Followers

Nuffnang

The Antics of Husin Lempoyang

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:21 PG | Posted in

sumber :-

The Antics of Husin Lempoyang


Akram perlu jelaskan status keahlian

Posted: 09 Sep 2016 11:03 PM PDT


Permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah diluluskan dengan segera oleh ROS. Maka tiadalah tomahan pihak kerajaan sengaja melambatkan kelulusan.

Cuma Tan Sri Muyiddin merasa agak kecewa kerana singkatan BERSATU tidak boleh digunakan. Difahamkan akan menimbulkan kekeliruan dengan parti-parti politik yang ada. Hanya PPBM dibenarkan guna.

Pasti mereka akan terus usahakan satu nama singkatan yang catchy di kemudian hari.

PPBM harus mulakan penghijrahan penyokong-penyokong mereka daari UMNO dan PERKASA ke PPBM. Sana sini mereka hebahkan tunggulah ramai akan keluar serentak sebaik pendaftaran.

Oleh kerana demikian, singkatan BERMADU adalah catchy dan  bermakna manis. Tambah lagi, ia sesuai bagi mereka-mereka yang masuk parti kedua dan sering akan berlaku penceraian dengan parti pertama.

Masaalahnya ia bakal jadi bahan lawak-lawakkan.

Suatu masa GKCM mengaku mereka ada 1,200 Ketua Cawangan UMNO menyokong mereka. Satu kepala bawa 100, maka PPBM boleh bawa 120,000 orang.

Selama ini, Perkasa kata keahlian mereka antara 300,000 - 500,000, mengikut orang yang buat kenyataan. Jika Dato Ibrahim Ali, dia akan kata 500,000. Manakala pemegang jawatan lain kata 300,000. Angka sebenar pihak pentadbiran terkapai-kapai nak selesaikan.

Jika separuh masuk PPBM, maka bertambah dalam 150,000 ke 250,000. Pastinya segera 100,000 ahli. Buat-buat tanya-tanya pula Ibrahim tentang hala tuju

PPBM telah lantik Akramsyah Ubaidullah Tan Sri Sanusi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keahlian PPBM.

Ini pilihan bijak kerana Akram mempunyai pengalaman bertanding untuk AJK Bahagian UMNO, dua kali untuk exco Pemuda UMNO dan akhir sekali untuk Ketua Pemuda UMNO. Bapanya pula adalah bekas Setiausaha Agong UMNO.

Bakal sibuklah Akram dengan kerja-kerja yang bakal dilakukan. Pernah berlaku keahlian sebuah parti tidak diurus tadbir dengan baik hingga terpaksa ditutup parti itu dan hakim-hakim persekutuan dipecat.

Keahlian yang bakal diuruskan hampir serupa kerajaan Pakistan mendaftar warganegara baru selepas ia berpecah dari India untuk tubuh kerajaan keling sendiri untuk orang Islam.

Sebagai Pengerusi parti baru, Akram perlu menjawab persoalan nakal yang ditimbulkan di media sosial samada Dato Nika Gee boleh jadi ahli. Semua pihak hanya berdiam, tidak mempeduli soalan dan hanya tahu serang "dedak, dedak!"

Soalan yang tidak dijawab hanya menimbulkan sangka sangka atau sangka buruk, atau tomahan.

Sebelum ini, Muhyiddin ada menjelaskan bahawa mereka terbuka pada semua kaum. PPBM adalah parti Pribumi maka ahli biasa hanya terbuka kepada kaum Melayu dan lain-lain kaum Pribumi di Sabah dan Sarawak.

Kaum lain boleh sertai sebagai ahli Bersekutu yang tidak mempunyai hak mengundi. Maka Nika Gee sepatutnya boleh memohon menjadi ahli dan jika diluluskan permohonan, boleh ia menjadi ahli.

Perlu Akram tekankan bahawa tiada langsung peruntukan dalam Perlembagaan PPBM untuk kategori khas bagi ahli Bersekedudukan.

Wow! FAM dulu ada Pengerusi Seumur Hidup

Comments (0)