itu tidak disabit mahkamah, tiada siapa boleh dipersalahkan atau dihukum.

Dakwaan di mahkamah pun perlu dibuktikan dan dihujah dahulu sebelum diterima pakai. Ini pula lain orang yang harta mahu dibekukan mahkamah tapi lain orang dipersalahkan.

Mana tahu masih ada maklumat dan hujah lain yang tidak diketahui ramai. Mungkin Husin tahu sesuatu yang kamu semua tidak tahu lagi ...

Tambah lagi, keputusan dan persetujuan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan kesediaannya menjadi pemenerima derma sebagai Trustee belum ada sahih ada kesalahan bawah mana-mana undang-undang.

Malahan didakwa pun belum. Komplot beberapa orang nak kenakan dia pun terdedah. Tidak lojik boleh ada kertas dakwaan sedangkan baru siasat.

Jika betul salah, biar dia berhadapan dengan tangan undang-undang. Kena mengenakan orang itu salah dan tidak membuktikan seseorang melakukan kesalahan.


Maka jika Najib not the one, jangan marah.

Wow! Nanti kena jual

Comments (0)