Followers

Nuffnang

The Antics of Husin Lempoyang

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:07 PG | Posted in

sumber :-

The Antics of Husin Lempoyang


Perhimpunan bersih

Posted: 10 Sep 2016 07:02 PM PDT


Petang Ahad ini akan ada perhimpunan bersih di Arafah.

Jangan terkejut Menteri-Menteri, MB dan KM serta MP, baik BN mahu pun pembangkang akan sama-sama berhimpun.

Insya Allah, bekas MP PKR bertukar Bebas, Dato Zulkifli Nordin pun akan turut serta.

Ini bukan perhimpunan politik bersih tetapi perhimpunan membersihkan diri.

Bagi jemaah haji Malaysia, perhimpunan ini tidak diatur Maria Chin tetapi pasukan Azeez Raheem di Tabung Haji.

Hendaklah kita sedar dan ingat bahawa setiap kita hanya sebutir pasir di lautan manusia.

Kita tidak penting.

Yang penting itu hanya Allah s.w.t. Maka mainkan peranan masing-masing di dunia mengikut kehendaknya. Banyakkan kebajikan dan tidak membuat kerosakkan di mukabumi.

Muga tetamu Allah semua dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan selamat.

Bagi yang di Malaysia, sama-sama kita kerjakan ibadah qurban. Takbir bukan satu hari tetapi tiga hari.

Selamat hari raya qurban. Maaf zahir batin.

Comments (0)