Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:24 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[DEDAH] PANAS!!! Menang PRK Bukti Datuk Jamal Yunos (DJY) Urus UMNO Bahagiannya Dengan Cemerlang... Tak Hairanlah Ramai Yang Pedih Mata... #SahabatSMB

Posted: 03 Sep 2016 07:07 PM PDT

DATO JAMAL YUNOS DAN... TUDUHAN POLITIK WANG...


"Lain padang lain belalang.."
Tapi ini bukan filem Nujum Pak Belalang..

Setiap Bahagian Umno ada Ketua Bahagian masing masing dan setiap Ketua Bahagian ada sikap dan perangai mereka masing masing dan berbeza antara satu sama lain...

Ada yang sombong dan bongkak kecuali mesra waktu dekat Pemilihan Bahagian..

Ada yang mesra dan berbudi bahasa tapi bab duit ni ada sikit masaalah..macam ada glue yang melekat..

Ada yang banyak masa turun jenguk kawasan dan ada yang sibuk sangat sebab pegang jawatan kabinet diperingkat pusat...


TAPI satu PERSAMAAN tentang Semua Ketua Bahagian ini...MEREKA SEMUA KAYA RAYA tak ada seorang pun miskin papa kedana.

Itu pasti...sangat sangat pasti.

Dato Jamal Yunos TIDAK TERKECUALI.

Cuma..

Cara DJY mengurus Bahagian dia adalah cara dia tersendiri dan mungkin tidak sama dan jangan disamakan dengan bahagian bahagian lain.

Beliau tidak KEDEKUT untuk BERKONGSI apa yang boleh hasil kekayaan yang beliau perolehi dari Umno bersama Ahli Ahli Umno Bahagian Sg.Besar sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui cawangan masing masing atau program dan aktiviti yang dijalankan atau tanggung jawap sosial dan kebajikan terhadap semua kariah Parlimen Sungai Besar...

Pergilah ke Parlimen Sg.Besar dan tanya sendiri apa yang telah dia lakukan sejak memegang jawatan Ketua Bahagian 3 tahun lalu....SILAKAN.


Jadi...dimanakah salahnya jika DJY menggunakan lebihan REZEKI yang Allahu Taala anugerahkan kepada beliau melalui Umno kembali kepada Ahli Ahli Umno dimana beliau menjadi ketuanya demi memastikan Umno Sg.Besar terus gagah dan perkasa dan setiap ahli merasakan diri mereka DIHARGAI?

Mana lebih baik dari seorang Ketua Bahagian yang pulun segala kekayaan menggunakan kedudukan mereka dalam Umno TAPI kedekut kelepet giler...bila minta bajet untuk program dan aktiviti dibahagian jawapan mereka.."Tunggu saya tanya peruntukan Negeri atau Pusat"..mana lebih baik?

Dato Jamal pernah bagitau aku...

"Abang pun tahu kan.. 

Dulu perwakilan cawangan kepersidangan bahagian bertolak talek..dia suruh dia.Datang persidangan pun macam terpaksa...habis perasmian 50% perwakilan hilang..berhenti makan tghari lagi 20% hilang..bila tutup sidang dari 600 perwakilan yang hadhir sebelah pagi..tinggal 100 orang je waktu sidang ditangguh..".
 

"Sejak saya KB dan sejak saya bagi "insentif" untuk hadhir kepersidangan bahagian..berebut rebut perwakilan dari cawangan nak hadhir.Persidangan yang bermula dengan 600 perwakilan dari pagi diresmikan..hingga penutup pun angkanya tetap kekal kecuali seorang dua yang betul2 ada hal kecemasan..".
 

"Jadi dimana SALAH saya mentadbir bahagian saya cara saya ini...?".
 

"MEREKA datang bersidang setahun sekali dan cuma sehari sahaja...takkanlah kita nak bagi mereka RM10-15 je...?
 

BANGLA yang kerja sawah kat Sekinchan dan ikut kelaut pun kalau tak ada RM100 sehari tak mau turun..inikan pula Ahli Umno saya".

Itu antara luahan hati iklas DJY bila berbual dengan aku tentang tuduhan dia "tabur duit" untuk memenangi hati dan undi Ahli Ahli Umno Sg.Besar selama ini...

Aku tidak dapat tidak bersetuju dengan cara beliau sebab lojiknya...

Tahun ini tak ada Pemilihan Bahagian...
Tahun hadapan pun tak ada..

Cuma 2018 nanti baru ada pemilihan...jadi jadah apa duk tabur duit "berkempen awal" sebab tak ada orang yang cerdik buat kerja macam tu kecuali dalam Tahun Pemilihan..


Lagi satu...

Cuba ingat kembali bila berlaku PRK Sg.Besar...

Awal awal lagi DJY dah bagitau dia tidak mahu bertanding..bukan sekali bahkan 3 kali kenyataan dia disiarkan oleh semua media.

Selepas calun Sg.Besar yg kini YB Sg.Besar Budiman Zohdi diumumkan...DJY lah yang bermati matian berkempen dan siapa juga yang berada dilapangan waktu itu pasti akui yang FASILITI di PRK Sg Besar adalah yang TERBAIK dalam Sejarah PRK Malaysia setakat ini dan mungkin ramai yang mungkin tidak tahu kebanyakan dari apa yang ada dalam PRK tempohari adalah SUMBANGAN PERIBADI Dato Jamal kepada Umno dan Barisan Nasional demi memastikan kemenangan bergaya BN...

Jadi POLITIK WANG tang mana yang dia amalkan untuk kepentingan peribadi...?

Sumber  : Azmi Ibrahim


Comments (0)